khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
2 November 2009 @ 3pm

Tagged
all post

IBLIS pun boleh buat SCAM

Pagi ini saya dikejutkan dengan email Maybank Alert. Email ini mengatakan ada attempt login kepada akaun Maybank saya, dan saya disarankan agar login ke account saya untuk menukar password. Saya seperti terbau Iblis. Ini kerana, pertama sekali, Maybank tidak akan menghantar email kepada user, sebaliknya, semua pengumuman akan keluar didalam maybank2u bila anda login.

Ini undang-undang pertama yang anda harus faham tentang online banking. Jika Maybank2u yang sebenar, mula menghantar email, saya akan menyiapkan sebuah bahtera ala-ala Noah yang bersakala kecil untuk berpindah dari Maybank2u ke Online banking lain yang lebih selamat.

Kedua, jika anda menjadi lebih berhati-hati, anda akan dapati ( jika anda dapat emel scam ), link kepada login page adalah bukan kepada page maybank2u, sebaliknya kepada kepada url yang sangat aneh. Sebagai contoh, dibawah ini adalah screenshot apabila saya mouseover pada pautan Logon dari dalam email tadi.

Ketiga, ayah saya dah kena dah scam macam ni. So sebab itu ayah saya dah bagi amaran kepada anak beranak dia supaya berhati – hati dengan email scam agar tidak terpedaya dengan hasutan iblis yang miskin ini.

Anyway, itu adalah cubaan scam pertama melalui maybank2u yang saya terima, sejak menggunakan Maybank2u online. Kepada iblis yang miskin dan cuba merampok duit orang melalui teknik pishing ini, anda harus lebih bijaksana seperti “menghijack” maybank2u yang sebenar dan mengaut keuntungan berjuta juta walaupun dalam masa 10 minit hijackan.

Tengahhari ini, saya dikejutkan lagi.

Melalui seorang kawan saya yang menelefon, dikatakan bekas Mufti Perak, Dr. Asri ditangkap oleh Mat Jais malam tadi kerana memberi ceramah tanpa tauliah.

Ok. Saya cuba untuk menahan ketawa disini kerana ada beberapa unsur lawak yang boleh dikagumi. Pertama, seorang bekas mufti, diulang, seorang BEKAS MUFTI ditangkap kerana memberi ceramah tanpa tauliah. Sebagai orang biasa, rakyat biasa, dan beragama islam, saya terasa jika bekas mufti ditangkap kerana memberi ceramah tanpa tauliah, ini sangat mendebarkan. Jika tidak mufti, siapa lagi yang kita harus percaya? Dan apakah bentuk tauliah yang harus ada bagi seorang bekas mufti untuk dia tetap berceramah?

Saya rasa kalau saya ada disana, saya akan meminta Mat Jais yang menangkap bekas mufti ini untuk memberi ceramah kerana mereka mungkin (mungkin) ada tauliah, tetapi saya tidak tahu.

Maka saya terpaksa mencari dan membaca lagi kerana mungkin ada udang disebalik batu. Atau, disebalik Mat Jais ada Mat yang lagi power.

Rupa-rupanya, melalui pembacaan saya, kalau silap sila betulkan. Dr. Asri ada buat kenyataan media tentang hal Yadim.
Anda boleh menontonnya disini.

Kenyataan media ini adalah kerana ini :


Source

Lantaran itu, reaksi para peguam Syarie terhadap kenyataan media Dr. Asri adalah ini :


source

Dan untuk lebih memahamkan keadaan, anda disarankan berkunjung ke YADIM. Ini webnya.


source

Saya juga telah ke JAIS untuk mendapatkan info2 tertentu malangnya laman web mereka sedang dikemaskini.

Ouh, saya harus ke Alor Setar untuk hal kerja. Masa sangat mencemburui kita. Jumpa esok.

Bookmark and Share

Popularity: 4% [?]


1 Comment

Posted by
Leila Daniel
4 November 2009 @ 12pm

saya juga sgt mencemburui anda..

seharusnya encik login username n pwd web ‘maybank’ scam itu spt saya..supaya webmaster mengingati anda

sila type username n password berikut spt berikut: fuckyouasshole

hehe


Leave a Comment