Tweet Tweet ( dgn gaya yang comel )

Twitter sangat merbahaya. Saya memberi amaran. Sebagaimana Facebook, Twitter juga boleh masuk kedalam spender anda dan ini menggugat privasi policy anda! Saya tidak pernah menipu. Dahulu, awal-awal wujud Facebook, saya telah menulis satu artikel tentang bagaimana Facebook boleh menjadi tuhan dan anda boleh bacanya disini.

Hari ini, cara anda bertweet telah diluaskan lagi. Oleh kerana saya baru berfirefox – maka saya tidak pasti sama ada bertweet dari url bar sudah menjadi trend atau telah lama kuno dan ketinggalan zaman! Sebelum ini saya menggunakan Tweetdeck. Apapun, jika address bar telah digunakan sebagai salah seorang agen twitter, tidak mustahil satu hari nanti manusia akan bertweet dari mangkuk tandas. Malah, peti ais, toaster hatta minah dildo pun boleh bertweet asalkan semua perkakasan mereka “tweet ready”.

Ini sangat merungsingkan! Generasi akan datang menjadikan hidup mereka satu status sosial yang harus diceritakan kepada semua kawan-kawan, hatta kepada follower yang tidak dikenali pun! “Saya sedang berak”, “saya sedang korek hidung”, “hidung saya besar sedikit dari semalam!” Wah! Bencana twitter jika tidak diperhatikan secara serious, boleh membawa kepada kemudaratan. Apa tidaknya, adakah berita hidung anda besar sedikit dari semalam boleh membawa sebarang manfaat kepada kawan / followers anda? Pada saya ini sangat mudarat dan boleh jatuh kepada kategori “terrifying visual”. Bayangkan 1 minit dari hidup saya terpaksa diagihkan kepada membayangkan betapa besar hidung kawan saya dari hari semalamnya! Ini bukan lawak. Dengan 1 minit, orang melayu boleh jadi jutawan. Tidak percaya?

Jika saya membawa perkara twitter ini kepada Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, iaitu, negeri kelahiran saya, sudah pasti mereka akan segera memanggil satu muzakarah dan menjalankan majlis assyura (
) untuk memfatwakan yang twitter haram disisi umat islam. Barangsiapa yang memakai twitter atau bertweet2 pada skala yang mengkhayalkan, atau memabukkan, atau memudaratkan diri akan didenda RM5000 dan 6 kali sebatan! Yes! Go JAIP go! Saya orang Pahang, dan saya bangga. Saya menentang perkara yang boleh memudaratkan kita.
Pasti, jika kartika yang minum arak sendiri sendiri itu mabuk lantas bertweet yang bukan-bukan seperti sesuatu yang boleh jatuh dibawah akta hasutan, sudah tentu hukuman yang lebih berat dan dasyat dikenakan! Mana tahu, kemabukan Kartika boleh mengancam nyawa para pekerja di club di cherating itu dan kerana itu saya rasakan hukuman 6 kali rembat dengan rotan sangat sesuai. Tidak perlu beri kaunseling bagi pesalah sebegini dan aksi JAIP sangat adil lagi islamik! Tangkap, kasi pada mahkamah. Habis cerita, dan senang kerja.
Namun saya tidak akan membawanya ke JAIP kerana saya juga mungkin, selepas 200 m keluar dari rumah, akan berpatah balik dan berfikir 2 kali untuk membawa hal ini ke sana.

Sebenarnya itu kisah bagi mereka yang menyalahguna twitter, malah mungkin, kesan yang akan timbul kalau twitter disalah guna. Kita harus ada expert twitter dan expert agama-islam-wan negara untuk memfatwakan perihal twitter yang memudaratkan. Sekurang-kurangnya, agama-islam-wan harus bertwitter sebanyak 6666 kali dan barulah satu fatwa boleh dicipta kerana hanya melalui 6666 kali saya rasa kita dapat melihat yang tersurat, daripada yang tersirat. Lebih-lebih lagi agama dan teknologi mempunyai jurang yang tinggi. Berapa ramai hafiz quran yang menggunakan komputer hari ini?
Namun hingga hari ini, kesan twitter belum ditahap bencana dan twitter baru sahaja menjadi trend di Malaysia. Kita belum lihat lawak twitter di TV sebagaimana kita lihat lawak myspace lembu dari siaran Astro 132 siri “Tok Ketua”. Malah, penggunaan twitter belum ke tahap kerajaan lagi kecuali beberapa blog termasuk blog PM kebanggaan saya Tok Najib, orang pekan. (FYI, tok saya juga berasal dari Pekan).

Maka, twitter boleh digunakan dengan rasional dan dengan bijaksana. Ada pelbagai cara yang manfaat dari twitter. Ah, sebenarnya, pada saya, didalam dunia ini, semua perkara boleh digunakan dengan rasional dan dengan bijaksana. Tuhan menjadikan sesuatu itu cukup sifat baik dan buruknya. Yang menjadikan ia lebih baik, atau ia lebih buruk adalah manusia itu sendiri!
Asalkan tidak memudaratkan dan tidak mengkhayalkan, apa yang kita nak kecoh2 sangat?
Oleh itu barangsiapa yang mahu belajar bagaimana untuk bertweet2 dari url bar, saya ada menulisnya disini (dalam bahasa melayu mbmmbi ). Selamat bertwitter!
Bacaan Lanjut :
Can you tweet your way to a new job?
http://www.miamiherald.com/business/careers/story/1160248.html
Isu kartika dan arak
http://www.malaysiakini.com/news/111417
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022276&Itemid=43

Popularity: 3% [?]


1 Comment