Rasul Melayu

Semasa saya bersekolah rendah dahulu, saya diajar tentang rukun iman. Seingat saya, antara rukun iman adalah beriman kepada Rasul.
Untuk beriman kepada rasul, ada 2 perkara pokok. Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan “beriman” dan kedua, apakah yang dimaksudkan dengan “Rasul”.
Seorang kawan memberitahu saya betapa ruginya hidup di zaman ini kerana jika hidup di zaman Nabi, jika ada salah dan silap tentang syariaat dan hakikat, boleh terus tanya nabi. Nabi, ataupun rasul disini merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W. Secara teori ada benarnya juga fikiran kawan saya ini namun saya tidak sanggup menjadi orang arab kerana saya bersyukur menjadi orang melayu seperti hari ini. Orang Arab kena pakai serban dan jubah serta naik unta. Orang melayu cukup dengan songkok atau ketayap dan baju melayu yang cantik. Or course, saya orang melayu, mestilah saya sokong melayu. Buat apa saya sokong arab.
Namun menjadi orang melayu di zaman ini sangat sukar dan tinggi dugaannya. Selain dari musykil dan keliru memilih baju raya / baju melayu yang mana, terbaru, kita dikejutkan dengan kedatangan “Rasul Melayu”. Anda boleh baca berita ini di merata-rata. Nama Rasul Melayu ini adalah En. Abdul Kahar Ahmad. Kedatangan En. Abdul Kahar menimbulkan persoalan di hati saya.
1. Adakah En. Abdul Kahar Ahmad seorang dajal yang ditunggu2 oleh kita semua?
Dikatakan pada akhir zaman akan turun dajal yang bermata satu. Dajal ini menyesatkan manusia. Tiada siapa yang tahu bagaimana dajal yang sebenar dan pendapat tentang dajal sangat banyak. Ada mengatakan ia zahir. Ada mengatakan ia konsep. Ada mengatakan ia fahaman / doktrin dan ada mengatakan dajal ini binatang. Namun saya pernah mendengar ada seorang ustadz mengatakan ada orang kata dajal itu lori.
Adakah En. Abdul Kahar Ahmad seorang dajal yang ditunggu kita semua? Saya rasa tidak. Ini kerana dajal merbahaya kepada semua umat islam sedangkan En. Abdul Kahar Ahmad bahaya kepada orang yang tidak kuat pegangan islam sekitar Sg. Long Kajang, tempat terakhir dia ditemui dan ditangkap. Lagi, dia tidak merbahaya langsung kepada saya kerana saya tahu dan faham maksud rasul yang sebenar.
2. Jika En. Abdul Kahar Ahmad bukan seorang dajal, maka adakah En. Abdul Kahar Ahmad seorang imam mahdi?
Dikatakan pada akhir zaman akan turun Imam Mahdi yang bakal mempimpin umat islam ke era kegemilangan. Tiada siapa yang tahu bagaimana rupa wajah Imam Mahdi. Dulu ada yang berpendapat Abu Ya adalah Imam Mahdi namun kerana Abu Ya Darul Arqam telah pun ditangkap polis dan dikenakan tahanan rumah (kalau saya tak silap), Abu Ya bukan Imam Mahdi.
Adakah En. Abdul Kahar Ahmad seorang imam mahdi? Saya rasa tidak. Ini kerana En. Kahar mengaku sebagai rasul melayu sedangkan Imam Mahdi memimpin umat islam. Umat islam ada juga cina dan india, selain dari Arab dan Afrika dan Iran dan lain2 lagi sedangkan menurut En. Abdul Kahar, dia hanya mewakili orang melayu.
3. Maka, jika bukan dajal dan bukan Imam Mahdi, adakah benar En. Abdul Kahar seorang Rasul Melayu?
Memang ada ayat quran yang mengatakan Allah mengutuskan setiap rasul kepada umatnya. Ayat ini dari surah Yunus. Rujuk ayat dibawah :
Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya. 10 : 47
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. 16 : 36
Ada sebuah buku yang mengulas perihal Rasul yang diutuskan pada setiap umat dan perinciannya sangat jelas dan nyata. Namun saya lupa apa tajuk buku itu. Apa pun saya juga pernah terbaca jika Allah itu maha segalanya, bukan setakat rasul manusia yang diutuskan malah burung pun mempunyai rasul. Ini kerana burung pun mempunyai umat. Namun saya juga lupa dimana saya pernah baca ini dan kesahihannya saya tinggalkan kepada anda untuk berfikir.
Persoalan pokok disini, adakah benar En. Abdul Kahar seorang rasul melayu? Oleh kerana saya tidak pernah berjumpa secara nyata dengan En. Abdul Kahar, maka saya tidak ada komen tentang hal ini kerana saya berpegang kepada prinsip, kepercayaan adalah hak pribadi dan masing2. Jika En. Abdul Kahar percaya yang dirinya seorang rasul melayu, saya juga boleh percaya yang adik sedara saya berumur 5 tahun seorang ultraman taro yang sedang membesar. Ini kerana adik sedara saya hidup ultraman, makan ultraman, tidur ultraman malah mengaji pun ultraman! Kita boleh memilih untuk percaya atau tidak dan memilih apa yang kita mahu percaya.
4. Ok, biarkan En. Abdul Kahar dengan dakwaannya, namun, adakah sifatnya menggambarkan dia seorang rasul?
Saya lebih suka melihat dari sudut ini. Jika dia mendakwa dia seorang rasul melayu, maka dia harus ada ciri2 seorang rasul sebelum kita percaya yang dia seorang rasul. Umum mengetahui Nabi Muhammad adalah rasul terakhir dan ini sangat jelas dan tidak perlu dibincangkan lagi. Perbincangan seterusnya adalah mengenai sifat rasul.
Pertama, rasul dan hari raya. Adakah seorang rasul teruja dan nak sangat beraya sangat dengan keluarga ? Apakah pengertian hari raya yang sebenar – benar benar benarnya? Bagi seorang salik yang bertarikat pun, pengertian hari raya adalah setiap hari (konsep raya dizahirkan setiap hari / masa ) maka apa pula hari raya bagi seorang rasul? Takkan nak makan ketupat dengan famili kutttt.
Kedua, rasul dan umatnya. Jika En. Abdul Kahar Rasul melayu, bagaimana pula dengan Rasul Cina dan Rasul India? Ini kerana, di Malaysia ada orang cina dan india yang beragama islam. Mengapa tiada rasul cina dan rasul india?
Ketiga, rasul dan syurga. Jika pengikut En. Abdul Kahar dijamin masuk syurga, bagaimana pula kedudukan ahli persatuan kima (india muslim)? Lagi, kasihan pulak kawan saya seorang india yang sedang ingin masuk islam, adakah tempatnya di neraka kerana tiada rasul india untuknya? Dan juga adakah syurga kelak dibahagikan mengikut bangsa?

source
Keempat, rasul, perlantikan dan letak jawatan. Atas desakan dan tekanan mungkin, tiba-tiba En. Abdul Kahar meletakkan jawatan sebagai rasul melayu. Ini yang paling kelakar dan sangat spontan astro warna. Jika anda benar rasul melayu, maka sampaikan ajaran sehingga ke titisan akhir. Biarkan dunia menentang anda kerana jika anda benar, anda rasul, apa yang anda takutkan? Adakah seorang rasul berhak meletak jawatan ataupun dia akan difired oleh tuhan? Rasullulah berdakwah selama 23 tahun, En. Abdul Kahar baru 20 tahun ( ikut pengakuannya di youtube), tak sampai 3 tahun lagi tu, malah kalau 20 tahun pun baru berapa orang pengikutnya?
Video perletakan jawatan En. Abdul Kahar : http://www.youtube.com/watch?v=gXNBgKiEZ0c
Kelima, rasul dan mukjizat. Umum mengetahui setiap rasul ada mukjizatnya tersendiri. Seperti Nabi Musa mempunyai tongkat yang menjadi ular. Nabi Sulaiman yang boleh berkata-kata dengan haiwan dan jin. Nabi Muhammad, mukjizatnya Al quran. Jika En. Abdul Kahar seorang rasul melayu, mengapa menggunakan mukjizat rasul yang lain sebagai dokumen sokongan? Mengapa mengambil quran sebagai asas pengajaran. Sepatutnya rasul melayu ada mukjizat tersendiri dan kerana dia melayu, mungkin mukjizatnya seperti baju melayu atau ketuanan melayu etc.
Keenam, rasul dan syahdah. Jika kita yang beriman kepada rasul, dan yang terakhir adalah rasullullah, maka mengikut ajaran ustazah saya masa sekolah rendah dulu masa mengucap dua kalimah syahdah, muhammad didalam syahdah itu adalah nabi muhammad ( kata ustazah la bukan kata saya ). Maka saya tertanya-tanya apakah syahdah pengikut En. Abdul Kahar. Adakah “Saya naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan saya naik saksi En. Abdul Kahar itu pesuruh Allah?”
Ketujuh, rasul dah ugutan bunuh. Saya copy balik img yang saya dah paste di atas tadi. Rasullulah mungkin menerima ugutan bunuh setiap hari tapi En. Abdul Kahar baru terima beberapa kali takkan dah takut?

Kelapan, rasul dan pengikut yang salah faham. Mengikut sejarah, bukan semua perkara berlaku di Gua Hira’. Rujuk disini untuk mengetahui sejarah nabi. Rasul bersembunyi di Gua Thur, tetapi mendapat wahyu di Gua Hira’. Logiknya waktu nabi dulu, orang dah tahu nabi dapat wahyu di Gua Hira’ maka takkan waktu diburu, nabi kembali balik sembunyi di Gua Hira?
Saya rasa itu sahaja yang saya terfikir setakat ini, namun jelas, En Abdul Kahar kurang mempunyai ciri-ciri rasul yang sebenar dan En. Abdul Kahar belum dapat meyakinkan saya bahawa dia seorang rasul melayu.
5. Apakah punca dan agaknya mengapa tiba-tiba ada orang mengaku dia seorang rasul?
Pertamanya konsep nabi dan rasul itu sendiri yang harus difahami. Kemudian, barulah jelas siapa rasul dan nabi dan bagaimana kita beriman kepada rasul. Rasul semestinya seorang nabi namun nabi belum tentu seorang rasul.
Jika saya silap betulkan saya. Nabi mendapat wahyu untuk dirinya sahaja manakala rasul mendapat wahyu untuk disebarkan kepada orang lain. Dalam konteks pendidikan kita hari ini, kita belajar kisah rasul dan ada 25 orang rasul semuanya dari Adam hingga Muhammad. Ada pula pendapat lain mengatakan perbezaan nabi dan rasul adalah nabi menjalankan syariat rasul sebelumnya manakala rasul menjalankan syariat yang baru sahaja. Hal ini perlu dikaji lagi dan saya rasa kurang tepat.
Saya rasa ada persoalan lain lagi namun tidak sepenting mana, panggil Nabi Adam atau panggil Rasul Adam atau Adam sahaja sudah memadai, apapun kita sudah tahu siapa Adam. Rukun Iman adalah beriman kepada Rasul, bukan beriman kepada Nabi. Jika beriman kepada Nabi, berbalik kepada konteks siapa Nabi, Nabi mendapat wahyu hanya untuk dirinya sendiri dan kita tidak mendapat manfaat dari situ sedangkan Rasul yang bertanggungjawab menyampaikan ajaran tauhid kepada kita. Jika saya salah betulkan saya disini.
Ada juga persoalan lain, mungkin ada yang pernah terfikir, rukun iman itu “beriman kepada rasul”, bukan “beriman kepada 25 rasul”. Beriman kepada 25 rasul adalah huraian yang disampaikan kepada kita hari ini yang kita belajar di sekolah dan lagi, ada juga yang mengatakan jumlah rasul lebih daripada 25 kerana 25 cuma yang wajib kita ketahui (rujuk hadis diatas) . Bagaimana nak beriman kepada rasul yang lain yang tidak dinyatakan? Ketidak fahaman disini mungkin muncul orang yang mengaku dirinya rasul.
Maka persoalan demi persoalan tentang rasul, tentang beriman kepada rasul ini harus diajukan kepada yang lebih arif dan lebih alim. Kita harus tahu apa maksud “beriman” dan apa maksud “rasul”, maka barulah betul rukun iman kita.
Apapun secara basic, siapakah rasul?

Diambil dari buku Pendidikan Islam Tingkatan 4.
Sekian. Terima Kasih.

Popularity: 20% [?]





1 Comment