Siapa kita dan apakah kerja kita sebenarnya?
Kali terakhir saya teruja melihat sesebuah produk design adalah ketika Apple mengeluarkan iPhone. Tagline mereka ketika itu, melalui webnya, “Reinvent the phone”. Saya cukup kagum kerana mereka mencipta telefon yang bukan telefon hingga menyebabkan saya mengeluarkan statement “I want to be the first muslim in Malaysia to have an iPhone”. Malangnya cita-cita saya tidak kesampaian.
Walaupun begitu, Allah maha mengerti dan telah memberi peluang kepada saya ( saya kira sebuah sneak preview ) apabila saya berpeluang menyentuh iPhone dengan berahi dan nikmat, selepas bertemu dengan seorang kawan di UPSI. Beliau baru balik dari conference Apple dan lantas menyambar sedas iPhone. Tuhan mentakdirkan kami bertemu beberapa hari selepas itu. Saya kira beliau adalah muslim pertama di Malaysia yang mempunyai iPhone ketika itu. Tahniah. Saya mungkin tergolong dalam 7 sahabat assyabulkahfi yang dapat merasa nikmatnya. Okla tu.
Hari ini keterujaan dan berahi sebegitu datang kembali. Bezanya, ia sebuah produk ciptaan dan sentuhan jiran saya masa sekolah rendah di JB dahulu. Ia seakan memberi pengetahuan baru kepada saya : manusia boleh mereka kemustahilan! Melalui image dibawah, apakah yang anda terbayang di minda?

Jika anda meneka ia adalah sebuah radar pengesan awek, maka tekaan meleset. Ia juga bukan cermin muka, malah bukan pula kanta pembesar Alfred Hitchcock zaman moden.
Ouh sebelum itu, sedikit kredit untuk jiran saya ini. Kami pernah bersekolah satu kelas yang sama. Ayahnya seorang pensyarah yang sama maktab dengan ayah saya. Kami pernah menjual kad raya di bulan puasa dengan harga 0.50 sen – rm 0.80. Dan apabila waktu petang, ketika kami main belon aca, dia dan adiknya akan balik awal sekitar jam 6 petang kerana ibunya seorang ustazah. Kami juga bercita-cita untuk menjadi penyelamat dunia dengan menubuhkan kumpulan AHZI Rangers,( gabungan nama kami) akibat terlalu obses dengan siri kartun Rescue Rangers oleh Mat Disney itu. Sebagi tribute kepada kenangan zaman kecil, saya attachkan intro lagu katun ini yang masih segar diingatan, walaupun berumur ambang 30 tahun.
Opss, terkeluar dari landasan tajuk pula, sorry. Terkenangan silam. Kata orang, zaman bila yang paling seronok sebagai seorang manusia?
Hari ini, jiran saya bersama 350 orang scientist, designer dan engineer Dyson, telah mencipta sebuah kipas. Ops, bukan sekadar sebuah kipas, ia adalah sebuah revolusi kipas dimana sebuah kipas dicipta tanpa menggunakan bilah kipas. Pening?
Untuk membaca lebih lanjut, saya sarankan anda pergi ke web dyson dan lihat sendiri bagaimana konsep kipas ini sebenarnya. Anda juga boleh melihat microsite yang penuh dengan video itu sebagai info tambahan. Respon manusia banyak disitu. Namun sedikit info yang membuatkan anda appreciate kerja diorang ini adalah – kipas tidak pernah mengalami kelahiran semula sejak pertama kali lahir didunia 127 tahun yang lalu.

Sebenarnya apa yang ingin saya sampaikan dalam posting kali ini adalah “kerja kita” dalam maksud “siapa anda” sebenarnya. Dalam konteks yang saya alami, – saya sebagai seorang designer. Anda : mungkin berbeza.
Menurut jiran saya tadi, dia hampir berputus asa dan hampir berhenti kerja akibat 2 tahun mengkaji, menguji, membaik pulih, memanifestkan konsep yang dicipta dari UK ini. Dia juga pernah ke UK dan present idea one to one dengan Sir James Dyson. Kena reject, kena maki, kena soal – ini semua makanan biasa. Namun hari ini, dia merasakan sangat berpuas hati apabilah usahanya dengan team designer di Malaysia, membuahkan hasil.

Saya rasa, memang akan sampai masanya bagi seorang manusia diuji tuhannya hingga ke limit-limit maut, terutama sekali dalam kerjaya. Saya sendiri sebagai seorang designer, merangkap kepada seorang peniaga design runcit kecil-kecilan yang murahan, mungkin telah melalui fasa-fasa kekecewaan dan fasa sesat dalam kerjaya.
Namun saya percaya yang kita datang ke dunia, dengan misi-misi tertentu, sebelum kita pulang kepadanya. Mungkin penciptaan kita sebagai manusia, mengharuskan kita melakonkan beberapa watak didalam dunia ini.
Hakikatnya, kita hanya perlu menyelami dan mengetahui siapa kita sebenarnya dan apakah potensi diri kita yang sewajarnya. Jiran saya ini mungkin menemui sesuatu dalam hidupnya. Anda juga mungkin begitu.
Saya mungkin seorang multimedia designer hari ini namun esok atau lusa, saya mungkin seorang peniaga nasi kandar?
Apapun bulan ini saya akan turun ke JB kerana kami (secretlab) ada buat web untuk sebuah pelabuhan di sana dan pasti saya akan tidak melepaskan peluang untuk singgah kerumah jiran saya ini dan mengalami semula penyentuhan berahi keatas sebuah produk revolusi, hasil sentuhan anak melayu kita.
Tahniah! Anda muslim malaysia yang turut mencipta revolusi dikalangan 350 orang mat salleh. Melepasi halangan dan ujian dalam hidup dan tekanan perasaan, mental dan fizikal.
Siapa kita dan apakah kerja kita sebenarnya?

Popularity: 9% [?]



3 Comments