khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
26 December 2009 @ 12pm

Tagged
all post

Purata gaji rakyat Malaysia



Makan gaji kurang 6
kali

Heh, siapa yang tidak makan gaji? Umum mengetahui gaji adalah antara top 10 list yang sering bermain didalam kepala kita selain daripada sex, duit, hutang dan sembahyang. Namun mungkin gaji jatuh ke tempat ke tujuh atau lapan kerana gaji merupakan spin off dari duit.

Melalui info berita ini, didapati average gaji kita adalah RM 17,182 setahun which mean sebulan adalah RM 1431.83 manakala average gaji rakyat Singapura adalah RM 8 595.00. Ini bermaksud, (secara purata) seorang fresh grad diploma di Singapura menerima habuan enam kali ganda daripada seorang fresh grad diploma di Malaysia ( dengan mengambil kira standard starting gaji bagi diploma RM 1.5 K manakala degree RM 1.8 K ). Atau lebih kurang, seorang fresh grad diploma di Singapura menerima habuan seperti seorang Pensyarah di universiti yang berpangkat Dr. di Malaysia. Anda bagaimana?

Seorang kawan pernah memberitahu quote yang popular kepada saya. Duit bukan segalanya, namun duit sangat penting. Saya bersetuju dengannya kerana jika anda tidak ada duit, mungkin sembahyang anda juga tidak khusyuk. Ini realiti hari ini bagi mereka yang bertuhankan duit.

Apapun, tahun baru menjelang tiba, maka bagaimana kita boleh memastikan bahawa pendapatan setiap dari kita “setaraf” dengan purata pendapatan rakyat singapura. Jika kita sudah berkahwin, bayangkan memperolehi pendapatan 12 kali ganda dari orang bujang lain di Malaysia?

Apakah yang baiknya? Sembahyang kita mungkin khusyuk 12 kali ganda? Anda jawab sendiri.

Bookmark and Share

Popularity: 13% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment