khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
8 January 2010 @ 4am

Tagged
all post

Tafsir vs terjemah – quran

Quran sebenarnya antara kitab yang penuh berseni dan kias. Ini bermaksud, sesuatu ayat itu mempunyai maksud yang berlapis. Dalam erti kata lain, melalui terjemahan biasa, sedikit ilmu didapati manakala melalui tafsiran, lebih ilmu didapati.

Terjemah adalah direct translation. Tafsiran, berdasarkan terjemahan itu, ada maksud lain yang dipelajari.

Kerana itu ada perbezaan antara “terjemah” dan “tafsiran”

Kerana itu juga satu masa dahulu Dr. Mahathir pernah menyarankan agar Quran ditafsir semula. Saya sangat setuju ini kerana kita sudah hidup beratus tahun selepas prophet wafat. Malah, mazhab yang kita ikuti juga sudah beratus tahun lamanya. Saya pernah terfikir, mengapa tidak ada muncul imam mazhab baru?

Adakah sudah pupus orang islam yang bijak pandai pada zaman ini? Adakah takdir orang islam hari ini hanya perlu “quote” kata-kata orang islam yang hebat zaman dahulu? Adakah perbuatan “meng-quote” kata-kata orang islam yang hebat zaman dahulu dikira hebat zaman sekarang?


source

Anda jangan salah faham bila saya kata tentang mazhab baru. Saya tidak mengatakan yang mazhab 4 itu tidak bagus. Malah saya bersyukur kerana adanya 4 mazhab yang memberi guideline kepada kita kerana sekuang-kurangnya di Mekah, kita boleh pakai rules mazhab lain kerana mazhab kita tak sesuai mengikut keadaan tertentu disana. Saya cuma katakan kita sudah hidup di zaman 2010. Kehidupan zaman ini lebih mencabar.

Sebagai contoh, kita ambil hukum atau adab akad jual beli. Zaman mazhab dulu, jika meniaga, antara penjual dan pembeli mesti ada akad.  Ibarat kalau tiada akad, macam tak sah. Anda tentu pernah dengar di kedai orang yang pakai kopiah, ” Saya jual…. ” dan disambut “saya beli…”

Maka pada zaman moden ini, bagaimana pula saya yang membeli barang dari ebay.com atau iTunes Store. Adakah saya harus berkata, “iTunes… saya beli….” Orang akan mengatakan saya gila babi kerana bercakap dengan laptop. (Tapi saya pernah tengok orang bercakap dengan laptop maka saya tak katakan orang itu gila babi. Dia bercakap menggunakan skype.)

Anda mungkin berkata, pergilah tanya ulama. Saya pula boleh berkata, ulama ada account iTunes tak? Ulama pernah buat transaction iTunes tak? Saya rasa di Malaysia kalau ada pun mungkin seorang. Itu pun dah berhenti dari menjadi Mufti.

Berapa ramai ulama malaysia yang mempunyai website sendiri? Berapa ramai ulama di malaysia yang boleh kita send email untuk tanya soalan? Berapa ramai ulama malaysia yang ada facebook? Berapa ramai ulama yang keluarkan fatwa melalui Twitter?

Sudah tentu kurang! Ini kerana mungkin Facebook dilihat sebagai agen yahudi. Melalaikan. Lagha. Buang masa. Bagi saya, pergi ke masjid juga boleh jadi buang masa jika kita tidak tahu kenapa kita pergi masjid. Membaca quran juga boleh jadi buang masa jika kita tidak faham dan tidak tahu apa yang kita baca, malah kita tidak tau mengapa kita baca!

Maka disini saya katakan ada keperluan bijak pandai islam nafas baru. Imam – imam moden yang celik IT dan Multmedia. Imam-imam yang membeli apps quran dari iTunes dan menggunakannya didalam iPhone. Imam-imam yang mengeluarkan fatwa lantas diupdate dalam blog serta di RSS oleh seluruh umat islam serata dunia. Imam pakai Podcast. Info push ke umat islam on demand. Barulah islam kekal maju sepanjang zaman.


* gambar hiasan tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan mati

Mengapa jika membicarakan hal agama, ia harus ada kaitan dengan kitab, serban, slow motion, tua, dan konotasi-konotasi ketinggalan zaman yang lain? Mengapa tidak ada icon islam di Malaysia yang tak payah berjanggut dan tak payah pakai kopiah? Adakah semacam filterism ke syurga melalui pakaian kelak? Mengapa kita hanya perlu percaya kepada ustadz-ustadz?

Oleh yang demikian, saya sangat setuju dengan Tun. Dr. M suatu masa dulu malah hingga ke hari ini, quran perlu ditafsir semula, dan perlu ditafsir kumpulan intelek islam yang bukan hanya ustadz atau ulama. Businessman melayu pun islam juga dan mereka ada hak untuk memberi pendapat dalam hal keagamaan dan muamalat. Arkitek islam, designer islam, artis islam, ceo-ceo islam, mereka ini semua adalah aset islam dan mereka inilah yang patut dijemput bermuzakarah bersama ustadz dan ulama supaya menafsir semula al quran. Barulah al quran progressif dengan keadaan semasa. Barulah RSS.

Berbalik kepada “terjemah vs tafsiran”, jika kita hanya baca terjemah alquran, maka hanya direct translation yang kita dapat. Hanya ada sedikit ilmu disitu. Namun jika melalui “tafsiran”, pasti ada banyak ilmu yang lahir dari tafsiran yang pelbagai. Saya rasa kita tidak perlu takut kepada percanggahan pendapat jika ramai intelek islam yang menafsir semula quran. Ini kerana perbezaan pendapat adalah sihat. Penafsiran quran bukan hal siapa betul atau salah. Quran adalah wahyu untuk Prophet Muhammad, dan prophet Muhammad menyampaikan quran kepada kita. Maka Quran untuk kita. Oleh itu, mengapa kita perlu takut salah atau betul jika Quran dah memang untuk kita? Saya percaya selagi kita berpegang kepada keimanan kepada Allah, maka adakah berani kita nak manipulate quran? Nak mampos? Perbezaan pendapat akan membawa kepada kebenaran. Jika ada satu bahagian sahaja, macam mana nak tahu ia betul atau salah? Bayangkan jika arkitek islam, dan ceo-ceo islam menafsir quran dari perspektif masing-masing? Tak banyak ke ilmu yang kita dapat?

Malah, nama asal Quran adalah Al-Furqan yang bermaksud “Perbezaan”. Sila rujuk surah ke 25 dalam Quran.

Nah, perlukah kita “seram” untuk menafsir quran? Jika kita tidak berilmu sudah pasti kita “seram” untuk menafsir quran. Maka, kalau kita dah tahu kita tak berilmu, pergi la belajar supaya pandai dan tidak ditipu. Wahyu pertama pun “Iqra”, iaitu “Baca”. Saya rasa sebenarnya attitude kita adalah tidak mahu ambil tahu dan membiarkan agama duduk pada orang yang pakai kopiah atau serban. Itu saja.

Kerana itu saya sangat bersedih  di Malaysia agama dan hal keagamaan semacam dipunyai oleh ustadz dan tok guru atau ulama. Saya tidak pernah belajar disekolah rendah atau menengah dulu yang agama ini dipunyai oleh mereka. Ia ibarat semua yang datang dari mereka betul dan yang datang dari bukan ustadz atau ulama salah di dalam negara ini. Jika kita tidak belajar di Al azhar atau tidak pernah bersekolah agama di smap kajang atau sekolah pondok maka jangan lah nak memandai berbicara dalam hal agama kerana boleh dituduh sesat.

Agama adalah milik manusia. Maka manusia berhak mendalami agama malah menyesuaikan agama dengan keadaan semasa. Ini memang harus berlaku. Jika agama tidak sesuai dengan keadaan semasa, maka apa perlunya agama? Adakah kita tahu yang agama ini bermaksud “jalan hidup”? Jika jalan hidup kita sudah ketinggalan zaman, maka apa perlu kita hidup lagi? baik kita pegi mati.

Saya berpendapat, bagi kita semua yang berumur 30 an ini cukup-cukuplah mengaji quran yang berbahasa arab kerana kita sudah mengaji sejak dari kecil lagi. Adakah perlu kita mengulangi perbuatan yang sama sampai ke akhir hayat kita? Ini bukan bermaksud saya menggalakkan orang meninggalkan al quran.

Saya menyeru kepada umat islam agar mula membaca terjemahan al quran lantas mempelajari tafsir al quran agar al quran dapat digunakan sebagai panduan jalan hidup dan senjata bagi menghadapi zaman yang semakin dayus dan merogol hak kita beragama dan menjalankan hidup sebagai umat islam.

Bukankah sesuatu yang sangat turn off bila membuka quran, membaca ALIF LAM MIM, dan membaca terjemahannya “Hanya Allah yang mengetahui”

Untuk siapa quran ini? Allah atau kita?

Selamat Membaca Quran, perbuatan membaca… memerlukan pemahaman. Apakejadahnya membaca kalau tak paham!

Bookmark and Share

Popularity: 8% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment