Jika tidak sehaluan, jalan keluar adalah yang terbaik

Seingat saya saudara Nizam merupakan director Lescopaque Sdn Bhd yang terkenal dengan Animasi Upin & Ipin. Buah tangan beliau mengangkat industri kreatif kepada aras yang baru. Jika dahulu orang kampung atau pun tauke kedai makan malah abang boss cuci kereta tidak tahu apa itu animasi 3D, hari ini sebaliknya berlaku bila Upin & Ipin menjadi sebuah fenomena seperti AF & Mawi.

Saya tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian beliau. Setidak-tidaknya, suasana animasi 3D sudah berada pada takuk yang baru. Namun, hari ini, melalui akhbar Utusan, dikatakan saudara Nizam telah keluar dari Lescopaque dan menubuhkan company yang baru iaitu Animonsta Sdn Bhd. Saya pernah dengar ura-ura ini namun tidak sangka pula dengan Nizam pun keluar.
Saya kira apa jua alasan dan apa jua sebab, hanya Nizam, kawan-kawannya dan Hj. Burhan selaku MD Lescopaque saja yang tahu. Perniagaan memang penuh ujian dan cabaran. Tidak dapat dinafikan lagi.
Kesimpulannya mudah, jika tidak sehaluan, jalan keluar adalah yang terbaik.
Peluang didalam dunia ini banyak. Rezeki pun Allah dah tentukan. Maka apa yang nak dirisaukan? Ia adalah soal berani atau tidak sahaja. Kedua, yakin atau tidak. Saya percaya saudara Nizam boleh mengulangi kejayaan beliau. Kita harus memandang positif dalam hal perpecahan ini. Apapun siapa tahu akan datang Lescopaque dan Animonsta akan bergabung tenaga semula?


Popularity: 11% [?]




5 Comments