khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
1 October 2009 @ 12pm

Tagged
all post

Takziah kepada yang kehilangan


Source

Gegaran kadangkala berlaku. Gegaran secara zahir, menyebabkan ada yang kehilangan. Ada yang terkorban. Ada yang mati. Ada yang pergi. Ada kemusnahan. Ada kesakitan. Ada kehancuran.

Selalu orang kata tuhan murka pada manusia maka tuhan hantar peringatan berbentuk bala. Ini kerana manusia mengambil iktibar dari kisah dalam Quran dimana bila satu – satu kaum diberi peringatan, maka bala pun turun.

Itu adalah peringatan bagi kaum yang sudah melampau dan berlebih-lebihan pada zaman dahulu. Bagi kita pula, bukankah kita sudah diberi peringatan sebelum kita melampau dan berlebihan, melalui kisah tauladan didalam quran tentang kaum yang melampau tadi?

Maka adakah, bagi kaum yang sudah diberi peringatan melalui Quran, mendapat peringatan berbentuk bala lagi, dan ini membawa maksud, kita adalah kaum yang sangat melampaui batas kerana sudah diberi peringatan 2 kali? Itu bagi orang yang membaca quran, namun, kisah nabi diajar di sekolah rendah.

Atau pun apa yang berlaku seperti gegaran di Padang hanya sebuah kejadian semulajadi bumi?

Apapun bagi saya gegaran secara batin lebih penting. Kadang-kala hati kita digegarkan kerana sesuatu. Boleh jadi kita rasa marah kalau apa yang berlaku mengusik kita dan boleh jadi juga kita rasa sedih bila apa yang berlaku kita harus terima. Saya kira ini juga sebuah peringatan.

Rumah boleh dibina dalam masa yang singkat selepas hancur namun hati yang punah belum tentu ada ubat yang mujarab. Impaknya sangat berbeza.

Tidak kira gegaran zahir atau batin, kedua-duanya adalah peringatan. Dan peringatan turun dari tuhan untuk manusia agar berubah, tidak kira siapa yang marah, atau siapa yang sedih, walaupun kepada rasul sekali pun.

Bagi saya, marah, sedih, suka, duka, hampa, kecewa, gembira silih berganti didalam hati saya. Gegaran-gegaran sebegini harus disyukuri kerana saya ada la juga diberi peringatan supaya saya menjadi manusia yang lebih baik. Ini mungkin saya salah seorang dari kaum yang selalu melampaui batas agaknya dan harus diberi peringatan berkali-kali.

Takziah buat penduduk Padang kerana zahirnya kegegaran berlaku di tempat anda. Takziah kepada yang kehilangan.

Bookmark and Share

Popularity: 2% [?]


1 Comment

Posted by
rudy
3 October 2009 @ 5pm

Alfatihah!


Leave a Comment