Tuhan memberi. Kita merasa.

There is a saying: yesterday is history, tomorrow is a mystery, but today is a gift. That is why it is called the “present.” – Master Oogway dari film Kungfu Panda.
Menjadi manusia, kita sering diuji. Bagi yang menyedari, benar, ia hampir setiap masa. Kita dikejutkan dengan berita-berita sedih tentang orang-orang yang kita sayang. Seperti, malah, seolah-olah tiada hari esok.
Namun, Allah atau Elohim, atau apa jua nama yang anda beri, dia, tuhan itu, tuhan yang maha adil. Kita tidak dikejutkan hanya berita-berita sedih sahaja. Benar, bagi yang menyedari, berita gembira juga mengejutkan kita hampir setiap masa. Seperti, malah, seakan supaya setiap hari esok adalah hari ini.
Kerana itu, sebagai manusia, jangan terlalu bersedih apabila tiba masa hiba itu.
Kerana itu, sebagai manusia, jangan terlalu gembira apabila tiba masa suka itu.
Kita sebenarnya harus berlaku adil kepada diri kita sendiri, sebagai mana itulah sifat yang maha adil tunjukkan. Bagaimana untuk berlaku adil? Yang paling sukar adalah menghadapi semua kesedihan dan kegembiraan dengan hati yang tenang. Maka kita tidak mudah menggelabah hingga membuat kesilapan. Dan yang paling mudah jika untuk merasai ketenangan itu payah adalah : menghadapi segala dugaan secara kolektif atau duo.
Hadapinya dengan orang yang tersayang.
Hadapinya bersama orang yang tersayang.
Kerana itu kita semua dijadikan berpasang-pasangan. Kerana itu kita, di muka bumi ini dituntut berbuat baik sesama manusia. Kerana disaat kesukaran, masih ada yang sudi menghulurkan bantuan. Namun jika kita masih keseorangan didalam dunia ini, bagaimana pula untuk menghadapi semuanya?
Dunia belum kiamat. Kita masih ada tuhan. Ya, kerana dunia belum kiamat, kerana itu kita masih memerlukan tuhan.
Orang yang mempuyai pasangan mungkin dilihat sedikit bernasib baik dalam menghadapi ujian namun pada hakikatnya kelak, semua orang menghadapi ujian terakhir secara seorang diri – mati.
Maka untuk terus hidup, melalui segala episod ini, cara yang paling baik adalah melalui hari ini, keadaan ini, saat ini, atau SEKARANG, dengan rasa kesyukuran dan rasa rendah diri.
Rasa kesyukuran kerana kita berterima kasih masih mempunyai tuhan.
Rasa rendah diri kerana kita masih memerlukan tuhan.
Tuhan memberi.
Kita merasa.
Kegembiraan memang seronok namun ia juga satu ujian. Kesedihan memang hiba namun ia juga boleh jadi satu anugerah.
Tuhan sentiasa memberi kita hadiah setiap hari.
Tak percaya? Tanya Master Oogway. Dia seorang “master” dan “master” tidak menipu.


Popularity: 5% [?]


No Comments Yet