Keterujaan seorang kanak-kanak dan dunia kartunNya.
Hari ini saya sedikit tergembira dan teruja sebagai seorang designer. Maka, untuk itu, kerana saat yang paling gembira dalam hidup saya adalah ketika saya kanak-kanak, maka saya listkan top 10 kartun yang membuatkan saya sentiasa teruja dan tergembira suatu ketika dahulu.
Masters of The Universe – He-Man membuatkan saya bercita-cita untuk mempunyai sebilah pedang dan seekor kucing, kerana sudah pasti, seorang kanak-kanak tidak boleh membela harimau. Namun kerana saya tidak mempunyai adik perempuan kembar, ( She-Ra), saya memutuskan untuk tidak menjadi He-Man suatu masa dahulu.
Thundercats - Cerita ni masa saya darjah satu. Hari Ahad petang. Sebab di Cameron Highlands ada pasar minggu, so saya sanggup tak ikut mak ngan abah semata-mata nak tgk Thundercats pukul 5.
Voltrons – Banyak-banyak kartun, hanya voltron yang saya ada mainan. Itu pun harimau hitam yang tenga-tengah. Bila dah besar sikit ada voltron dari kereta. Tapi tak best.
Mask – Abah menjadi ala- ala Ibrahim membawa kami ke tanah yang dijanjikan. Dari Cameron Highlands, kami ke Johor Bahru. Ketika abah membetulkan area TV dengan buster putih yang baru dipasang, ini kartun pertama yang saya tonton dari siaran SBC ( Singapore Broadcasting Channel ). Saya masih ingat lagi, siapa yang ada mainan Mask masa itu, mereka ini semua anak orang kaya. :p
Silverhawk - Yang ini memang big time fan. Sapa tak ingat copper kid, dia akan masuk neraka. Namun, masa tu KFC ada jual topeng Silverhawk tapi yang hampasnya kami adik beradik dapat beli boss dia yang botak dan bermata satu tu. Saya pernah mencipta gitar dari kotak yang bila diflip menjadi burung. Sayangnya saya tidak tahu ia berada dimana dan kalau masih ada, pasti hari ini saya seorang rockstar yang boleh terbang diudara.
Transformers – Kalau tak ingat copper kid, mungkin masuk neraka, namun kalau tak ingat yang ini, saya rasa baik kita resign jadi manusia.
Centurions – Kerana ada 3 orang, maka sangat sesuai dengan adik beradik lelaki saya maka kami berebut-rebut nak jadi Ace Mclaoud, yang boleh terbang.
Rescue Rangers – Kartun ini sangat klasik dan saya sangat terpengaruh dengan kartun ini hingga saya dan seorang jiran saya menubuhkan kumpulan Ahzi Rangers. ( rujuk posting sebelum ini )
Ducktales – Kartun ini membuatkan saya ingin menjadi seorang hartawan terkenal. Namun, cita-cita menjadi hartawan masih belum tercapai kerana Scrooge McDuck pun kaya ketika usia tua dan dipanggil Uncle Scrooge.
Tigersharks – Cite ni pendek je rasanya dalam 10 minit atau 15 minit. Dia dalam cartoon Comic Strip.
Saber Riders – Saya rasa banyak-banyak kartun, Saber Rider la music intro dia paling best dan paling saya ingat. Ntah kenapa, lagunya sangat sedap didengar walaupun dah tua bangka.
Visionaries - Kartun ni saya rasa ada kejap je mungkin satu season sahaja di Malaysia. Namun idea manusia menjadi binatang yang ada di dada memang supercool dan membuatkan saya confuse – saya nak jadi binatang apa?
Apabila mengenangkan kembali zaman kartun sebegini, saya rasa anak-anak zaman moden sangatlah jauh bezanya dengan kita pada masa dahulu. Mereka mungkin mewah dengan permainan, psp, playstation, namun mereka tidak semewah “ingatan” seperti kita.
Tidak malu saya katakan, kartun-kartun ini membentuk saya hari ini. Isteri saya sangat memahami. “There’s a child inside a mannnnnnn.. ” * Echo macam He-Man jerit….

Popularity: 3% [?]


No Comments Yet