Sejauh manakah kesedaran typeface kita?
Saya sedang baca thestar.com.my, dan menemui artikel enak ini. Anda boleh kesini untuk membaca lebih lanjut.

Secara kesimpulannya, para pengikut mazhab ikea telah membantah penukaran typeface daripada Futura kepada Verdana didalam katalog Ikea. Maka timbul beberapa persoalan disini.
1. Betapa, typeface boleh mencipta loyalti kepada sesuatu produk.
2. Betapa, typeface boleh mencipta satu “brand” kepada sesuatu produk.
3. Betapa, typeface boleh mempengaruhi lifestyle seseorang dan trend kehidupan melalui produk.
4. Betapa. typeface sangat penting dalam kehidupan seseorang.
Katalog Ikea diberi percuma sahaja pun pada pelanggan. Maka pelanggan membantah penggunaan Verdana. Perlu diingatkan, pelanggan tidak perlu bayar untuk mendapatkan katalog Ikea. Betapa typeface boleh menyebabkan perang besar?
Berikut adalah perbezaan antara Futura dengan Verdana.

Di Malaysia, saya rasa, kesedaran typeface adalah tidak setinggi mana. Kita tidak pentingkan typeface pun malah ada diantara kita yang tidak tahu apa bezanya typeface dengan font – walaupun kita seorang designer.
Saya telah menjumpai masalah atau isu ketidak-fahaman typeface ini sepanjang masa saya dengan client. Sebagai contoh yang paling popular adalah penggunaan typeface Comics Sans MS sebagai typeface kegemaran mereka didalam web atau pun pada teks polistrin yang dilekatkan di dinding ofis.
Berikut adalah contoh penggunaan typeface Comics Sans MS pada satu perkataan dibandingkan dengan typeface yang lain. Perlu diingatkan ini contoh sahaja. Typeface sebenar bagi JAIP pasti professional dan hebat selaras dengan hebatnya JAIP menyelesaikan isu kes kartika minum arak dan bakal disebat 6 kali.
Bahaya memilih typeface yang salah adalah typeface boleh menggambarkan betapa professional, betapa serius, dan betapa tidak kartunnya anda. Jika imej korporat anda hancur maka boleh jadi satu jabatan juga akan hancur. Hanya Jabatan Kartun atau Jabatan Tadika yang layak menggunakan typeface Comics Sans MS.

Pengaruh Comics Sans MS dan penyalahgunaan typeface ini sangat serius hingga ada web kempen meng-ban penggunaan Comics Sans MS! Untuk menyertai kempen ini, click sini. Untuk menjadi ahli facebook mereka, click sini.

Selain daripada isu comic sans, kita di Malaysia juga sangat “jiwang” dalam memilih typeface. Mengapa kita perlu menggunakan typeface yang romantis pada imej korporat kita? Dibawah ini ada beberapa contoh.


Kesimpulannya, sesuatu harus dilakukan agar kita tidak terjebak dengan penyalahgunaan typeface. Semoga tuhan memberi hidayah kepada kita dalam memilih dan merencana typeface yang sesuai untuk kita, keluarga kita, kawan kita, dan paling penting sekali, negara kita. AMIN.
Bacaan Lanjut
1. Diskusi pasal ikea menjadi verdana :
http://www.typophile.com/node/61222
2. Perbezaan font dengan typeface :
Font: A single cut from a type family (one point size). ex. Helvetica Bold 10pt
Typeface: The entire family (all sizes). ex. Helvetica

Popularity: 3% [?]


3 Comments