khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
8 November 2009 @ 5pm

Tagged
all post

Buah pinggang makan babi

Picture 1

source

Semalam saya menghantar isteri saya ke hospital seperti biasa. Masuk ubat 3 minggu sekali. Sementara menunggu, saya ke kedai kereta untuk basuh kereta yang sudah sebulan lebih tak basuh. Mujur saya pakai 4wd maka dengan tidak selalu basuh kereta : siapa yang selalu basuh 4wd? Kami barisan kontraktor, peniaga koboi dari pantai timur.

Baik-baik selesai basuh kereta, isteri saya call, dia dah siap. So saya pun patah balik ke hospital untuk dia dan kami sejurus ke midvalley jalan-jalan hujung minggu.

Maka isteri saya bertanya kepada saya. Tadi, di hospital, ada kakak yang buah pinggangnya sudah rosak. Cerita punya cerita, donornya dari China dan timbul sedikit isu kurang selesa dikalangan kakak ini dan beberapa patient lain yang melepak bersama. Kononnya kerana donor dari China, maka donor ini sure makan babi. Maka bila donor makan babi, kakak islam ini terasa macam bersalah tapi pasrah. Mereka berbincang @ muzakarah tak habis – habis was- was. Orang China ni arwah mati eksiden. Kesian. Lagi kesian pula, takde buah pinggang sesuai dari keluarga kakak ni sendiri. So memang takde pilihan.

Saya tanya isteri saya, anda cakap apa? Isteri saya kata kalau darurat takpe. Kan kita sakit. Dah takde donor muslim?

Kami masih lagi dalam perjalanan menuju ke midvalley.

Isteri saya tanya kepada saya. Macam mana?

Ginilah.

Dulu kecik-kecik, ustazah kita cakap, kalau time darurat, kita boleh makan babi. Ada pernah dengar tak kat sekolah dulu?

Ada.

Ok, so, kerana darurat, babi pun kita boleh makan, apatah lagi kita pakai buah pinggang orang yang makan babi?

Kira kakak ni tengah darurat la. Kalau tak ganti buah pinggang dia, nanti dia pun arwah macam orang china tadi. Darurat bukan maksudnya time perang sahaja. Kalau darurat refer kepada time perang, time kerajaan isytihar “darurat” so kat Malaysia ni baru sekali je la ada time darurat dan waktu tu je la semua hukum-hukum darurat boleh pakai. Takkan Allah ta’ala buat hukum darurat untuk time perang je? No wonder la orang islam asyik nak perang je kalau macam ni. Sebab nak apply hukum-hukum darurat. :P

Lagi satu, kenapa kita asyik nak bersangka buruk pada orang? Mentang-mentang orang tu seorang cina China, so kita terus chop dia makan babi. Buatnya dia seorang cina yang vege? Kita ada kawan cina vege. Rilek je tak pernah makan babi pun.

Kami masih lagi dalam perjalanan ke Midvalley.

Dan kami masih lagi berbincang hal donor tadi. Sebenarnya, atau agaknya, orang melayu kurang participate dalam menderma organ. Saya hanya membuat andaian sahaja tentang ini berdasarkan hal kakak tadi. Jika ramai orang melayu participate untuk derma organ, maka, pasti, tak payahlah sampai ke China untuk mencari donor. Dan mungkin lagi, di sana agaknya lebih murah, tapi kalau lebih murah, baik import dari India kerana saya pernah dengar di sana organ-organ dijual dengan murah.

Saya pernah mendengar joke ini kerana saya sendiri sudah kehilangan appendiks. Ketika selepas pembedahan dan beransur pulih, seorang kawan saya menelefon saya dan bertanya khabar. Dalam perbualan kami, kawan saya berseloroh, sekurang-kurangnya dia kalau mati, dan pulang kerahmatullah, dia masih “complete”, sedangkan saya tak cukup satu ( appendiks sudah dibuang). Kami ketawa. Saya kemudian menambah, “Ko pun macam mati esok sempurna sangat, ko sunat kan?” Kami ketawa lagi.

Saya rasa mungkin pemikiran sebegini yang menyebabkan kurang orang melayu menjadi donor. Ini kerana, kita berfikiran, jika datang ke dunia serba lengkap, maka harus pulang ke “sana” serba lengkap. Ibarat, kita menjaga amanah tuhan.

Itu mungkin pendapat umum. Saya tidak tahu pendapat ustaz bagaimana. Namun bagi saya, sebenarnya dunia ini hidup dan terus hidup kerana konsep dan sistem yang Allah telah susun. Contohnya dari mana kita dapat minyak kalau tak dari dinosour dan hidupan zaman dulu?

Jika saya ditakdirkan pulang ke rahmatullah tanpa appendiks, maka adakah saya harus dipersalahkan? Adakah saya meminta doa setiap hari agar dikurniakan penyakit appendiks? Atau adakah saya suka-suka nak buang appendiks saya?

Jika orang china itu tidak mati eksiden, mungkin kakak di wad yang berbual dengan isteri saya akan mati kerana rosak buah pinggang. Jika tidak ada dinosour mati dan menjadi minyak berjuta tahun lamanya dulu, maka hari ini jangan harap saya nak memandu 4wd. Saya mungkin naik unta dan duduk di masjid. :P

Ada satu statement yang biasa kita dengar dan sangat bermanfaat bagi mereka yang suka mengumpul pahala. Ia berbunyi begini. Ada 3 benda yang tidak akan putus untuk orang yang mati dengan dunia. Pertama, doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. Anda boleh google disini untuk keterangan lanjut.

Adakah menderma organ dikira satu sedekah amal jariah?

Kami sampai di midvalley dan mendapat parking setelah 2 kali tawaf. Kami membeli belah dan sebelum balik saya membeli thestar. Ada berita yang lebih kurang sama tapi tak sama, namun saya rasa baik untuk berkongsi bersama. Anda rujuk screenshot paper yang saya paste di awal mukadimah posting ini.

Jika kakak tadi musykil untuk membenarkan buah pinggang non muslim masuk kedalam tubuhnya, ini pula kisah non muslim yang tidak dibenarkan masuk kedalam masjid.

Teringat di Phuket dulu, kami melawat sebuah kuil dimana sebuah patung buddha tertanam separuh badan didalam lantai. Apakah manfaat yang didapati dari lawatan ke kuil? Anda lawatlah sendiri. Oh ye, btw, walaupun saya masuk kuil, saya masih islam dan makin bertambah sayang kepada agama yang saya anuti. Saya harus tulis ini kerana khuatir ada salah sangka.

Picture 2

Kita, jika sudah tiba masanya akan pulang kerahmatullah sebagaimana yang telah ditakdirkan. Adakah penting kita pulang mengadap illahi dengan anggota yang sempurna?

Saya berpendapat, kita diberikan kehidupan dan ilmu serta akal, untuk belajar dan menjadi seorang manusia yang sempurna. Menjadi manusia yang sempurna bukan beerti menjadi manusia yang tidak ada salah dan silap. Menjadi manusia sempurna adalah menjadi manusia yang faham dan kenal dirinya. Apabila seseorang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal tuhannya. Apabila dia mengenal tuhannya maka sempurnalah agamanya.

Saya ulang semula persoalan tadi.

Adakah penting kita pulang mengadap illahi dengan anggota yang sempurna?

Bookmark and Share

Popularity: 7% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment