30 kali menyambut merdeka
Saya tahu yang Malaysia sudah merdeka sejak 1957 lagi. Ini bermakna, hari ini, Malaysia telah menyambut 52 kali kemerdekaan. Bagi saya yang berumur 30 tahun, antara sedar dan tidak sedar, saya terturut menyambut kemerdekaan lebih kurang 30 kali.
Untuk itu, kerana saya sudah menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia sebanyak 30 kali, saya terfikir, Malaysia sudah merdeka, namun adakah saya ini benar – benar merdeka?
Untuk saya memahami semangat kemerdekaan yang difahami Malaysia, mungkin tidak sedalam mana kerana sewaktu tanah melayu dijajah, saya tidak ada.
Maka, apabila tiba 31 Ogos, saya cuma rasa bersyukur kerana negara kita tidak dijajah lagi. Ini pun terbit apabila melihat berita tentang israel dan palestin. Namun, adakah negara yang tidak dijajah, yang sudah merdeka, benar-benar memberi kemerdekaan kepada saya? Saya tidak pasti.
Saya ingin menulis panjang perihal merdeka, namun masa sangat tidak mengizinkan. Dalam ertikata lain, saya belum merdeka dari masa. Kegagalan saya merdeka dari masa adalah kerana saya masih belum merdeka daripada kewangan.
Masalah kewangan menghantui saya lantas menarik kapasiti masa yang ada pada saya, untuk itu, saya tidak bebas membuat apa sahaja yang saya mahu didalam dunia ini. Saya tidak boleh tidur sepanjang hari. Saya tidak boleh melukis selama mana yang saya mahu. Saya tidak boleh menulis tanpa henti. Saya tidak boleh mengembara ke serata alam dengan isteri sesuka hati.
Maka, apakah erti merdeka bagi saya?
Saya menyusun strategi agar suatu hari kelak, saya benar-benar mengalami dan mendalami erti kemerdekaan yang sebenar.
Jika Tunku melaung kata keramat sebanyak 7 kali, 52 tahun yang lalu, saya berharap untuk melakukan perkara yang sama satu tahun nanti.
Daya dan asa adalah kepunyaan tuhan. Manifestasi sifat -sifat ini ada pada manusia. Apabila manusia itu benar-benar merdeka, adakah dia masih lagi manusia?
P/s : Saya dalam curi-curi telah menulis sebuah blog berkisar onlinebiz. Jika anda suka pada perniagaan dan ingin berniaga secara online, disana saya kongsikan khazanah yang saya pernah cuba dan akan cuba bagi mendalami ilmu perniagaan online.
Bacaan Lanjut:
Gambar disebat dari flikr : http://www.flickr.com/photos/azlijamil01/
Popularity: 2% [?]



No Comments Yet