Ultraman membawa raksasa yang dibunuhnya ke kubur dengan pickup truck
Saya rasa sesiapa yang lahir lewat tahun 70 an ( 1977 – 1979 ) mungkin pernah bercita-cita menjadi ultraman jika dia seorang lelaki. Malah, sepupu saya yang darjah 2 sekarang pun seakan mempunyai cita-cita yang sama seperti saya 25 tahun yang lepas. Betapa, Ultraman menjadi idola di antara kita.
Namun bukan ultraman yang menjadi pokok perbincangan kali ini. Ia adalah bagaimana tv mempengaruhi kita dan kehidupan kita. Oleh kerana tahun baru menjelang tiba iaitu tahun 2010, saya telah membuat keputusan untuk mempunyai azam baru. Salah satu azam itu adalah untuk membeli kereta pickup.
Sejujurnya, sudah lama saya mencari pickup terkacak di muka bumi ini. Ia bukan sebagai salah satu alat kacak yang diperlukan oleh setiap lelaki, namun ia mungkin menjadi salah satu alat memuaskan nafsu. Ouh, jangan tersalah sangka. Ia tidak ada kena mengena dengan melalukan sesuatu yang sedap (meminjam kata seorang kawan yang baru saja berkahwin) dengan pickup itu ( anda gila? ) ataupun didalam pickup itu ( ok, anda kurang gila).
( gambar hiasan, bukan pickup sebenar )
Hey, kenapa bila kita berbicara tentang alat memuaskan nafsu kita sering mengaitkan dengan alatan-alatan aneh yang tidak dijual di Malaysia? Walhal, ilmu juga boleh dikatakan alat memuaskan nafsu. Pergi membeli belah semacam sebuah terapi bagi wanita dan saya kira ia juga boleh dikatakan sebagai satu “alat”.
Terpulang sejauh mana kita memahami apakah yang dikatakan alat, dan apakah yang dikatakan nafsu. Hakikatnya, nafsu wujud serendah-rendah nafsu hingga setinggi-tinggi nafsu. Saya pernah dengar dalam sebuah tarekat, dikatakan nafsu tertinggi adalah nafsu kamaliah. Ok, kerana saya bukan ahli tarekat maka saya tinggalkan hal itu kepada ahli yang lebih arif.
Ok. Jika anda tinggal di perumahan Kinrara, tidak kira anda ahli masjid atau ahli kedai mamak, anda tentu perasan ada satu pickup bewarna hitam matte. Maksudnya bukan metallic. Saya sudah terserempak dengan pickup hitam matte ini berkali-kali namun tidak sempat nampak siapakan lelaki misteri yang menjadi pemandunya.
( ini pun gambar hiasan sebab saya tak sempat nak tangkap gambar pickup hitam matte tew )
Melalui terjumpanya saya dengan pickup ini, rupa-rupanya ia telah membangkit nafsu ber-automobil saya yang tersembunyi selama ini. Saya tersedar, saya jatuh hati dengan kereta-kereta pickup rupanya. Setelah mendalami diri saya sedalam-dalam-dalam dalamnya, baru saya tahu dimana punca minat kereta pickup ini timbul.
Saya bukan seorang ahli pancing pro kerana seumur hidup saya baru sekali pergi memancing. Saya bukan ahli tanam yang mempunyai dusun atau kebun sayur sebagai alasan kepada isteri saya untuk membeli pickup. Malah saya bukan penternak kambing agar boleh membawa kambing berjalan-jalan di belakang pickup. Dan saya juga bukan mat rappers untuk mempunyai bakat ceria terpendam memblink-blinkkan pickup dengan speaker kuat yang membunyikan lagu… emmm ouh. OK, i’m not that rapper to know any rap music.
Apabila isteri saya bertanya, “Kenapa anda nak beli pickup?”
Maka saya sebagai seorang lelaki sejati, harus mencari alasan yang kuat dan kukuh. Walaupun di rumah ini saya merupakan menteri kewangan, isteri saya adalah menteri kewangan kedua. Ia ibarat zaman Tun Mahathir dan Tun Daim. Perkahwinan ibarat membina sebuah negara. Tanpa kerjasama siang dan malam, negara boleh hancur wooo.
Akhirnya setelah berhari – hari mendalami diri ini, saya menemui satu jawapan yang pasti kenapa saya sangat berminat untuk mempunyai sebuah pickup.
Semasa saya darjah satu atau pun saya tadika, saya selalu curi-curi buka mata tengok cerita Fall Guy ini yang ditayangkan jam 9:30 atau pun 10:00 malam, saya tak ingat. Namun saya paling ingat aksi terjun jambatan dan aksi pickup melompat – lompat. Saya rasa ayah saya ada alasan yang kuat mengapa dia suruh kami tidur awal…..
So, dalam masa 2 bulan lagi kita akan menjeguk tahun baru 2010. Moga, berkat doa anda semua hasrat saya memiliki pickup ( walaupun 2nd or 3rd or 4th hand sekali pun ) akan termakbul. AMIN. Ouh, btw, saya juga mendoakan agar azam anda atau cita-cita nafsu membeli anda semua dimakbulkan tuhan.
Yang mana satu (pickup) idaman kalbu? Ops, silap soalan, bisnes apa kita nak buat supaya kita ada pickup? ( alasan kukuh kepada menteri kewangan 2 )
Ini detailnya lagi :
Bacaan Lanjut
1 Tun Daim : http://en.wikipedia.org/wiki/Daim_Zainuddin
2 The Fall Guy : http://en.wikipedia.org/wiki/The_Fall_Guy
Popularity: 15% [?]






2 Comments