khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
17 September 2009 @ 7am

Tagged
all post

Adakah saya halal atau haram?

Tadi petang, saya berkunjung ke sebuah universiti dan kami dalam fasa permulaan untuk migrate web. Hampir setengah hari meng-serverkan files-files dan setting di bulan ramadhan, akhirnya selesai juga proses teknikal yang mujur saya ada staff yang berilmukan programming serta panduan dan tunjuk ajar dari seorang sifoo siam yang membantu kami dalam hal web web ini. Import tu, jangan main2. Ini semua serius.

Anyway, saya ingin berkongsi dengan anda apa yang dikongsi dengan saya ketika berada disana. Ia adalah mengenai sebuah search engine yang semakin popular dikalangan muslim – imhalal.com

Saya tidak tahu pun orang islam ada membuat search engine kerana pada hemat saya, orang islam rata-rata sibuk mengejar akhirat hingga ada saham akhirat, maka mungkin hal dunia ini dipinggirkan. Ini benar mengikut pengalaman saya di MMU dulu. Rata-rata kawan programming dan engineering saya sibuk berusrah dari membuat programming. Mereka juga sibuk mencari calon isteri solehah daripada mencari cara bagaimana kita nak buat search engine seperti google dan yahoo. Tapi itu dulu. Sekarang saya ada kawan MMU fakulti engine dan it yang sedang membuat kebaikan di dunia… bukan setakat akhirat. Ini juga serius dan bukan main-main.

Bebalik pasal produk islam, maka, rupanya saya salah dan menyedari kesalahan ini, saya bertekad untuk membanyakkan membaca dan mengetahui hal-hal islam dan produk-produk yang beragama islam. Jika anda tidak pernah mendengar tentang produk yang beragama islam, saya kira anda juga salah seperti saya dan anda juga harus banyak membaca. Saya pernah mendengar desas desus dimana sebuah kereta yang membaca quran akan dicipta. Jika saya salah maafkan saya, (saya tak reti bahasa inggeris ppsmi) tetapi anda boleh baca di bawah ini. Saya rasa suatu hari nanti kita jangan terkejut bila ada van yang boleh bersembahyang jemaah pula.


http://paultan.org/2007/11/13/proton-to-develop-islamic-cars/

Rentetan itu, ada pendapat yang kontra yang saya rasa anda patut baca dan ada kebenarannya disitu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1118&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_05.htm&arc=hive&arc=hive

Apapun, secara personal, saya pernah mengalami situasi produk beragama islam dalam hidup saya. Ada beberapa sessi namun cukuplah saya menceritakan pengalaman terbaru saya beberapa bulan lalu. Saya pergi ke Maybank untuk membuka sebuah akaun bank company. Officernya seorang cina. Berikut adalah perbualan kami.

“So Azizi, I open for you islamic banking account ya”
“Eh… no no  no… I want buddhist banking, not islamic”
” AAA? ” ( muka blur terkejut )
“No lah, just kidding… If i want islamic banking then I should go to Bank Islam at the first place maaa… (sambil senyum sinis)”

Saya tinggalkan hal produk yang beragama islam untuk anda kerana anda lebih arif. Saya ini jahil, maka saya tidak reti hal itu. Cukuplah saya menjadi kambing dan mengikut sahaja majoriti orang ramai. Kalau orang banyak pakai ABC, maka saya pun pakai la ABC. Kalau orang banyak pakai XYZ, saya pun ikut XYZ. Selamat dan selamat. :P

Search HALAL, I’m HALAL

Ok, berbalik pada imhalal.com. Ini adalah penemuan yang sangat menarik. Saya teruja untuk berkongsi dengan anda. Jika anda ingin bertanya pada Pakcik Wiki tentang imhalal, saya nasihatkan anda lupakan sahaja. Ini kerana saya sudah bertanya kepada Pakcik Wiki dan nyata Pakcik Wiki mempunyai pengetahuan yang terhad. Ia juga mungkin kerana imhalal.com baru sahaja lahir kedunia dan baru berumur 17 hari.

Dikatakan (mengikut cerita) imhalal.com adalah search engine yang ditunggu-tunggu umat islam sebagaimana mungkin kita menunggu turunnya Imam mahdi. Idea ini terbit apabila ada orang islam komplen kerana mereka takut masuk neraka bila membuat search, mereka ter-search explicit content seperti sex, porn, gay club, lesbian, dan lain2 yang sewaktu dengannya. Maka lahirlah imhalal.com kedunia.

Ia adalah sebuah search engine yang membuat filter dan memberi ranking kepada sesebuah web sama ada ianya halal atau haram bagi orang islam. Rankingnya pula adalah daripada 1 – 3. Katakan anda membuat search “Sex”, rankingnya 2. Sila rujuk gambar dibawah.

Jika content yang anda cari itu, lagi ganas (tak tau la sex ganas ke apa), maka ranking yang lebih tinggi dan amarannya berwarna merah gitu. Sila rujuk screenshot dibawah.

Secara dasarnya usaha murni orang yang membuat search engine ini sangat baik dan bagus. Mereka mungkin berfikir, search engine ini sesuai untuk anak-anak. Maksudnya, kalau anak-anak buat search tentang “Fuck”, maka mak bapak akan selamat dunia akhirat sebab anak-anak tak ada can nak tengok apa itu yang dimaksudkan dengan “Fuck”. Untuk ini, mereka layak mendapat tepukan gemuruh dari negara Pakistan, India, Turkey, Iran dan Indonesia.

Namun begitu, saya berpendapat yang sebaliknya. Pertamanya, saya yang sudah berkahwin ini tidak nampak sangat apa beza antara “sex” dengan “fuck”. Syariatnya mungkin berbeza namun hakikatnya… emmm… seronok. :P . Namun saya berfikiran positif. Untuk search engine yang berusia 17 hari, ada banyak yang boleh diimprove. Sebagai contoh, mungkin filtering technique yang lebih advance dan lebih power akan dicapai oleh mereka, 17 tahun lagi. Saya yakin ini akan berlaku kerana 17 hari dengan 17 tahun, ia satu tempoh yang mematangkan.

Kedua, kalau seorang anak-anak boleh access internet tanpa pengawasan mak bapak, kenapa dia nak search “Fuck” menggunakan imhalal.com. Baik dia pergi ke google terus atau pun kalau bapaknya pakai Mac, dia boleh search terus pada spotlight mana tahu kalau-kalau mak bapak ada simpan stok. Pada saya positif kalau mak bapak simpan stok. Ini kerana ilmu itu ada dimana-mana. Oh ye, sebagai ilmu tambahan, (bukan ilmu stok ye), saya sertakan screenshot apa yang dinamakan spotlight dalam Mac.

Saya masih tidak mempunyai anak lagi maka saya tidak tahu bagaimana perasaan mempunyai anak. Saya juga tidak tahu bagaimana nak menjaga anak. Namun saya tahu garis panduan dan bagaimana menternak, ops, mendidik anak. Ini kerana saya pernah menjadi anak kepada bapa saya. Bapa saya seorang guru dan guru mempunyai typewriter pada zaman dulu. Jika saya menyentuh typewriter bapa saya, saya akan disentuh sayang oleh rotan bapa saya.

Maka saya percaya, ibu bapa hari ini pasti mempunyai teknik mendidik anak masing – masing. Kalau tidak, masakan mereka menjadi ibu bapa. Jika anak kita boleh main laptop kita dimana laptop kita adalah punca rezeki bagi keluarga, saya rasa ada sedikit perspektif herot ( distorted perspective ) disitu. Bukan bermaksud tak bagi anak main laptop, tapi, sediakan laptop khas untuk anak misalnya, atau pc untuk anak-anak. Anda bayangkan, satu hari kalau anak anda yang berusia kurang dari 5 tahun tiba-tiba terdelete files kerja dalam laptop anda. Seronok tak? Pada saya yang seronok adalah “Fuck” dan “sex” sahaja. :p

Sebagai seorang boss kepada 8 orang staff, jika saya memberi Macbook / Laptop company kepada staff saya dan staff saya memberi pula kepada anak mereka, apakah perasaan saya?

Adakah saya halal atau haram?

Sebenarnya apa yang saya ingin sampaikan adalah siapa yang sebenarnya halal dan haram. Begitu juga dengan produk -produk yang beragama islam tadi. Siapa yang beragama? Produk atau manusia?

Kurangnya ilmu bagi manusia menyebabkan manusia hidup dalam ketakutan. Ini benar dan bukan main-main. Jika kita tidak ada ilmu, maka kita akan hidup dalam ketakutan. Sebagai contoh, jika ada orang kata rumah itu berhantu, maka semua orang takut duduk dirumah itu. Namun jika kita ada ilmu, mengapa kita harus takut pada hantu?

Kerana itu, wahyu pertama disarankan kita supaya menuntut ilmu. “BACA”! penat jibrail turun kebumi membawa wahyu, akhirnya sia-sia.

Pada saya, kewujudan imhalal.com hanya sebuah teknik untuk menarik user muslim sahaja dan tidak lebih dari itu. Ia tidak menyelesaikan masalah sosial atau membawa orang ke syurga. Satu hari nanti pasti anda akan bertemu iklan2 dan advertiser didalam search engine ini kerana advertisement adalah hakikat revenue sebuah search engine. Kita tidak perlu menantinya seperti kita menanti imam mahdi. Ia akan berlaku dalam beberapa tahun ini jika imhalal.com mendapat sambutan. Lihatlah dunia!

Sebagai seorang muslim, harusnya kita tidak boleh bergantung pada benda lain untuk membantu kita melalui hidup ini. Kita harus bergantung kepada tuhan. Bagaimana untuk bergantung pada tuhan? Ilmu. Perlukah saya ulang taip apakah wahyu pertama tuhan kepada prophet Muhammad?

Ironinya, imhalal.com adalah portal yang direka oleh company Belanda. Jika ceonya Islam, maka alhamdullilah. Jika ceonya bukan islam, maka kawan-kawan IT saya yang sibuk berusrah di MMU dulu patut semayang sunat taubat. Dan lagi, kerana ia direka oleh company Ducth, mereka-mereka yang amarah nafsu bissauk dulu memprotes jangan beli barang belanda patut memboikot portal ini kerana imhalal.com adalah hasil kerja belandawi.

Jika ada orang islam di Malaysia yang dulu berapi dengan kempen memboikot belanda, sila haramkan diri anda dari menggunakan search engine ini. Nasib baik saya tidak kerana saya suka minum susu. ( susu dutch lady…..)

Menentukan yang mana halal dan yang mana haram, bukan setakat memilih dan meninggalkan mengikut majoriti ramai atau mengikut pilihan orang lain. Quran ditinggalkan sepasang dengan hadis. Jika kita asyik dan leka dan bergantung kepada material untuk membantu kita menjadi seorang islam yang baik, lebih baik kita dermakan akal kepada kucing dan moga dengan dermaan itu, kita lebih dihormati.


Imhalal.com adalah satu search engine yang melimitkan ilmu dan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara yang kita cari. Ia bagaikan tuhan menentukan yang mana halal atau haram bagi kita, walhal ia sangat jumud dan tertutup dari banyak konteks. Bolehkah kita katakan ini adalah salah satu cara melimitkan pengetahuan umat islam?

Saya menulis artikel ini bukan untuk mengutuk atau memperkecilkan kebolehan orang islam. Jangan diperbodohkan oleh orang lain dan jangan hidup dibawah perspektif orang lain. Islam satu agama yang suci malah semua agama suci. Kewujudan imhalal.com bukan setakat menghina orang yang bukan islam (kerana kononnya orang islam baik sangat dan hanya mahukan yang halal sahaja) malah menghina saya sebagai seorang islam. Ini kerana sesebuah search engine bukanlah skala penilaian bagi islam yang saya anuti. Ia tidak menggambarkan langsung pandangan islam terhadap keyword yang kita cari. Ini contohnya. Adakah Sex sesuatu aktiviti yang haram?

Anda berilmu, anda pasti tahu jawapannya. Jika anda rajin, anda boleh tanya terus kepada ceo yang mencipta search engine ini. Dia seorang islam dan baru berumur 20 tahun.

Akhirnya, pada saya, imhalal.com adalah sebuah search engine yang haram. Ini kerana ia memberi maklumat yang salah kepada saya dan boleh membawa saya kelurah kesesatan. Nama search engine ini juga harus ditukar kepada imharam.com. Ini juga kerana dia asyik memaparkan warning yang haram sahaja. Tidak ada pula result yang mengatakan, “Yes…. your search is Halal…. Halal level 5 of 5″. Namun, menjadikannya sebuah search engine wajib atau default didalam laptop anda, terpulang kepada empunya diri.

Kepada laptop / Macbook company saya, ini jawapannya.

HARAM

Sekian.

Bacaan Lanjut
http://technology.timesonline.co.uk/tol/news/tech_and_web/the_web/article6823805.ece
http://www.themajlis.org/2009/09/01/the-first-islamic-search-engine
http://www.thenational.ae/apps/pbcs.dll/article?AID=/20090907/NATIONAL/709069866/1041
http://www.news24.com/Content/SciTech/News/1132/44d428a8bbf043f88e45d918cf20f20e/16-09-2009-10-17/1st_Islamic_search_engine_live

Bookmark and Share

Popularity: 10% [?]


4 Comments

Posted by
rudy
25 September 2009 @ 9am

kesimpulannya, ko nak ckp kat staf ko jgn guna macbookm utk kegunaan peribadi kann? ekekekeekek…


Posted by
Toktoy
26 September 2009 @ 2am

Menegur staff di personal blog? Mentaliti murahan saudagar melayu.


Posted by
khairulazizi
27 September 2009 @ 1pm

nampaknya saya masih baru dalam arena blog ini maka maafkan saya jika tulisan saya tersalah maksud.

98% tulisan adalah ttg imhalal.com, kesimpulannya adalah : adakah kita perlu bergantung kepada produk untuk mengetahui hakikat halal dan haram.

terima kasih


Posted by
Toktoy
29 September 2009 @ 11pm

Ingatkan tersalah tulis, rupanya memang ada niat 2%. Semoga dikurniakan keturunan yang baik-baik & halalan toiyibban. Pastilah mereka tidak pandai mendekati sebarang jenis laptop.


Leave a Comment