khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
3 December 2009 @ 2am

Tagged
all post

Basecamp : The best online management software

“Jika syaitan menghasut manusia secara kolektif (berkumpulan), mereka pasti akan menggunakan Basecamp untuk merangka strategi dan perlaksanaan. Malangnya syaitan bekerja bersendirian”

Saya di Secretlabmedia, sedang menguji-pakai sebuah perisian atas talian ( online software ) yang bernama Basecamp. Kami menggunakan software ini bagi memusnahkan masalah project management yang tidak efisyen lagi berterabur. Dasarnya, kami sedang mengujinya secara kolektif dimana semua orang didalam secretlab telah diberi access untuk mencuba kehebatan software ini.


Source

Sebenarnya, jika diikutkan hati, saya ingin mencipta sebuah software yang seakan sama, namun malangnya draft software ini masih dalam bentuk HTML dan setelah menjumpai Basecamp, saya rasa method pengurusan yang saya guna akan kekal dalam bentuk HTML buat selamanya.

Sebelum ini saya pernah mencuba copperproject, namun ia lebih menjurus kepada creative agency sahaja dan mempunyai proses yang terlebih detail, walaupun berinterfacekan yang cantik-cantik belaka. Basecamp, bukan sahaja digunakan oleh creative agency seperti kami, malah ia sesuai untuk apa jua bisnes yang anda jalankan. Namun antara kedua ini, sudah pasti ada kelebihan dan ada kekurangan.

Saya akan menulis lanjut tentang bagaimana Basecamp membantu kami di Secretlab dalam beberapa minggu lagi. Ini kerana akhir tahun ini menuntut saya untuk menyelesaikan beberapa tugas yang lebih penting.

Untuk itu saya tinggalkan sebuah screenshot yang memberi anda gambaran apakah software ini sebenarnya. Kalau anda tahu siapa Threadless, mereka ini antara penjual t-shirt yang terglamour di US sana.



Klik sini untuk ke Basecamp
.

Bookmark and Share

Popularity: 2% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment