khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
21 August 2009 @ 1am

Tagged
all post, prophet steve job and internet religion

iTablet, Tablet MacBook, iTab, MacTab dan the new Snow Leopard. WoW!

http://judyrose.files.wordpress.com/2006/09/snow-leopard-cub.jpg

Melalui panggilan telefon Ikhwan Fadzli pada satu petang, saudara Steve Job menyampaikan hasratnya, menjemput saya untuk bersama dalam conference Apple pada bulan September ini. Saya, menerima jemputan dengan hati yang terbuka dan gembira. Seperti biasa, Steve akan memperkenalkan produk terbarunya dalam keynote yang boleh di-xs serata dunia, seperti tahun-tahun sebelum ini. Seperti biasa juga, saya akan menghadiri conferencenya secara online.

1. Snow Leopard

Apple manyajikan (mengsaljikan) OS yang di-refine, bukan di-invent semula- Mac OS X Snow Leopard. Sudahpun diannouce di web, kita sudah dapat sedikit bayangan untuk Mac OS yang next generation selepas Leopard yang hebat ini. Kebanyakkannya adalah dari segi improvement kepada OS X yang lama. Senang cerita, lagi laju dari yang lama.

Namun, pasti Steve akan membuat demo yang akan mengagumkan para Mac User yang memang sudah kagum selama ini. Cerita banyak susah kalau anda PC User. Ini kerana Mac User rata-rata pernah menggunakan PC namun PC user belum tentu pernah menggunakan Mac.

Maka percayalah, saya sudah mem-baptiskan 5 orang rakan terdekat termasuk isteri saya dan mereka jauh sekali dari murtad Mac User.


http://www.apple.com/macosx/refinements/

2. iTablet ?

Adakah Steve Job meminta seorang sami mencuba (testing) the new iTabletnya?

Ada seorang senior yang bernama Khairul Mat Tap semasa saya bersekolah di sekolah diraja tentera agama Shahpekan dahulu. Namun, Khairul Mat Tap bukanlah ada kena mengena dengan iTablet, Tablet MacBook, iTab, atau MacTab yang akan dibincangkan kelak. Malah, tablet yang dibincangkan disini bukanlah penjodoh bilangan bagi pil. Sesungguh, ia lebih kompleks dari itu.

Tablet PC (apa tu?) kita mungkin pernah dengar, namun Tablet MacBook, ok. Belum. So diramalkan Steve akan memperkenalkan Tablet MacBook dalam 2 saiz, seakan sepertiĀ  iPod Touch sebesar 6 inch dan satu lagi dengan skrin yang lebih besar. Berikut adalah beberapa pic dari internet tentang Mac Tablet atau Tablet MacBook atau iTablet. Untuk melihat kenyataannya, kita tunggu.

Konsep


iTablet


Mac Tab : http://www.softwareadvice.com/articles/medical/mac-tablet-for-emrs-1042009/





Realiti

Saya pernah ditunjukkan Ak Don Champi, sebuah 3rd party company di Calirfornia yang meng-tablet-MacBook kan MacBook anda. Yang ini anda boleh beli dan boleh pakai. Tarak tipoo punya. Konsepnya anda beri Macbook anda kepada mereka, mereka akan menukarnya menjadi Modbook. Untuk melihat aksi Modbook, saya telah meminta bantuan Mr. Youtube.

http://www.axiotron.com/index.php?id=modbook

Macworld Video: The ModBook in action

Apapun rumours tentang Tablet Mac ini seawal tahun 2007 lagi dan siapa tahu, ia mungkin menjadi kenyataan tahun ini! Moga kita dipanjangkan umur untuk menyaksikan penyaksian ini.

Bookmark and Share

Popularity: 19% [?]


8 Comments

Posted by
rudy
21 August 2009 @ 9am

harganya berapa incik?


Posted by
fajar
21 August 2009 @ 8pm

Salam zizi,

Saya pun dah berpaling kepada Mac. Tak sanggup dgn karenah windows yang asyik slow dan crash. Sejak guna Mac ni, alahai, bestnya! Tak terkata! Kerja pun bersemangat.

Kalau tukar kepada Snow Leopard, agaknya mcm reformat ke? Data2 kena backup dulu tak?

TQ


Posted by
khairulazizi
23 August 2009 @ 4am

Salam Fajar,

Biasanya Mac tidak menyusahkan Mac User dan jika ia menyusahkan, ia pasti PC. :P

iBook saya yang dihilangkan staff saya dulu OSnya Tiger. Bila Leopard keluar, saya hanya install terus tanpa apa2 backup. Ia seperti bersalin kulit dengan beberapa click.

Namun, dinasihatkan agar Mr. Fajar backup sebelum tukar Snow Leopard kelak. Cara backup paling mudah Mr. Fajar boleh pakai Timemachine.

Katakan Macbook kita dicilok sekali pun, kita just beli baru dan cucuk itu external hdisk yang sudah diTimemachinekan, maka, Macbook baru kita seperti Macbook lama yang telah hilang itu.

Ada kes terpencil dimana Tiger tukar kepada Leopard dulu menyebabkan macbook mengalami sedikit keanehan dimana screennya putih setiap masa.

Ini mungkin hasil ketidak-disiplin seorang Mac User yang tidak mengupdate Tiger OSnya sepanjang hayat secara online. Ia terjadi kepada kawan saya.

Oleh itu, saya sarankan, beli external hdisk dan setup timemachine.

Tq


Posted by
fajar
25 August 2009 @ 2am

Salam zizi,
Terima kasih for the info. Kalau mcm tu, terpaksa la beli new hard disk. Sbbnya mmg kena guna external HD yg baru kan?


Posted by
fajar
25 August 2009 @ 2am

oh yaaa. lg satu. kalau dah upgrade ni, application yg kita pernah install compatible tak? cthnya, sy ada install software mcm matlab, words, games heroes, etc. kalau dah upgrade, tak perlu reinstall semula kan?


Posted by
khairulazizi
26 August 2009 @ 10am

Salam Mr.Fajar,

Saya rasa, eh. bukan saya rasa, saya memang tahu, timemachine memang seorang yang kuat cemburunya. saya sudah kena. dia, tidak boleh berkongsi2 dengan orang lain.

anda kena belih hddisk baru, atau kalau nak pakai hddisk lama, memang kena khas kan untuk timemachine seorang sahaja. maksudnya hddisk lama kena format dan guna hanya dgn timemachine.

ttg upgrade itu mr.fajar boleh rujuk posting baru bertajuk kiamat max os x leopard.

terima kasih ya.


[...] Dijangkakan Dato Steve akan memperkenalkan tablet Apple. Namanya ada yang kata iSlate berdasarkan findings tertentu. Ada yang kata iTablet dan ada juga yang kata iPad ( agak lembut gitu ..iPad…. Pad? ). Melalui firasat saya, namanya mungkin iTab. Dibawah ini adalah gambar2 terkini yang saya attachkan dari gizmodo dan techcrunch. Selebihnya, anda boleh lihat disini. [...]


Posted by
khairulazizi.com – iPad in my panties
28 January 2010 @ 12pm

[...] dari seluruh dunia yang menjangkakan bagaimana rupa Apple Tablet ini. Anda boleh rujuk posting saya sebelum ini, namun untuk rujukan pantas, saya kepilkan sekeping design Apple Tablet yang saya rasa lebih berahi [...]


Leave a Comment