khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
5 October 2009 @ 11pm

Tagged
all post

Post-Installation : Snow Leopard

Sebelum hari raya, saya telah merayakan Macbook saya dengan Snow Leopard setelah membuat backup dengan Time Machine. Mengikut kata Ah Chong dari Machines, “Gua tak sure la itu Macbook running smoothly or not, tapi U can try maaa… Insya-alla semua oke”

Benar, ada sedikit kes-kes terpencil bagi sesiapa yang nak install Snow Leopard dimana ada beberapa software yang sedia ada mungkin berfungsi secara gila. Untuk bacaan dan manfaat bersama, saya listkan masalah2 yang saya hadapi sepanjang menggunakan Snow Leopard.

1. Network Printer
Hingga hari ini, saya gagal untuk print secara network melalui Wifi. Saya sudah install 2 – 3 kali driver asal dari cd HP. Kalau print seolah-olah memang sedang print namun kertas yang diprint tidak keluar. Mungkin kertas print ghaib ke alam bunian.
Printer : HP Laserjet 2600n
Status : Belum Selesai – HP tak release driver lagi untuk SL

Bacaan Lanjut :

Driver status :
http://h30434.www3.hp.com/psg/board/message?board.id=Macintosh&message.id=2905

Apple driver list update:
http://support.apple.com/kb/HT3669#HP

HP Driver Page :
http://h20000.www2.hp.com/bizsupport/TechSupport/DriverDownload.jsp?lang=en&cc=us&prodNameId=446154&taskId=135&prodTypeId=18972&prodSeriesId=446153&lang=en&cc=us

FirefoxScreenSnapz001

FirefoxScreenSnapz002

2. Wacom
Wacom saya lari size. Dimana, jika saya trace size wacom dengan stylus yang ada, ia tidak mengikut size screen.
Wacom : Graphire3 CTE-440
Status : Selesai
Cara : Install semula driver dari web yang khas untuk Mac OS X 10.6
Download : http://www.wacom-asia.com/download/down_s.html?drv_c=177

3. Snapz Pro X
Software printscreen, tiba-tiba license mati walaupun saya guna yang ori.
Status : Selesai
Cara : Pergi web Snapz Pro X dan masukkan no license lama dan dia akan bagi anda license baru. Masukkan license baru dan semuanya berfungsi seperti sediakala.

4. WiFi Internet Connection
Saya tidak pasti sama ada Snow Leopard tidak ngam dengan Wifi di office kerana saya sering discon sedangkan staff lain ada je. Tapi kat rumah ok pulak, so adakah ini tanda saya harus berhenti kerja?
Status : Misteri

5. Pop up Aneh
Pop-up yang aneh seakan menggunakan PC pula, namun saya sedang berusaha mencari menatang pop apakah ini.
Status : Misteri

Jika anda pakar-pakar Mac atau mempunyai no hp terbaru Dato’ Steve, boleh la fwdkan kepada saya. Dari masa ke semasa, saya akan update posting ini.

TQ

Bookmark and Share

Popularity: 24% [?]


5 Comments

Posted by
john
8 October 2009 @ 3pm

kalau idola ko ialah dato steve ko takkan berenti keje. dari nama dato steve tu sendiri menunjukkan dia sentiasa banyak kerja dan terus bekerja.


Posted by
YOU KNOW WHO
10 October 2009 @ 9pm

Dude, jangan terlalu fanatic dengan materialistic. Unta lebih dahulu dijadikan Tuhan Maha Agung daripada kereta Jaguar yang tak payah pakai gear yang dicipta oleh manusia, (buan Islam pun)…So, siapakah pencipta terhebat?

Erm…sistem memang mahukan kita menjiwai material. Tapi material bukan pencipta…hehe


Posted by
khairulazizi
12 October 2009 @ 9am

Terima kasih untuk john dan YOU KNOW WHO.


Posted by
fajar
16 October 2009 @ 10pm

saya pun ada problem printer. tp, dlm website apple ada HP berikan update khas utk printer. =)


Posted by
khairulazizi
19 October 2009 @ 7pm

tq fajar. dah pegi tapi for hp color laserjet 2600n belum ada lagi. nampak gayanya kena la tulis tangan sbb tak leh print. :p


Leave a Comment