eh apa pulak, memang IBLIS la yang suka buat SCAM
Saya berada di Alor Setar sedang minum kopi dengan Hasni. Kami baru selesai menjenguk kiosk di hospital bahiyah. Tuhan menyebelahi semua orang, maka kami dan client mendapat solution untuk masalah yang datang menghantui. Client lega, kami lagi-lah lega.
Sementara menunggu ini, saya ke kedai membeli ubat nyamuk. Saya terpandang suratkhabar, eh, Dr. Asri dilepaskan? Aik. Baru semalam kena tangkap hari ni dah dilepaskan.
Sama ada Dr. Asri seorang yang sangat power, atau orang yang menyuruh tangkap Dr. Asri tak cukup power, Allah taala sahaja yang tahu. Yang pasti, kita tahu sapa yang maha power. ( Allah le… )

Lantas saya membuka utusan online dan sedikit faham, Dr. Asri masih belum didakwa kerana JAIS sedang menyiapkan kertas kerja yang panjang lebar agaknya. Of course, kata orang futeh, once bitten twice shy. Maksudnya, semalam aku dah tangkap ko sekali aku malu, so, kali kedua aku nak tangkap ko, aku tanak la malu lagi.
Maka kita tunggu sahaja perkembangan lanjut tentang kes Dr. Asri dan tauliah JAIS. Jika ditanya kepada saya, saya rasa jawapannya mudah. Kita berbalik pada zaman nabi. Adakah nabi memerlukan tauliah dari jabatan agama zaman tu? Of course tidak ada. Jabatan agama pun takda macam mana nak ada tauliah. Anda pasti berfikir, itu nabi. Ini Dr. Asri. Dr. Asri bukan nabi. Memang betul, siapa kata Dr. Asri nabi? Dia cuma bekas Mufti.
Kita sebagai orang islam nak ikut sapa? Ikut nabi atau ikut Dr. Asri atau ikut JAIS? Ouh…. tengok negeri la. Kalau perlis, ikut JAIPs.
Maka kalau bekas mufti pun perlu tauliah, macam saya kat semalam lah. Saya tidak tahu kepada siapa lagi saya nak percaya jika hal agama. Statement Mat Jais mengatakan yang bekas mufti Perlis ini perlu tauliah dari Selangor jika ingin memberi ceramah di selangor membawa mesej sebegini. Maksudnya, JAIS tidak mengiktiraf JAIPs ( Jabatan agama islam perlis ). Bila JAIS tak iktiraf JAIPs, boleh jadi JAIS sorang sahaja yang layak masuk syurga kerana dia seorang sahaja ada tauliah.
Lagi, kalau JAIS tak iktiraf JAIPs, saya cadangkan agar dibuat satu pertandingan jabatan agama mana yang paling betul ini kerana sebagai rakyat biasa, saya nak tahu jugak jabatan agama mana yang benar. Seperti saya, orang rumah asal kedah. Kami duduk kat selangor. Bila kami balik kedah, mestilah saya dibawah enakmen JAIK. Kalau balik selangor, JAIS pula. Bukankah ini sangat merunsingkan. Agamanya satu. Namun undang-undangnya berbeza.
Satu lagi statement kelakar Mat JAIS yang Dr. Asri seperti tidak menghormati Sultan Selangor sebagai ketua agama apabila berceramah di Selangor, maka bagaimana pula kalau kita kata Mat JAIS tak hormati Raja Perlis, ketua agama di Perlis yang mengiktiraf Dr. Asri sebagai Mufti ?

Saya rasa sudah tiba masanya Jabatan Agama Negeri dihapuskan dan ditubuhkan Jabatan Agama Negara yang membawa satu dasar, namun mempunyai cawangan yang mengimplementasi dasar yang sama di setiap negeri. Ataupun sudah tiba masanya Mat JAIS disekolah agamakan semula agar membuat keputusan dan penilaian yang lebih islamik.
Bukankah islam itu mempromosi kesatuan? ( unity ) Bagaimana orang islam nak bersatu kalau Jabatan Agama Negeri pun tak bersatu dengan negeri yang lain? Jika anda tidak mempercayai tentang kesatuan dalam islam, anda boleh baca tulisan IKIM ini. Jangan terkejut yang untuk mencapai kesatuan, perbezaan itu penting dan perlu ada. Jika semua orang sama, maka tuhan itu tidak maha. Namun bukan senang untuk menerima perbezaan dalam bersatu. Hanya lelaki dan perempuan sahaja boleh bersatu dalam perbezaan. :p
Apapun ada banyak respon tentang isu Dr. Asri dan Mat Jais dan secara tiba-tiba, rakyat jelata mungkin melupakan hal-hal sehati berdansa dan seumpama. Pada saya ini bagus kerana apabila isu agama menjadi satu topik, sedikit sebanyak ia memberi ilmu kepada semua orang lebih2 lagi kepada saya yang jahil ini.
( Saya setuju apa yang ditulis atas ini. Oleh kerana Mat JAIS main tangkap tanpa usul, maka bukan setakat Dr. Asri yang dituduh wahabi, Mat JAIS pun saya sudah tak percaya kerana mereka pun menghukum orang lain sewenang-wenangnya lebih lebih lagi orang yang tanpa tauliah )
Ouh ya. Title post diatas tidak ada kena mengena dengan hal Dr. Asri dan Mat Jais. Saya hari ini gatal tangan mencuba pautan email maybank2u semalam. Nyatanya web itu sudah kena block.
Maka saya terfikir. Bukan IBLIS yang boleh buat SCAM, tapi memang IBLIS la yang suka buat SCAM.
Seperti yang saya tulis semalam, kalau IBLIS2 yang nak merompak duit user dari email SCAM, maka mereka semua ini harus buat kajian yang mendalam, kajian terperinci, dan menambah ilmu didada agar SCAM yang dibuat itu tidak menimbulkan kemaluan yang besar di keesokan harinya.
Tapi, kalau dah namanya IBLIS, apa yang nak dimalukan?


Popularity: 13% [?]




No Comments Yet