Master of CSS
Jika anda pernah terdengar tentang Master of Universe, dia adalah He-Man. Beberapa hari lagi saya akan menulis tentang He-Man mengikut perspektif saya.
Kali ini, saya ingin menulis tentang CSS. CSS muncul dalam dunia ini pada sekitar tahun 2004 seingat saya dan saya telah mengenalinya melalui Macromedia Dreamweaver. Waktu itu saya masih lagi bekerja di iDesign, sebuah subsidiary Fujitsu. Orang yang menyuruh saya mempelajari CSS adalah Mr.Anuar yang menamakan folder kerjanya “wek” instead of “work”.
Sekarang Mr.Anuar boss besar di sebuah GLC yang terkenal di sekitar Bangi.
Dahulu saya tidak tahu mengapa CSS diperkenalkan. Secara tekaan, ketika mengajar di UPM (saya pernah menjadi lecturer part-time FSKTM di sana mengajar Introduction to Multimedia), saya telah memberitahu anak anak murid yang naive bahawa CSS bagaikan sihir yang boleh menukar appearance web dalam sekelip mata.
Metaforanya adalah, bayangkan kita produce proton saga, kita tagkan CSS pada stereng, warna kereta, kerusi, warna tayar dan kita hasilkan 10 juta kereta dan semuanya dijual. Tiba-tiba, kita rasakan mahu menukar tayar yang berwarna hitam kepada biru, maka kita tukar CSSnya. Semua 10 juta kereta proton yang telah dijual akan bertukar warna tayarnya tanpa perlu kita edit setiap tayar kereta itu hanya melalui single line coding sahaja!
Maka CSS sebenarnya menyelamatkan masa kita daripada menukar satu persatu setiap tag dalam html!
Saya pernah berpeluang membina website untuk TM. Boss besarnya waktu yang bernama Master of Baharom itu sangat cerewet dan membinasakan semangat orang muda seperti saya (ketika itu). Jika hari ini saya datang dengan web TM yang serba putih (corporate color la katakan) dia akan menyuruh saya menukar kepada oren atas alasan terlalu hospitalism. Minggu depan saya datang dengan oren, dia menyuruh tukar semula warna putih.

Bayangkan satu portal ada berapa page, dan bayangkan seranah dan energy negatif yang terlahir akibat client yang berhobi asyik tukar dan tukar dan tukar?
Saya percaya mamat yang mencipta etika CSS menghadapi masalah yang sama yang dihadapi oleh seluruh designer di dunia ini.
Hari ini, CSS meningkat ke tahap yang lagi agung dimana bukan setakat appearance, malah CSS telah terluas hingga kepada seluruh pembinaan web dari awal hingga ke akhir. Pendek kata, jika MMU melahirkan student yang berangan menjadi designer dan jika mereka tidak faham dan tidak tahu apa itu CSS, maka saya berdoa agar mereka kembali ke pangkal jalan.
Anda boleh melihat sesuatu web dibina dengan CSS atau tidak dengan melalui beberapa tools add on untuk firefox sebagai contoh web developer tools. Berikut adalah printscreen bagi add on tersebut.

Berikut adalah contoh bagaimana web ini dilihat dengan css dan tanpa css.

Tanpa CSS please….

Contoh file CSS yang dilinkkan kepada web ini :

Opss sorry, saya tahu ini mungkin tiada kaitan dengan sesetengah dari anda kerana anda mungkin bukan designer, maka siapa peduli. Namun, jika anda seorang blogger, anda sedikit sebanyak harus mengetahui menatang CSS ini. Ini adalah kerana CSS dan blog adalah seperti carik-carik bulu ayam atau seperti belangkas, atau apa lagi pepatah yang ada untuk menunjukkan sangat rapat antara satu sama lain? Mungkin seperti Jeff dengan Lily?
Jika anda seorang blogger mazhab wordpress (jemaah saya le tu), ada bahagian Appearance > Editor , dimana anda boleh edit CSS anda supaya theme blog anda kelihatan seperti yang anda mahu. Sebagai contoh, saya yang seorang designer pun tidak pernah membuat theme Wordpress lagi namun melalui theme yang didownload, saya mengubah CSS situ dan sini agar kelihatan seperti apa yang saya mahu. Hasilnya, anda sendiri puas hati.

So, apakah yang kita perlu buat setelah memahami betapa pentingnya CSS dalam hidup seorang blogger? Jawapannya, bercintalah dengan CSS (bukan Cik Sayang Salmah ok, tapi Cascading Style Sheets ). Dimana kelas yang terbaik kita harus pelajari?
Di sini : http://www.w3schools.com/css/default.asp


Popularity: 3% [?]


2 Comments