khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
29 December 2009 @ 1am

Tagged
all post

MobileMe

MobileMe berkonsepkan “on the cloud”. Basically email, calendar & contact address book berada di awan, dan anda boleh guna, update dari semua device seperti laptop, macbook dan iphone. Dalam ertikata lain, ia akan sync kan semua data anda serentak.

Sebagai contoh, anda add contact dalam iPhone. So, contact baru ini akan disave “on the cloud” dan reflect semua address book anda dalam Macbook atau laptop. Kalau anda tak guna mobileme ni pun ok jugak tapi anda kena update manually pakai docking which mean update pakai iTunes dan kabel. So ada lack masa disitu. Oleh kerana masa itu emas dan saya bercita-cita mengumpul emas, jika anda mempunyai cita-cita yang sama, gunalah mobileme.

Hardisk on the cloud
Selain daripada tu, MobileMe iDisk adalah hardisk “on the cloud anda” atau hardisk anda kat internet. Anda boleh xs hardisk ni dari iPhone atau Macbook atau laptop untuk store file. Apa yang bagusnya? Katakan saya ada hardisk kat internet, so saya boleh simpan file kat sini dan bila nak pakai, saya boleh email pada sapa2 yang saya nak bagi. Sebagai contoh file portfolio company secretlab, bubuh kat sini, so bila client request, saya boleh email pada client tu ( siap ada expire download date) melalui iPhone.

So yang bestnya saya takpayah suruh orang tu pegi web secretlab dan download. Orang tu boleh click terus dalam email. Mungkin anda kata, sama je la baik bagi link direct yang ada kat web secretlab. Tapi problem untuk saya sebab portfolio secretlab selalu update, so setiap kali dah update, saya drag and drop masuk hardisk kat internet je daripada nak masuk ftp guna transmit (atau cuteftp etc ). Kesimpulannya cepat. Macam drag antara folder dalam macbook le.

Satu lagi kalau anda memang benar2 anak sedara Steve Job, so for sure rumah anda ada at least 2 Macbook dan 1 Mac Mini plus beberapa ketul iPod disamping iPhone. So imagine files sharing antara semua Mac device ini … anda boleh batalkan niat nak beli server untuk rumah anda. :p

So berapa size hardisk? 20GB.

Web base apps  – Me.com

Untuk manage semua-semua feature ni Apple bagi online web apps Me.com. Saya melihat ini adalah salah satu permulaan era semua benda kat internet – “on the cloud” tadi. So let say Macbook anda hilang atau rosak, of course sekurang-kurangnya files2 paling penting dalam hidup anda boleh store kat sini ( nak store semua anda kena subscribe lapan mobileme tu pun kalau boleh) but at least yang core files ada kat situ.

Store contact address book online juga bagus sebab kalau iPhone hilang anda ada backup. Tapi sebenarnya cara yang lebih murah anda boleh pakai Timemachine untuk backup files Macbook anda, sekaligus membackup contact anda. Contact penting tu….

Sebenarnya konsep “on the cloud” ni semakin nak pergi jauh. Salah satunya sebab tu netbook makin banyak selain dari Mackbook Air yang nipis macam receipt tu ( tapi tak mahal langsung kata munafikuns) which mean orang boleh pakai laptop kecik dan xs internet sahaja. So dengan adanya Me.com ni ada la membantu sedikit sebanyak walaupun tak banyak mana. Google pun dah nak keluar OS internet base… so you’ll know how the future will be.

Saya akan check kalau2 email google apps saya – @secretlabmedia.com boleh diduplicate disini tapi ia mungkin usaha yang sia2 sebab google apps pun dah dekat on the cloud what.

Track lost iPhone, send “warning” message, lock or delete all content from remote
Ada a few things yang best, which is the new MobileMe boleh track kat mana iPhone anda kalau iPhone anda kena cilok. Dah la boleh track kat mana, siap boleh send msg kepada iPhone tu seperti “Hoi, mencuri ko masuk neraka aku sumpah ko jadi katak” dan anda  boleh lock iPhone anda dari jarak jauh. So orang yang curi tu takleh simply xs iPhone anda. Selain dari tu kalau anda marah sangat, anda boleh delete all data terus dari MobileMe web panel. Dalam ertikata lain, fresh installation untuk orang yang curik tew.

So setakat itu ini saja yang saya boleh berkongsi sepanjang penglibatan saya dengan MobileMe selama 2 jam ini… so saya pun dapat account free so boleh le try berbaloi ke tidak. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, jika satu hari jamban pun boleh xs internet maka tak mustahil anda boleh login MobileMe disitu.

Summary
USD 99 setahun, (RM339.42) for personal
USD 149 setahun for family pack (RM510.84) so boleh guna satu company

Maklumat lanjut : http://www.apple.com/mobileme/

Bookmark and Share

Popularity: 3% [?]


1 Comment

Posted by
banglong
29 December 2009 @ 2pm

x dpt jadi anak sedara en job, jd anak sedara en khairul pon jadi lah muahahah.. ble jd kezen puteh


Leave a Comment