khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
15 October 2009 @ 7pm

Tagged
all post

The big “O”

Jika 2 orang lelaki bujang yang duduk minum teh semeja, apakah topik yang akan mereka cerita?

Perempuan.

Jika salah seorang dari mereka sudah berkahwin duduk minum teh semeja, apakah topik yang akan mereka cerita?

Perempuan.

Jika dua dua dari mereka sudah berkahwin dan duduk minum teh semeja, apakah topik yang akan mereka cerita?

Perempuan!

Hakikatnya, lelaki memang gemar bercerita tentang perempuan. Jika tidak, lelaki ini boleh jadi seorang gay ataupun dia seorang jantan macho yang hebat berbicara tentang isu dunia itu ini begitu begini bagaimana nak menakluk dunia dan lain-lain tetapi percayalah, jika anda seorang lelaki sejati, topik perempuan, memang tidak akan lepas dari perbicaraan.

Bayangkan jika Adam yang keseorangan di muka bumi beberapa puluh tahun (atau ratus?) setelah dicampakkan ke bumi – apakah yang ada dikepalanya? Of course – Hawa.

Namun jangan salah faham. Boleh jadi ada macam hal yang boleh diceritakan antara 2 lelaki tanpa mengira status perkahwinan mereka berkenaan perempuan. Ia tidak semestinya tentang seks sahaja. Boleh jadi, bagaimana kita mengurat awek bagi yang bujang atau pun yang nak kawin lagi. Boleh jadi, bagaimana kita nak bagi isteri sayangkan kita seratus tahun lamanya. Boleh jadi, bagaimana kita nak tegur isteri namun kita tanak lukakan hati mereka atau kita takut nak tegur. Boleh jadi, kenapa bini aku asyik berleter tak diam-diam mulut dia? Macam – macam topik ada tapi base discussion – Perempuan.

Maka, walaupun lelaki bercerita pasal perempuan, tidak semestinya semuanya hal hal yang berahi sahaja. Ada ilmu disitu. Malah, jika hal berahi sekalipun, bukankah itu juga ilmu?

Oleh itu, sempena hari ini hari khamis, malam jumaat dan saya seorang yang sudah berkahwin, sukacita saya ingin berkongsi dengan penemuan saya hari semalam ketika membaca suratkhabar. Ini juga mungkin jawapan kepada permasalahan suami2 yang isterinya kuat berleter.

source

Dari sana, saya terjumpa pula website ini. cOme… ( O besar )

Ok, saya nak cerita lebih ia mungkin menimbulkan rasa tidak senang dan selesa bagi pembaca. Dan macamlah saya pakar pun untuk bercerita lebih. Oleh itu, silalah klik sini bagi sesiapa yang ingin menimba ilmu lebih didada dan disemua anggota badan.

Cuma, saya suka kempen mereka. Orgasm, O besar…. genius sapa Art Director & Copywriter yang buat campaign ni. The big “O”……

Alamak… dah pukul 7 lebih…. nak baca yassin berjemaah ni… bye.

Bookmark and Share

Popularity: 3% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment