Syurga dunia di mana, syurga icon, saya tunjukkan.
Jika orang bertanya saya dimana syurga dunia, saya akan memandang orang itu kembali dengan membuat muka sedih sedikit keanehan. Ini kerana bagi saya syurga di dunia terpulang kepada setiap individu. Jika orang itu suka bermain bola, maka boleh jadi padang adalah syurganya. Jika orang itu kaki perempuan, boleh jadi kelab malam dan disko adalah syurganya. Jika orang itu seorang pendusta agama, boleh jadi masjid adalah syurganya. Bagi saya, syurga di dunia adalah senyuman isteri saya.

Namun kali ini saya hanya ingin berkongsi sebuah syurga icon yang baru saya temui tadi dengan anda semua. Saya rasakan ini memang syurga icon kerana terdapat beribu-ribu icon yang dicipta dan duduk didalam syurga dengan aman dan damai. Mereka-mereka ini (icon-icon dan penciptanya) berada didalam maqam ikhlas dan redha kerana memberi kita icon secara “per”, maka layaklah mereka duduk di syurga! Asalkan anda tidak menggunakan mereka untuk tujuan berniaga, saya kira itu sudah adil.
Dan bercerita pasal syurga icon, syurga ini didiami oleh icon zaman dahulu hingga ke hari ini. Sebagai contoh, ada icon Mask, sebuah cerita kartun orang memakai topeng yang boleh mengeluarkan sihir yang pelbagai. Jika anda tahu kartun ini, anda sekurang-kurangnya sudah berumur lebih dari 30 tahun!
Apapun, selamat melawat syurga icon, dan sentiasalah berada dan kekal, didalam syurga dunia anda…. jika kita bernasib baik, dan menjumpai yang benar…..


Popularity: 3% [?]


No Comments Yet