khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
26 August 2009 @ 10am

Tagged
all post, prophet steve job and internet religion, wahyu of the day

Kiamat bagi Mac OS X Leopard

Ketika Nuh atau Noah bersiap sedia membina kapal laut diatas daratan, setelah mendapat wahyu dari tuhan : orang-orang yang engkar pasti mengejek Nuh dan mempersendakan apa yang sedang diusahakan. Nuh, yang sabar harus bertekad hatinya membuat persediaan walaupun dikatakan gila dan bodoh oleh orang yang menentangnya. (1)

Hari ini wahyu datang dalam pelbagai bentuk. Ilham adalah salah satu daripadanya. Kita, diuji kepercayaan sejauh mana mempercayai kata hati.

Seperti, kedatangan Mac OS Snow Leopard yang telah diwar-warkan di internet, tidak pasti saya adakah terdapat manusia yang menunggu kedatangannya berperasaan seperti menunggu hujan yang bakal melemaskan hati manusia yang tidak bersedia. Dalam erti kata lain, kedatangan Snow Leopard mencetuskan ketidak pastian kita terhadap OS yang kita ada sekarang.

Pelbagai persoalan timbul. Perlukah kita buat itu dan buat ini. Macam mana dengan data kita dan files yang ada. Saya sendiri pun terfikir apa akan jadi kalau semasa saya update OS, Mac saya menemui ajal. Disebabkan saya pun tidak pasti apa yang bakal berlaku, kerana apa yang bakal berlaku, belum lagi berlaku, dan belum lagi dilalui saya, maka saya rasa apa yang harus dilakukan, adalah, apa yang dilakukan oleh Mac User yang lain.

Kesangsian sebegini ini pasti dialami kaum Nuh sewaktu mendengar khabar angin yang hujan akan turun dengan lebatnya. Bagaimana dengan rumah kita. Bagaimana dengan tanaman kita. Dan selanjutnya. Hati mereka pasti ada yang berdebar lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempercayai Nuh dan tuhan Nuh. Apapun, ia mungkin bagaikan menanti kiamat.

Dan hari-hari kiamat bagi Mac OS X Leopard, semakin hampir.

Saya harus berterima kasih kepada Mr. Fajar kerana cetusan ideanya melahirkan post ini. Dikatakan kiamat Mac OS X Leopard adalah pada September 2009. Maka pelbagai persediaan telah dilakukan oleh mereka yang mempercayai berita ini. Anda boleh baca web – web ini untuk mendapatkan info yang tepat tentang bagaimana untuk bersedia menghadapi keadaan ini.

http://theappleblog.com/2009/08/03/upgrade-strategy-get-ready-for-snow-leopard/



http://www.macfixit.com/article.php?story=20090820140255432

http://forums.mactalk.com.au/19/71965-snow-leopard-update-disc.html

http://discussions.apple.com/thread.jspa?threadID=2126879&tstart=105

Semoga, kita tergolong dalam orang-orang yang menaiki kapal kebenaran, sampai ke destinasi yang dibawa oleh rasul kita….. Oh ya, jika masa mengizinkan, saya akan tulis tentang Timemachine.

Timemachine ini bukan kapal masa untuk kita kembali ke zaman Nuh, tetapi untuk kita bersedia backup data-data kita. See ya.

Akhirkata, selamat meninjau Snow Leopard.

Bacaan Lanjut

(1) [11:37]

Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan
panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); dan janganlah engkau
merayu kepadaKu untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya
mereka akan ditenggelamkan (dengan taufan)”.

[11:38]

Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu, dan tiap-tiap kali sepuak dari
kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya, mereka mengejek-ejeknya.
Nabi Nuh pun menjawab: “Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat
bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana
keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu.

Bookmark and Share

Popularity: 3% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment