iPhone Wallpaper Art
Oleh kerana Nokia e90 saya mengalami mid-life crisis, maka saya mengambil keputusan untuk kembali kepada iPhone saya yang dulu itu. Nasib baik ia masih berfungsi seperti sedia kala dan sangat muda. Maka, saya sedang terhegeh-hegeh membuat adaptasi kehidupan bermobile zaman 21 century ini.
Lantas ia menimbulkan satu hobi baru yang saya kira telah menyebabkan saya rasa sedikit “muda”. Ye, malam tadi saya telah meluangkan semua masa malam tadi dengan meng-repurpose beberapa artwork lama ( bahasa kurator : memberi nafas baru ) dengan meng-wallpaperkan ia untuk iPhone.
Saya menghantarnya sekeping ke ruang Facebook dan tiba-tiba ia memberikan saya satu dimensi perkongsian baru. Selama ini saya mungkin hanya berkongsi maklumat dan sekarang saya berkongsi wallpaper iPhone. Lagipun, internet is all about sharing malah alam duniawi ini pun kita kongsi bersama? We share because we care, kata secretschool.

Ok, so anda bolehla menjengah Facebook saya dan download dari sana kerana kapasiti xs Facebook lagi besar dari blog ini.
Oh ya, untuk menukar wallpaper iPhone anda, ada beberapa cara dibawah ini :
http://www.aiseesoft.com/how-to-change-iphone-wallpaper.html
Have fun! HO HO HO HO

Popularity: 3% [?]


3 Comments