iPad in my panties
Kecewa, bercampur gembira. Itulah perasaan saya. Ia ibarat seorang awek yang horny, telah dicumbui oleh balaknya namun opss.. red light! So, mungkin itu tajuk posting pagi ini, setelah 2 jam mengikuti live blog semalam.

Saya rasa semuanya ok. iPad boleh mengubah gaya hidup anda. Saya berlawak dengan isteri saya. I nak satu sebab pagi2 I nak baca paper sementara tunggu Dr. Tan.

Saya rasa seperti ada yang tidak kena dengan iPad. Pertama sekali tentang bingkainya yang terlalu gemuk. Rationalnya untuk user memegang tablet ini mungkin, tapi saya rasa, Apple boleh buat yang lebih baik. Paling tidak, sebelum ini kita telah dilambakkan dengan berpuluh design Apple Tablet dari seluruh dunia yang menjangkakan bagaimana rupa Apple Tablet ini. Anda boleh rujuk posting saya sebelum ini, namun untuk rujukan pantas, saya kepilkan sekeping design Apple Tablet yang saya rasa lebih berahi dari yang ada ini.


Seterusnya, iPad tidak ada camera. Saya rasa ini taktik perniagaan. Mungkin Dato Steve akan meletakkan camera pada iPad version 3gs. Pada waktu itu ramai yang akan menyesal kerana membeli iPad yang pertama ini. Maka kerana itu juga sesuai dengan lawak saya, saya mahukan yang pertama ini untuk baca paper sementara tunggu Dr. Tan.
Oleh kerana tidak ada camera, maka imaginasi saya dan Zalee di Secretlab untuk video chat jarak jauh terpaksa diforward pada iPad 3gs yang mungkin akan keluar pada tahun 2011 atau 2012.
Tapi, kekecewaan ini tidak sebesar mana jika nak dibandingkan dengan apa yang iPad boleh beri. Ibaratnya, jika red light sekalipun, seorang awek horny boleh tunggu untuk kembali suci dan bergembira sehabis baik!

Kata kawan saya pagi tadi, “memang Moses!”. iPad adalah buku pada masa hadapan. Anda tidak perlu lagi membawa buku kemana2, cukup dengan donwload ebook dan anda akan menjadi the most knowledgeable person in the country. Saya menambah kepada kawan saya, “Kalau orang berazam nak baca 50 buku setahun, bayangkan dengan iPad…. balik2 itu aje!”
Kesimpulannya, iPad akan set satu lifestyle pembacaan buku yang baru. Memang sudah berlambak ebook reader sebelum ini tapi bila Apple reinvent cara secara kapitalis, kita akan mula membaca buku didalam iPad. Bukan buku sahaja, majalah, kitab-kitab… malah saya membayangkan membaca Alquran didalamnya!
Mungkin anda bertanya bagaimana iPad boleh tapau ebook reader yang lain? Apple ada iTunes. iTunes ada online store yang menjual apps, lagu, podcast… saya kira disini kelak ebook iPad akan dijual. Jika anda perhatikan gambar dibawah, Apple telah rebrand ebook kepada iBooks.
So, bukan satu keanehan jika semua publisher yang cetak buku akan convert kedalam format iBooks. Satu biz baru disitu.


Selain dari itu, bagi gamers, saya tidak pasti hardcore gamers akan jatuh cinta kepada iPad ini tetapi dengan cocoa tech dari iPhone yanga ada dalam iPad, saya kira untuk game2 simple ia boleh mengkhayalkan. Jika anda iPhone user, bayangkan selama ini anda main game pada skala kecil ( macam gamewash zaman dulu ) tapi kali ini anda main game skala besar. Lebih Visual, lebih user experience dan sudah tentu, lebih seronok dan lebih mengujakan!

Ok, kita telah tengok features untuk personal, sekarang kita tengok bagaimana iPad membantu businessman. Saya berpendapat ia adalah sebuah device yang sesuai untuk presentation one to one. Sebagai contoh kalau anda nak present something dengan Dato atau client-client Tengku…. ia boleh menyebabkan mereka terpesona dengan iPad anda lebih daripada terpesona dengan proposal anda. Bayangkan anda membuat presentation dengan touch screen… ops, sorry, multi touch screen flip-flip through slide presentation, saya kira Steve Job bakal membantu ramai anak tempatan maju dalam business lagi.
Selebihnya anda boleh pergi sendiri ke web apple untuk melihat lebih banyak info tentang iPad lagi.
Sebelum saya sambung kerja, ada sedikit soalan menarik dari staff saya pagi tadi. “Boss, kat mana lat masuk cd?”
Penggunaan CD akan obsolete. Ia seperti penggunaan disket zaman dahulu. Kita sudah ada thumbdrive berGB-GB so mengapa perlu CD atau DVD lagi?
“Tapi boss, cam na nak install software?”
iPad dicipta sesuai dengan trend semasa dan akan datang. Kebanyakkan software sekarang sudah ada di online. Sebagai contoh, instead menggunakan Microsoft word / excel yang install dalam pc / laptop kita, kita boleh guna google docs. Ada juga beberapa software online yang menyamai keupayaan Adobe Photoshop… saya lupa namanya. Tapi semuanya online!
Dan satu lagi, anda rasa kenapa Steve Job buat iTunes menjual apps?

Popularity: 10% [?]


5 Comments