khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Firefox vs Safari

4 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2005, saya telah berkenalan dengan Safari, sebaik sahaja saya berkenalan dengan iBook waktu itu (sekarang – MacBook). Lantas, saya jatuh cinta guna pertama. Ini kerana waktu itu, Safari sangat cerdik jika dibandingkan dengan I.E yang selalu sakit-sakit tenat.

Hari ini, cinta saya terhadap Safari sedikit tergugat. Ini kerana setelah saya mengetahui hakikat Firefoxy, ( Baca : Firefox ) didapati atau rupanya, kehangatan Firefox lebih panas dan lebih hot. Ada beberapa features pada Firefox yang menggugat keimanan saya.


(1) – Statistik Pengguna Mac : Antara Firefox dan Safari

Jika saya curang kepada Safari, saya akan menyalahkan (sifat manusia suka menyalahkan orang lain) Mr. Akdon Champi kerana kegeniusannya telah mengubah pendirian saya. Dalam pada itu juga saya harus berterima kasih kepadanya kerana melalui dia juga saya memahami hakikat sebenar se(?) browser internet.

Safari, IE, Firefox atau yang lain-lain seperti Chrome, Opera… semua ini adalah jalan untuk anda melayari perjalanan internet anda. Maka mencintai salah satu daripadanya, adalah komitmen yang harus anda pegang dalam menempuh dugaan internet.

Untuk itu, saya memilih yang paling compatible, banyak fund research diberi kepadanya supaya ia makin power, evolve dan berkembang biak, dan yang paling penting sekali : memahami gaya hidup internet saya.

Jika tidak, saya pasti melayari internet dengan hati yang sesat. Hati yang sesat, tidak akan membawa saya berjumpa dengan Maharaja Internet. Tidak berjumpa dengan Maharaja Internet, apa gunanya saya melayari internet?

Bacaan Lanjut :

http://www.webdevelopersnotes.com/articles/firefox_usage_statistics.php
http://www.webdevelopersnotes.com/articles/safari_web_browser_statistics.php

Bookmark and Share

Popularity: 3% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment