khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
29 October 2009 @ 6pm

Tagged
all post

Penjudi Alami

Kalaulah, manusia, diberi peluang, membaca kitab luh mahfuz, saya rasa tidak ada gunanya lagi untuk terus hidup. Ini kerana kita sudah mengetahui kisah dihujung hidup kita. Kerana itu, qalam yang menulis takdir manusia telah diperintahkan Allah menjadi “mute”. Sejak itu, tiada siapa pun tahu rahsia luh mahfuz. Namun saya percaya, ada orang mengetahui rahsianya. Ini berdasarkan kisah Musa dan Khidir. Ada orang yang bijaksana dan orang ini pasti tahu segalanya.

Namun, saya bukan mahu menjadi pendita agama bercerita fasal Musa dan Khidir. Saya mahu bercerita fasal rezeki dan takdir. Selama hidup ini, kedua perkara yang saling berhubung kait ini sering menjadi dugaan dan ujian bagi saya. Kadangkala, fahaman saya kukuh. Kadangkala fahaman saya berubah. Ini kerana saya berpendapat, ilmu adalah satu bentuk entiti yang dinamik (dynamic). Bermaksud, ilmu boleh berubah-rubah secara bertambah, atau berkurang.

Sebagai contoh, jika hari ini anda sudah tahu yang 1+1 = 2, boleh jadi dua tahun lepas ini anda menemui 1+1=11. Boleh jadi juga, anda menemui seseorang dan seseorang itu menarik atau mendelete pengetahuan anda itu dan tiba-tiba anda tahu yang 1+1=1+1.

Itu metafora sahaja. Kesimpulannya adalah : Ilmu yang ada pada kita, boleh ditarik dan bila ia ditarik, baru kita sedar langit ini tinggi atau rendah, atau terus kita tidak sedar langit ini tinggi atau rendah.

Ilmu, adalah cabang rezeki. Kerana itu ia bersifat dinamik. Jika selama ini saya berpendapat bahawa rezeki itu hanyalah duit gaji bulan, maka skop rezeki saya sangat kecil. Sedangkan, ilmu pengetahuan adalah rezeki. Ternampak awek mendedahkan lurah dan dada yang berbuah juga rezeki. Mengetahui bahawa syarikat yang kita bekerja ini akan tutup, juga satu rezeki. Merasa ketenangan yang amat sangat – juga satu rezeki!

Maka jika skop rezeki bagi seseorang itu luas, anda rasa adakah tuhan akan kedekut padanya? Tentu sekali tidak. Orang yang melimitkan punca rezekinya adalah orang yang kedekut pada dirinya sendiri. Bukan tuhan yang kedekut padanya.

Metaforanya sebegini. Jika anda tahu untuk ke 7-11 ada dua jalan, maka hanya dua jalan ini sahaja anda akan ikut sepanjang hayat. Namun jika anda tahu untuk ke 7-11 ada lima jalan, maka anda sudah ada lebih tiga jalan daripada sebelum ini. Adakah anda rugi atau untung?

Untung kalau dua jalan asal tadi ditutup, anda masih lagi boleh ke 7-11. Ini yang saya maksudkan skop rezeki tadi. Dan jika satu hari anda telah terlupa yang ada lima jalan ke 7-11, maka, pengetahuan anda tentang jalan tadi sudah didelete. Maka rugilah anda….

Get what i mean? Ches… berppsmi pulak.

Hari ini semasa saya baru melabuhkan juboq diatas kerusi di office, saya dikejutkan dengan satu berita baru. Perasaannya bercampur baur. Ada seorang businessman mendapat jackpot RM10j. Diulang, jackpot RM10j.


source

Saya turut bergembira diatas kejayaan beliau. Ini kerana, didalam hidup saya, saya sedang belajar memandang positif dalam semua hal. Maka, mendapat tahu ada seorang rakyat Malaysia mendapat RM10j, saya turut bergembira walaupun bukan saya yang dapat. Kalau kita kira ada banyak rezeki disini. Saya tuliskan satu persatu.

1. Mendapat tahu ada orang mendapat RM10j – rezeki
2. Mendapat tahu, jalan, bagaimana orang itu mendapat RM10j – rezeki
3. Orang itu mendapat RM10j – rezeki orang itu
4. Orang itu mendapat RM10j – rezeki bini-bini dan anak-anak orang itu serta puak2, mak pak depa
5. Orang itu invest 20 tahun untuk dapat RM10j – rezeki Pak Magnum
6. Mendapat tahu bahawa bukan senang nak berjaya walaupun berjumpa Pak Magnum selama 20 tahun – rezeki
7. Mendapat tahu yang satu hari ada orang belanja RM12 dan dapat RM10j – rezeki

Pokok pangkal – apa sahaja yang manfaat kepada kita, boleh kita katakan rezeki. Namun ada satu persoalan juga kalau kita berkata begitu. Pertama, ustadz – ustadz dan fasilitator usrah akan berkata kita harus sensitif dengan punca rezeki. Sebagai contoh, dalam kes Pak Magnum, rezeki yang Pak Magnum beri kepada orang itu / business man tadi boleh jadi rezeki haram.

Tetapi saya berpendapat, bagi orang itu / business man tadi, ia bukan rezeki yang haram kerana dia berusaha dan membeli tiket berharga RM12. Dia lebih mulia dari pencuri dan si pemakan rasuah. Kredit disitu.

Namun seperti yang semua sedia maklum, mengikut kata ustadz dan fasilitator usrah, judi adalah haram disisi umat islam. Maka jika orang itu / businessman tadi umat islam maka haram baginya. Namun jika dia umat Buddha atau umat Hindu, saya kena rujuk kepada Sami – sami kuil dan bertanya kepada mereka adakah berjumpa Pak Magnum haram disisi Buddha dan Hindu. Saya harus ke kuil kuil atau wat – wat untuk mendapatkan kepastian ini.

Apapun yang pasti ia tetap haram kerana kita umat islam. Dan kerana ia haram, maka peluang ustadz-ustadz dan fasilitator usrah untuk mendapat RM10j melalui Pak Magnum adalah tidak akan ada sama sekali walaupun berbekalkan RM12. Usahkan mereka, saya juga dan anda yang islam ini pun tak ada can nak berjumpa Pak Magnum. Namun kerana saya sedang belajar melihat semua benda positif, saya melihat ketiadaan can ini sebagai satu yang baik dan positif.

Dan jika satu hari saya terdengar seorang ustadz memenangi jackpot RM10j dari Pak Magnum sekalipun, saya tetap akan melihat ia sebagai satu yang positif.

Siapa yang memberi rezeki?
Siapa yang telah menulis di luh mahfuz?

Bookmark and Share

Popularity: 3% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment