khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
18 November 2009 @ 2am

Tagged
all post

Ketua


Source

Saya di sekolah dulu bukan seorang pengawas. Saya malah bukan exco – exco yang berseluar hitam seperti kebanyakkan kawan saya. Saya cuma pelajar biasa yang berseluar hijau dan kami mengikut arah yang telah ditentukan. Cuma ruang untuk saya berkreatif terbuka sedikit apabila saya menjadi salah seorang ahli kelab sidang redaksi. Bagi yang tidak pernah dengar apa itu sidang redaksi, ia adalah persatuan kecil yang bertanggungjawab ke atas bulletin dan majalah sekolah. Hanya disitu saya mempunyai “ruang kuasa” yang boleh saya eksperimen dan belajar memahami apa erti “ketua” dan “mengetuai”.


Source

Itu cerita sekolah dan ia sudah lapuk. Kerana saya hidup dalam hari ini, maka sejarah tinggal untuk kita melihat sebagai tauladan dan pegangan. Sekolah adalah sebuah platform melahirkan kita untuk bersedia dalam episod seterusnya. Tidak bermakna kita gagal di sekolah, kita gagal di dalam hidup. Malah jua, tidak bermakna kita gagal hidup hari ini kita gagal hidup selamanya. Sentiasa ada ruang untuk diperbaiki.

Semalam saya menonton History channel dan ada kisah tentang Tun Mahathir. Ada dua siri disini dan tak silap saya minggu depan part 2. Saya sangat mengagumi Tun Mahathir dan bersyukur kerana semasa saya awal 20-an, saya dapat bersalaman dengan Tun dan telah mengabdikan gambar itu sebagai profile yahoo saya suatu ketika dulu. Saya rasa ini adalah antara moment gembira dalam hidup saya dan saya abadikan gambar itu disini sebagai kenang-kenangan.

Posting ini bukan tentang kejayaan saya bersalam dengan Tun. Ia adalah tentang kejayaan seseorang mengetuai sebuah negara. Tun Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia yang keempat dan yang paling lama mengetuai Malaysia. Saya rasa Tun berjaya menjadikan Malaysia maju hingga seperti hari ini kerana Tun Mahathir adalah seorang doktor. Sifat seorang doktor adalah dia tahu bagaimana untuk mengubati sesuatu penyakit. Dia mempunyai firasat yang tajam dan melalui firasat ini digunakan untuk membina negara.

Berbual dengan kawan saya, dia mengatakan yang Tun merupakan “man of all season”. Ini kerana Tun sudah ada waktu sebelun Jepun menjajah. Tun ada dari tahun 1930 an, 40 an, 50an, 60an, 70an, 80an, 90an hingga ke 2000 an. Bayangkan Tun sudah hidup dari zaman buat banner pakai ubi kentang, hingga ke zaman blog. Moga Allah memanjangkan umur Tun dan memberi kesihatan buat Tun. Oh ya, bercerita tentang blog, nasib baik Tun masih nak berkongsi ideanya maka lahirlah blog chedet. Jangan pandang rendah pada blogger ya. :P

Mungkin ada orang mengatakan yang kesilapan Tun adalah apabila memecat Anuar Ibrahim sebagai timbalannya. Dan ada juga yang mengatakan kesilapan Tun melantik Tun Abdullah sebagai penggantinya. Oleh kerana saya kurang pengetahuan dalam bidang politik maka biarlah ahli kitab politik yang berbicara tentang silap menyilap ini.

Menjadi seorang ketua bukan semudah yang disangka. Tun mengetuai beratus orang yang berpolitik. Ada yang menyokong Tun malah ada yang ingin membunuh Tun. Itu lumrah politik.

Cuma satu jangan kita lupa. Jika tuhan melantik Tun dalam takdirnya mengetuai negara, tuhan juga pasti membekalkan Tun dengan ilmu-ilmu yang tidak ada pada manusia biasa yang lain. Bukan saya maksudkan Tun mempunyai magic atau sihir. Tun pasti mempunyai kelebihan yang kita tidak tahu. Sebagai contoh yang saya jelaskan tadi, pasti, Tun mempunyai firasat yang tajam dalam memulihkan pesakit mahupun negara yang diketuainya. Untuk itu, kita sebagai rakyat harus akur dengan apa yang Tun buat dulu. Hatta memecat Anwar Ibrahim sekali pun, saya melihat itu sebagai salah satu cara Tun menyelamatkan negara. Bagi saya Anwar seorang yang gelojoh, rakus dan tamak. Kerana itu dia patut dipecat pun. Saya mungkin salah namun itu tidak mengapa. Saya sudah katakan tadi, saya bukan ahli dalam hal politik.

Saya menjadikan Tun Mahathir sebagai all time idola saya sepanjang masa. Saya berbangga mempunyai dan pernah diketuai oleh seorang yang sangat genius, sebagai seorang rakyat saya sangat bersyukur untuk itu.

Membina negara bukan memakan masa satu hari. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Dr. Siti Hasmah redha berkongsi suami dengan negara. Jika kita seorang isteri, adakah kita redha berkongsi suami dengan orang lain? Belum tentu lagi.

Saya juga bersyukur dalam hidup saya ini, saya berpeluang membina sebuah company. Walaupun company ini kecil dan hanya ada beberapa kerat didalamnya, namun menjadi ketua bagi sebuah company bukan semudah menjadi ketua sebuah sidang redaksi. Saya juga bersyukur mempunyai seorang isteri yang sanggup berkongsi saya dengan secretlabmedia. Walaupun secretlabmedia baru beberapa tahun dan sangat muda dalam arena perniagaan, jika ia berjaya satu hari nanti, saya patut anugerahkan pingat penghargaan kepada isteri-isteri yang suami-suaminya berkorban untuk company.

Saya juga bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang turut berkorban dalam menjalankan kerja-kerja secretlab. Jika mereka ini tidak ada, secretlab diibaratkan sebuah kapal laut yang tiada krew kapal. Apa guna kapal yang besar kalau hanya ada seorang kapten sahaja. Namun ini bukan bermaksud sebuah kapal perlu ada dua kapten. Jangan salah faham pula.

Tahun ini banyak cabaran dan dugaan bagi saya sebagai seorang suami dan seorang ceo. Saya bersyukur kerana itu. Jika Tun pun pernah melalui detik dan zaman kejatuhan dalam hidupnya, maka tidak mustahil kita semua pun sama. Ini memang benar kerana Nabi Muhammad pun melalui detik kesedihan dalam hidupnya pada tahun ke-10 kenabian.

Oleh itu kepada diri saya, dan diri anda juga, apa jua cabaran dan halangan yang kita lalui moga Allah beri petunjuk kepada kita untuk melaluinya dengan tenang. Janganlah kita cepat melatah malah rakus dalam tindakan yang kita akan ambil. Tuhan memberi kita akal untuk berfikir sebagai manusia. Gunakanlah akal dalam hidup ini selagi diberi nikmat berakal. Saya percaya Tun Mahathir menggunakan akal dalam setiap percaturan hidupnya. Kalau tidak dah lama Malaysia ni tergadai kalau nak harapkan Anwar.

Ok, kita sudah hampir kepada hujung tahun. Beberapa minggu lagi kita akan menyambut tahun 2010.  Jika mahukan perubahan, jadilah seorang ketua, kata  Sir Bob dalam YES2009 kelmarin. Tidak kiralah ketua apa pun yang kita akan jadi, setidak-tidaknya kita adalah ketua bagi diri kita sendiri. Dan jika kita ada isteri, ketuailah isteri kita dengan hati yang tenang dan tanpa prasangka sebelum kita menjadi ketua orang lain.

Ujian bagi seorang Adam adalah seorang Hawa.
Ujian seorang Perdana Menteri adalah sebuah negara.

Begitulah seterusnya……

Mahathir, Part 1 premieres this Sunday at 8pm, while Part 2 premieres on Nov 22 also at 8pm, on The History Chanel (Astro channel 555).

Waktu Tayangan :
Part 1
http://www.historyasia.com/synopsis.aspx?libId=949&sId=427&sTime=1200

Part2
http://www.historyasia.com/synopsis.aspx?libId=950

Bookmark and Share

Popularity: 5% [?]


1 Comment

Posted by
rudy
19 November 2009 @ 10am

Jiji, jangan lupa bayar bonus kepada anak2 buah hujung tahun ni…hikssss…seornag ketua yang baik ialah dengan membayar bonus hujung tahun. hahahaha~


Leave a Comment