SHRMZB

“shr is a shortform for sahur. yela… for a few days ni but few next day, it would be… selamat hari raya!!!”
Itu custom message FB saya terkini. Ia adalah idea tentang shortform dan hasil dari tahun lepas. Tahun lepas adalah tahun ucapan sms saya terpendek yang saya pernah hantar kepada rakan-rakan.
“shrmzb”
Ini kerana saya seakan penat dan letih untuk menaip ucapan-ucapan panjang akibat berpuasa 30 hari. Ya, ia sungguh mencabar dan sungguh memberi impak. Dalam keadaan sebegitu, saya cuba menjadi kreatif dengan menghantar sms ucapan raya terpendek didunia.
Tahun ini kita berhari raya lagi. Saya masih berfikir apakah bentuk ucapan yang lebih up dari tahun lepas. Ia sangat menduga akal. Benar, jika kita pernah menaiki kapalterbang, ia sangat menduga untuk menaiki kapal angkasa. Lebih kurang la.
Apapun itu hal sms dan jangan fikirkan apa yang akan datang. Apa yang akan datang, akan datang sebaik mungkin. Tentang sekarang, saya baru sahaja habis membuat interface depan bagi kad raya secretlab sekaligus mengupdate web secretlab yang sudah bersarang. Ia adalah gabungan dan air tangan satu company.
Azrai memberi idea menggunakan tagline lagu salam dunia dari M.Nasir.
Razlan pula membuat design Angpow raya.
Hasni mencadangkan agar semua wajah secretlab dikartunkan.
Razali, membuat animation dan idea cerita.
Adik (Azrial) akan ditugaskan untuk mengambil angpow yang sudah siap dari kilang print.
Iwan pula ditugaskan untuk membantu Adik dan menjaga keselamatan Adik kerana takut-takut sewaktu membawa angpow, orang ingat Adik bawak duit raya lantas dirompak.
Muzammil akan membuat pertunjukan silap mata dengan menghaibkan beberapa keping angpow sebelum menghaibkan diri sebagai kemuncak pertujukan.
Hari raya tahun ini, jika diskalakan berdasarkan tahun lepas bagi kategori ofis, meriah dari segi kad raya online dan design angpow yang pertama kali kami buat sepanjang 5 tahun berniaga. Namun saya sedikit berduka cita dan terkilan kerana tidak sempat menganjurkan majlis berbuka puasa satu ofis, sekaligus menyediakan hamper2 untuk client kami. Ini kerana kami sangat leka dan lalai dengan kerja-kerja yang semuanya dateline sebelum raya. Bak kata Razlan, “Boss, kita bagi lepas raya la, baru boleh makan”.
Ada betul juga kata staff aku ni ( dalam hati saya la…). Lagi satu, bagi company yang semuanya jantan, ada alasan yang kukuh disitu. Siapa nak balut hamper? Sapa nak buat list? Sapa nak itu… sapa nak buat air kalau penat angkat hamper?
Namun, tahun ini banyak mengajar saya dan saya banyak diajar tuhan.
Walau bagaimanapun, hari raya – mengikut kata M.Nasir melalui lagu Salam Dunia : “Inilah hari kita, tiada lagi rasa .. ketakutan”
Moga benar, hati kita bebas dari cangkupan hal dunia dan berhenti dari menghakimi manusia. Jika kita sudah redha dengan hal dunia yang kena pada kita, maka apa yang kita takutkan lagi?
serangkap pantun,
Buat web, buat CD,
Sampai dah raya pun tak habis lagi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Redha diri redha illahi.
ikhlas dari saya,
Khairulazizi dan isteri, Rozalina
Oh ye, saya doakan anda semua pembaca mendapat rezeki yang tidak terduga selepas hari raya ini. Insya Allah. Siapa kata Allah kedekut?
(sebab tu kami design angpow tahun ni, :p anyway, kalau anda nak angpow ni email saya dan kami akan pos pada anda. Bagi alamat sekali. Tapi angpow je la, isinya sendiri2)

Popularity: 3% [?]


2 Comments