khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
1 January 2010 @ 2pm

Tagged
all post

Berputus asa di tahun baru

[94:5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[94:6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[94:7]
Kemudian apabila engkau telah selesai, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha
[94:8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Ketika hampir seluruh manusia bersemangat waja dengan azam-azam tahun baru yang dicipta untuk memenuhi kepentingan sosial dan hidup sebagai manusia yang berstatus moden, di zaman ini, di ambang tahun baru ini : saya sebaliknya.

Ini bukan kerana saya orang zaman purba, ya saya juga manusia yang hidup di zaman wifi, bergaul secara facebook walaupun minimum, menulis blog untuk mengisi tuntutan nafsu penulisan saya, malah mula bermain tap farm untuk memahami kegilaan dan “thrill” penternak jaya, ya, saya juga manusia yang hidup di zaman wifi.

Namun saya harus mengakui, walaupun saya manusia yang hidup di zaman wifi, saya juga manusia biasa. By this means that : saya adalah manusia seperti anda yang sedang membaca tulisan ini.

Saya mengalami segala pahit manis, wangi busuk, haram jadah halal toyyiba, dan apa jua terma yang anda gunakan untuk menggambarkan keadaan duality yang sering bercampur aduk pada tahun 2009 yang lalu. Untuk menghuraikan segalanya, ia boleh menjadi sebuah novel yang boleh dibaca oleh generasi baru ataupun boleh di novel grafikkan – juga boleh dibaca oleh generasi baru. Namun usaha yang digunakan ke arah itu lebih beerti jika saya terus  menyimpulkan segalanya dalam satu kesimpulan yang labih mudah difahami, mungkin, dalam beberapa keping ayat yang mudah.

2009 adalah tahun yang sangat mendukacitakan.

Saya tidak menipu diri saya malah keluarga saya. Ia benar dan saya telah diuji hingga ke garisan yang paling akhir. Jika saya orang yang tidak mempunyai hala tuju, sudah pasti saya menghabiskan sisa hidup saya didalam gaung yang sesat. Namun mujur, ada sedikit kesedaran yang keluar dan muncul dari kesengsaraan batin yang saya alami.

Ya, semuanya bermula pada tahun 2009. Malah, ia mungkin lebih awal dari itu. Saya sangat bersemangat waja dan optimis untuk tahun 2009. Saya malah membayangkan bahawa tahun 2009 merupakan tahun kebangkitan saya dan telah merancang seribu macam perancangan agar ia selari dengan tujuan itu. Kata orang korporat, sesebuah company harus ada vision and mission. Matlamat, dan cara mencapai matlamat itu.

Saya juga telah menjadi fengshui master untuk membenarkan tahun 2009 tahun kejayaan. Melalui firasat matematik yang agak hancur pada saya ini, saya melihat 2009 sebagai tahun gelombang.

Namun, sedikit saya sedar dan rupanya saya sedar sepenuhnya hari ini. 2009 adalah tahun yang sangat mendukacitakan. Jika dikira secara period zaman kegelapan, akhirnya saya menemui satu penemuan relatif yang baru. Era ujian tinggi bagi diri saya adalah 5 tahun sekali.

Ya, ia benar. 5 tahun lepas saya mengalami trauma yang semacam sama. Pada tahun 2004, saya diuji sepenuhnya. Malah saya pernah berkenyataan, jika hidup ini ibarat arcade game street fighter, maka saya telah dikurniakan helicopter kick dan kombo abugit serentak dalam satu masa. Ia agak menyeronokkan jika anda melihatnya diluar kotak. 5 tahun kemudian ia datang lagi.

Hari ini 1 januari 2010. Saya bangun pagi dalam keadaan yang terpinga-pinga. Isteri saya telah pergi belajar memasak shushi dan saya tinggal bersama kucing di rumah. Saya mandi, gosok gigi dan pakai seluar. Pakai bedak sikit, pakai minyak wangi dan duduk di kerusi bersendirian.

Saya mendengar bunyi-bunyi burung di luar. Ia boleh dikatakan sebuah pagi yang hening. Saya menarik nafas beberapa kali ala-ala yoga dude dan saya cuba menyelami apakah yang sedang terjadi.

Dalam keadaan stateless ini, saya bertanya kepada tuhan tentang sesuatu.

Mengapa manusia diputuskan asa?

Dalam keadaan tarik nafas tarik nafas dan mata yang pejam ( anda harus cuba, ia menyeronokkan sebenarnya ) saya akhirnya membuka mata dengan seribu lagi persoalan.

Mengapa manusia diputuskan asa?

Saya ke dapur kerana perut sudah lapar. Kerana skill masakan saya tidak sehebat Jamie Oliver, saya memasak sesuatu yang lebih ringkas tapi Holiaw!

Sementara menunggu beberapa segemen masakan itu tersedia, saya kedalam bilik untuk melihat kalau-kalau iPhone itu sudah habis charge. Sambil berbaringan di atas katil, saya menemui satu apps baru.

Ia adalah blog apps seorang yang bernama Chris Brogan.

Saya rasa tuhan itu sangat adil dan saksama. Saya rasa tuhan itu maha mendengar dan maha menyayangi. Tuhan tidak akan menghelicopter kick dan mengabugitkan hambanya tanpa sebab yang munasabah. Untuk hambanya faham dan meng-appreciate nilai pengajaran dan hikmah sesuatu perkara yang terjadi, bukanlah semudah satu hari. Ia mungkin mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun lamanya.

Saya bersyukur kerana diabugit 5 tahun sekali. Ini kerana 5 tahun lepas, setelah diabugit pada tahun 2004, saya menemui cinta yang paling dalam dari seorang wanita yang bernama isteri. Ya, saya berkahwin pada tahun 2005 dan semua kisah augit dan horror kehidupan berakhir sekelip mata.

Itulah keesaan tuhan. Rupanya ada “hadiah” yang telah disiapkan, cuma masa sahaja yang dipanjangkan. Kesukaran dan kepayahan batin dan segala emosi yang tercalar akhirnya hilang hanya dalam satu senyuman.

Tahun 2010 merupakan tahun yang baru berusia satu hari, pada hari ini. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada tahun ini malah saya tidak ambil peduli untuk apa yang bakal terjadi pun. Ini bukan tanda yang saya tidak mahu merancang sesuatu langsung, tetapi ia lebih kepada keputusan yang bakal berlaku. Saya hanya akan berusaha dengan asa yang dipinjamkan.

Apabila asa yang ada ini dilihat sebagai asa diri, saya rasa ketika itulah kita diabugit berkali-kali. Rupa-rupanya, asa yang ada ini adalah asa esa. Maksudnya, asa ini kepunyaan tuhan.

Maka kerana itu, terpulang pada tuhan ketika bila mahu memberinya, bila mahu memanjangkannya, dan bila mahu memberhentikannya. Disebalik segala ini, ada segala benda baru yang perlu difahami dan dipelajari. Kerana itu, dalam surah al- insyirah, manusia hanya perlu menetapkan pendirian dan kepercayaan : disebalik kesukaran ada kesenangan, dan lakukan segala usaha dengan bersungguh-sungguh.

Berputus asa di tahun baru, tidak ada salahnya. Ia bukan kepunyaan kita pun.

Saya, sudah berbulan lamanya saya menantikan hari ini untuk berputus asa. Ia sangat besar dan sangat bermakna untuk saya mengorak langkah lebih jauh. Esok saya akan bangun dengan perasaan yang sangat gembira dan “relief”. Ada 364 hari yang saya akan usaha bersungguh-sungguh untuk isteri, keluarga dan keluarga secretlab.

Selamat tahun baru, semoga, kita menemui apa yang kita cari.
Semoga kita kekal dalam keesaan, walaupun tanpa asa.

Good luck!

http://www.chrisbrogan.com/never-give-up-no-give-up/

Bookmark and Share

Popularity: 30% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment