khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
20 August 2009 @ 4am

Tagged
the manifested life

Bekerja 3 hari seminggu

200066993-001, Emmanuel Faure /The Image Bank

Konsep ini pernah diceritakan kepada saya oleh seorang as-sohabatul gua. Pada mulanya saya agak terkejut dan sangat tidak menjangkakan yang kawan saya ini bekerja 3 hari seminggu. Ini kerana berdasarkan nafsu internetnya, tidak mungkin dia membuat bisnes online atau main affiliate atau menjadi blogger sepenuh masa atau apa sahaja yang ada kena mengena dengan internet.

Namun silap saya juga kerana melimitkan skop “bekerja 3 hari seminggu” pada internet sahaja.

Asakan demi asakan, misteri terungkai, akhirnya kawan saya pun memberitahu apa pekerjaan sebenar beliau. Ya, dia bekerja 3 hari seminggu, pada kadar 12 hari sebulan itu – pendapatannya belum stabil lagi kerana masih “baru” dalam alam pekerjaan pilihannya.

Mungkin satu hari setelah kawan saya ini berjaya, saya akan meminta izin daripada beliau untuk menulis disini apakah pekerjaan mulia beliau itu. Sehingga hari ini, biarlah ia menjadi simpanan kami berdua.

Ouh. Tulisan ini agak poyo dan sangat menyakitkan hati? Maaf, saya terpaksa amanah dalam hal ini kerana tidak mahu disumpah menjadi kambing yang berjanggut dan dan bertanduk.

Tetapi saya ada agenda lain dibawah tajuk “bekerja 3 hari seminggu” ini. Pernahkah kita terfikir, mengapa dalam hidup yang sekali ini sahaja, kita tidak memilih untuk bekerja 3 hari seminggu?

Ini bukan bermaksud kita bersenang-senang lagi 4 hari tetapi kita “re-arrange” hari-hari kita dengan bijak. Sebagai contoh :

Hari 1 – Kerja
Hari 2 – Research
Hari 3 – Kerja
Hari 4 – Research
Hari 5 – Kerja
Hari 6 – Cuti
Hari 7 – Cuti

Nah, bukankah kita bekerja 3 hari seminggu? 2 hari lagi kita beri peluang kepada diri kita untuk buat research. Mungkin ada yang berpendapat, “zizi, lu kerja sendiri boleh la lu buat macam ni. gua kerja gomen… WTF nak buat macam ni???”

Ada satu lagu M.Nasir yang sangat memberi inspirasi kepada saya. Lagu dalam album Phoenix Bangkit Dari Abu : Melawan Arus. Pada korusnya, ia berbunyi begini :

“….. Dan kau diberi tawaran, Tak bisa ditolak, Minta bebas bebas, Dari sangkar maya ini….”

Manusia hidup di dunia hanya sekali. Walaupun ajaran Buddha mempunyai perspektif yang berbeza dimana manusia hidup, mati, hidup semula dan mati dan hidup dan seterusnya, sesetengah dari kita membaca hal ini berdasarkan keyakinan masing-masing. Maka, disekolah sudah dikatakan oleh En.Ustadz saya, kita mati dan dibangkitkan diakhirat.

Maka kerana itu, kerana kita mati, kerana En.Ustadz berkata kita hidup hanya sekali :

Saya memilih untuk bekerja 3 hari seminggu. Bagi anda, pilih la apa yang anda rasa sesuai untuk kehidupan yang sekali ini. Kerana, tuhan tidak akan mengabulkan doa (pilihan) kita on the spot hatta doa nabi pun pernah di-kivkan.

Mungkin malam ini saya membuat keputusan untuk memilih bekerja 3 hari seminggu. Mungkin 3 tahun lagi application ini diapprove. Mungkin 3 bulan lagi. Mungkin tak approve pun. Mungkin hayat ini saya memang kena bekerja 5 hari seminggu. Segalanya mungkin.

Namun, sekurang-kurangnya, saya pernah memilih untuk bekerja 3 hari seminggu. Selebihnya, urusan yang Maha Mengatur. Hatta pilihan ini pun awal-awalnya diilhamkan Dia.

Jika kita tidak pernah meminta… bagaimana kita mungkin bisa mendapatkannya?

Untuk itu saya berterima kasih kepada Adam kerana pernah meminta Hawa.

Bacaan Lanjut :

(1) – http://www.ilirik.com/m_nasir_–_melawan_arus.html

Bookmark and Share

Popularity: 2% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment