Peringatan!
87:14 Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
Apabila abah saya dan ayah saya ( baca : pak mentua’, loghat utara’ pls ) register facebook pada minggu yang sama baru – baru ini, terdapat sedikit “kesan” yang telah menimpa diri saya. Mujur saya bukan seorang yang hipokrit, namun ini sebagai tanda yang saya harus tidak bermaksiat didalam facebook!
Malah, secara tersiratnya juga, saya telah diberi “peringatan” oleh Facebook, walaupun apa jenis “peringatan” pun saya tidak tahu lagi, ia seolah olah membayangkan bahawa kegiatan sosial Facebook saya telah menjangkaui lebih daripada rakan-rakan, iaitu keluarga.

Untuk itu maka, boleh jadi benarlah satu hari nanti manusia mula menyembah Facebook seperti ramalan saya tempoh tahun lalu ketika Malaysia awal-awal dilanda jemaah Facebook. Ini kerana, bukan setakat “quran” boleh memberi peringatan, malah jua “Facebook” boleh menjadi penyebab yang serupa.

Anda jangan salah faham pula. Bukan maksud saya menyamakan Facebook dengan tuhan, atau menyamakan fungsi Facebook dengan Alquran. Jika anda terbaca begitu, anda harus berjumpa dengan Ketua JAIS iaitu Dato’ Khusrin dan bertaubat didepannya atau pergi ke lawan web JAIS untuk mendapatkan senarai ustadz yang bertauliah yang boleh membantu anda. Btw, jika anda ke laman web JAIS, pastikan anda tidak merokok kerana disana ada zon larangan merokok.

Apa yang saya mahu katakan adalah, peringatan datang dalam banyak bentuk. Peringatan datang apabila sesuatu kaum atau diri kita sudah lalai dan melampaui batas. Jika kita tidak lalai, kita tidak akan diberi peringatan. Seperti contoh, di sekolah dulu, jika kita malas belajar, kita akan diingatkan oleh guru agar rajin belajar. Maka, hanya orang yang lalai akan diberi peringatan. Jika anda orang yang beringat, kenapa tuhan akan memberi peringatan lagi? Mungkin, kerana anda orang yang beringat, maka tuhan memberi tanda kepada anda supaya mengingatkan orang disekeliling anda yang lalai.
Namun anda jangan salah faham. Walaupun anda diberi tanggungjawab untuk mengingatkan kawan-kawan yang sedang lalai, anda bukan seorang nabi walaupun jumlah nabi yang sebenar melebihi 25 orang. Jika anda merasakan diri anda nabi, boleh jadi anda sudah tersalah tafsir dan boleh jadi anda terikut amalan nabi melayu, En. Kahar. Sekali lagi, saya sarankan, anda pergi berjumpa Dato’ Khusrin di JAIS itu.
Facebook & Reputasi
“Facebook is the new email”. Itu kata seorang kawan kepada saya. Saya mungkin bersetuju sedikit tahun lagi. Dan benar, Facebook telah menjangkaui generasi ayah dan bapa kita. Lihat betapa kuatnya pengaruh Facebook dalam masyarakat. Jika Facebook adalah email yang baru, ( bukannya facebook = email tetapi Facebook adalah web apps baru yang menggantikan email ) ada satu perkara yang harus kita ambil serius. Facebook adalah lambang reputasi seseorang.
Facebook boleh menghancurkan reputasi malah meningkatkan reputasi seseorang. Lagi-lagi jika anda seorang yang dikenali, agak merbahaya jika anda bermaksiat atau melagha dalam Facebook. Saya pernah dengar kisah seorang penyanyi tahap Nasyeed telah difitnah kerana custom messangenya yang meraban. Saya juga pernah mendengar kisah seorang kawan yang dicerca dan dihina seluruh puak keluarga dan besan akibat nada bacaan komen yang salah ( nak buat joke tapi orang ambil serius ). Dibawah ini satu contoh yang anda boleh baca tentang bagaimana Facebook boleh membunuh imej anda.
Diatas merupakan beberapa contoh “tidak sengaja” oleh user Facebook yang menyebabkan mereka kerugian. Jika ia berlaku kepada anda, maka anda boleh dikategorikan malang. Namun, ia lebih malang lagi, jika anda sendiri yang sengaja memusnahkan reputasi anda di Facebook. Bagaimana?
Peringatan dari diri sendiri untuk diri sendiri
Seperti yang telah saya tuliskan tadi, jika disekolah kita lalai, kita akan diingatkan oleh guru. Jika kita mempunyai ibu bapa, maka saat kita lalai, kita diingatkan mereka. Jika kita sepasang suami isteri, boleh jadi pasangan kita adalah “peringatan” bagi diri kita sendiri. Namun ada yang lebih ultimate lagi. Diri kita sendiri juga boleh jadi satu hari nanti memberi kita peringatan kepada diri kita sendiri. Bezanya bukan di saat ini tetapi di waktu hadapan. Kita melakukan sesuatu dan kelakuan kita itu memberi impak di masa hadapan kepada diri kita sendiri. Maka, boleh disimpulkan, diri kita sendiri memberi peringatan kepada diri kita sendiri!
Ini adalah sebahagian dari contoh semasa. Ia adalah kesimpulan bagi posting ini bagaimana facebook boleh memusnahkan reputasi seseorang dan bagaimana diri kita sendiri boleh memberi peringatan kepada diri kita sendiri, suatu hari nanti. Boleh jadi diri kita yang dulu sudah dapat mengesan yang diri kita akan datang akan melampaui batas…
Moga kita berhati-hati dengan tulisan dan reputasi online kita. Jangan coba mencari publisiti murahan bak kata Mr. Bazuki.

Popularity: 4% [?]





No Comments Yet