khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
4 October 2009 @ 3pm

Tagged
all post

Glam dan Bruno

“Dan saya percaya jika kita berikan jiwa pada sesuatu karya, ia akan hidup”

Saya turun dari tingkat 16 bangunan yang tinggi itu, sambil terkial-kial mengeluarkan duit dari wallet untuk bayar parking, semacam ada orang panggil saya dari belakang. Maka saya menoleh sejurus que saya dipotong oleh seorang dude cina yang juga mahu membayar parking.

Di belakang saya, sebuah kedai buku india muslim, di rak susunan itu saya melihat seorang manusia lelaki yang sangat memberikan inspirasi kepada saya. Dia, melalui hasil karyanya, memberi saya semangat untuk terus hidup didalam dunia yang fana’ ini. Bagaikan Phoenix bangkit dari abu.

Intro awal tentang “jiwa dan karya” tadi adalah sessi interview Majalah Glam, dengan sifu ini. Anda boleh baca dalam Glam no 5 tahun 2009. Anda juga boleh baca selanjutnya hal sifu dan updatenya di web yang saya curik gambar cover diatas kerana saya malas nak scan copy saya dirumah. Baca di sini. Oh ye, untuk prahara seni, tq for the pic yang diambil tanpa kebenaran.

2. Bruno

Sebaik sahaja saya selesai menempuhi jem Kuala Lumpur petang itu, saya bergegas ke KLCC kerana saya sudah tidak sanggup merasa neraka didalam kereta saya. Mujur ada GLAM yang ada M.Nasir, maka sempat juga saya belek-belek sambil memandu teresot-teresot. Di sana, saya bertemu dengan seorang sahabat dan saya makan tengahhari sekaligus makan malam di Nandos.


Source

Apa yang menarik adalah selepas itu. Opss, betul, kawan saya itu lelaki dan single namun dia bukan Bruno. Saya pun bukan Bruno. Cuma kami sama-sama menonton Bruno, sebuah filem yang diharamkan di Malaysia. Baca sini untuk tahu kenapa ia diharamkan.


Maka apa yang menarik tentang Bruno? Anda jangan salah faham dan saya declare awal-awal disini bagi mengelak salah faham dan mengundang sensitiviti hati dan perasaan.


Kemenarikan Bruno adalah tidak ada kena mengena dengan gay atau dilema lelaki yang keliru dalam hati / hidupnya. Ia juga tidak melambangkan saya menyokong institusi gay. Pendirian saya tentang gay adalah sama dengan pendirian Nabi Luth. Saya tidak membenci Mat Sodomi tetapi saya berdoa agar mereka kembali ke lubang yang benar.


Ia lebih kepada bagaimana Sacha Baron Cohen, melakonkan karektor “Bruno” dalam situasi yang benar, dengan orang yang betul dan bukan pelakon, malah dalam situasi genting yang mengancam nyawanya. Sacha pandai mengawal keadaan dan hidup dalam lakonannya hingga membuatkan orang lain yang berada di sekitar memang ingat dia seorang gay yang perlu dipukul.

Namun sejauh mana adakah 100% dari filem ini benar-benar dirakam secara benar di tempat kejadian, saya pun tidak pasti. Dibawah ada beberapa web yang mungkin boleh beri kita sedikit info tentang “the making of” filem Bruno ini.

Apapun kesimpulan yang boleh dibuat adalah : Sacha sangat hidup jiwa lakonannya dan kerana itu, karyanya sebagai Bruno, mempamerkan betapa jiwanya hidup sebagai pelakon. Dan untuk menjiwai lakonannya, dia sanggup mati. Saya rasa dia layak mendapat credit yang tinggi di situ sebagai pelakon.


source


source

Sebagai karya tuhan, kita, manusia – adakah jiwa kita hidup?
Adakah kita sanggup mati untuk hidup ini?
Saya belum lagi.

Namun saya sedang berfikir untuk itu.

Bookmark and Share

Popularity: 5% [?]


4 Comments

Posted by
Leila
5 October 2009 @ 12am

“Saya tidak membenci Mat Sodomi tetapi saya berdoa agar mereka kembali ke lubang yang benar.” ………….hahahahahaha tiba2 teringat pepatah melayu, sarang tebuan jangan di jolok tapi byk jugaaaak rasanya budak2 yg gatal nak jolok


Posted by
ahmedfani
5 October 2009 @ 12pm

kata Che, kita perlu terlebih dahulu mati untuk survive dalam hidup.

Aku pernah hidup dan aku pernah mati. Ironiknya aku terasa hidup bila aku mati dan aku rasa mati bila aku hidup.


Posted by
saudagar mimpi...
5 October 2009 @ 6pm

Ambil le …. aku pun ambil dari orang lain jugak.
Oh ye. Raya belum habis lagi. Selamat Hari Raya!


Posted by
fajar
16 October 2009 @ 10pm

cerita bruno mmg x sesuai utk tontonan. kalau zizi tgk secara online, mungkin boleh faham.

tp mmg kelakar. cuma yg membuatkan rasa kagum adalah bagaimana melihat reaksi ‘manusia’ yang sebenar.


Leave a Comment