khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
6 January 2010 @ 3pm

Tagged
all post

6 Hari

Angka 6 memang unik. Malangnya saya tidak khatam hal ini sangat. Apa yang saya tahu, melalui Bible dan Quran, tuhan menjadikan alam ini dalam tempoh 6 fasa atau 6 waktu. Berapa panjang satu waktu atau satu fasa itu, anda kena tanya Ustadz atau Paderi anda.

Seminggu ada 7 hari, maka kebanyakkan orang bekerja 6 hari seminggu. Bolehkah kita kata, untuk terus hidup, kita hanya perlu bekerja 6 hari seminggu?

Satu hari ada 24 jam. Jika 24 dibahagi dengan 6 = 4. Biasanya nombor 4 disinonimkan dengan kestabilan. Kerana itu Kaabah segi empat. 4 juga adalah fasa untuk seseorang terus maju dalam mencari tuhan yang benar. Jika dalam Islam, 4 fasa ini merujuk kepada syariat ( rules ), tarikat ( path ), hakikat ( truth ) dan makrifat ( knowing ).

Bolehkah kita katakan, untuk mencapai 4 fasa dalam mencari tuhan ini, kita harus lalui 6 perkara? Of course, 6 merujuk kepada rukun iman. Iman, atau keiimanan adalah faith atau kepercayaan kita terhadap sesuatu yang intangible. Maksudnya sesuatu yang tidak dapat dipegang.

Untuk mengetahui apa rukun iman, anda klik sini atau sini. Jika kita mengkaji lebih dalam, dan dalam dalam dalam dalam lagi, kita akan dapati bahawa yang berkaitan dengan rukun iman, semuanya kita tidak dapat pegang. Ia sesuatu yang tidak kelihatan, tetapi harus diyakini.

Sebagai contoh, jika saya katakan yang rumah saya ada hantu, anda mungkin yakin atau tidak , ataupun percaya atau tidak dengan statement saya. Hingga anda datang kerumah saya dan melihat ada hantu, anda bukan lagi yakin atau percaya tetapi anda sudah tahu. Jika anda sudah tahu kebenarannya bahawa ada hantu dirumah saya, buat apa anda percaya lagi? Bukankah sudah terang-terangan ada hantu?

Percaya adalah berkaitan dengan sesuatu yang kita tidak tahu, maka kita harus melakukan “kepercayaan” itu. Contohnya, saya bekerja di secretlab. Saya tidak tahu masa depan saya disini ok atau tidak. Tetapi saya “percaya” pada secretlab yang satu hari nanti secretlab akan berjaya.

Berbalik kepada 6 tadi, sudah tentu, untuk mencapai 4 fasa kita harus kukuh pada 6 rukun yang prophet ajar dulu. Salah satu dari rukun yang 6 ini adalah percaya kepada kitab-kitab. Menurut ustadz saya yang saya dah lupa namanya, dikatakan kitab-kitab ini merujuk kepada 4 kitab iaitu zabur, taurat, injil dan quran. Ini mengikut ustadz yang saya lupa namanya itu.

Jika tuhan suruh kita beriman kepada hanya 4 kitab, sudah pasti rukun iman kita adalah percaya kepada 4 kitab. Sebaliknya, percaya kepada kitab-kitab.

Ini kerana, terdapat banyak kitab-kitab dari tuhan. Namun, dangkalnya ilmu kita sebagai manusia, kita hanya tahu 4 kitab. Itupun 3 daripadanya kita mungkin tak pernah sentuh, atau baca. Maka bagaimana kita meyakini rukun iman kita percaya kepada kitab-kitab?

Ouh, saya sudah melalut. Again, kembali kepada 6 tadi.

Salah satu daripada kitab-kitab yang harus dipercayai, adalah Alquran. Dan Al-quran ada 6666 ayat. Mengapa? anda harus tanya kepada ustadz anda lagi sekali.

Banyak perkaitan disini yang kita harus tahu. Ia ibarat sebuah iklan susu dimana kanak-kanak yang cerdas, neuron cell didalam otaknya akan bersambung-sambung antara satu sama lain. Saya lupa iklan apa. Sebagai contoh bila mak dia kata “buah”, anaknya kata “hati”. Nilai kepandaian atau kecerdasan sang anak ini adalah apabila boleh merelate antara buah dengan hati. Of course, ayahnya pasti lebih bijak dari anak. Ayah boleh melihat yang lebih dalam dan rahsia lagi. Contohnya bila mak kata “buah”, ayah akan kata “dada”. Disini menggambarkan ilmu ayah atau makrifat ayah lebih tinggi dari anak.

Ouh….. lagi sekali saya melalut.

Apapun signifikan 6, kita harus dalami dan cari, kenapa. Bagi saya setakat ini, semua proses kerja yang panjang dibahagikan dalam 6 fasa atau stages. Kesempurnaan milik tuhan. Kita hanya melakukan kesempurnaan itu, itu pun kalau tuhan izinkan.

Selamat 6 haribulan! ( hari ini )

Bookmark and Share

Popularity: 3% [?]


1 Comment

Posted by
rudy
26 January 2010 @ 9am


Leave a Comment