khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
19 August 2009 @ 2am

Tagged
the manifested life

Kaf nun, fa ya kaf nun

Adobe Flash CS3ScreenSnapz001

Adik ipar saya akan berkahwin pada hari raya ke-5 . Justeru, saya diminta oleh adik ipar saya untuk design kad kahwin mereka. Masalahnya adalah, “apa yang cantik bagi abang zizi & kak chaq, cantik bagi adik”

Kadangkala benar kata kawan saya. Melukis sesuatu untuk orang lain berbeza dengan melukis sesuatu untuk diri sendiri. Melukis untuk orang yang rapat dengan kita, juga berbeza dengan melukis untuk client misalnya. Dalam hal ini, melukis bolehlah dibaca sebagai mencipta kad kahwin mereka.

Ketika ber-artwork untuk sedara mara atau adik beradik, kita telah meng-attachkan sekali family value atau sentimental essence yang kadangkala menjadi limitasi kepada kreativiti kita. Seperti, kita sudah tahu yang adik ipar kita berjiwa muda, maka gold bukan pilihan tetapi sebaliknya silver. 

Namun, kadang kala pula, value-value yang sedia ada ini yang membantu dan memudahkan lagi “penciptaan” sesuatu yang perlu diciptakan itu kerana kita sudah mempunyai pra-anggapan tentang sesuatu itu. Seperti, kita menjual sesuatu yang sudah pasti dibeli oleh client kita.

Seringkali, “duality” sebegini yang mewarnai hidup manusia. Kita terperangkap dalam pilihan yang menjadi khayalan kepada kita untuk terus maju ke hadapan. Kita takut untuk ke kanan malah kita sangsi pula untuk kekiri. Memilih antara dua sememangnya ujian bagi manusia.

Untuk itu, saya dalam setiap keadaan, sedang belajar dengan giat, bagaimana mencipta sesuatu, dengan arahan : jadilah kamu, sebagai mana yang kamu harus jadi. Atau dalam konteks penciptaan kad kahwin ini, “jadilah kamu sebagai mana yang adik ipar aku mahu”

Maka benar firmanNya. Kaf nun, fa ya kaf nun.

z02

z03

z04

Artwork : Wedding Card for Rozaidi & Aznor 
Material : Metal Ice Gold 250 gsm by Curious Collection
Finishing : Hot Stamping ( Front Cover )
Color : 4 color / 4 color
Fold : 3 Fold
Size : 14.8 cm x 15 cm (closed) 
Love Quote : Note on “Antara Kasih dan Sayang”
Typeface : Bodoni SvtyTwo ITC TT-Book (17), Helvetica (9), Monotype Corsiva (25) 
Calligraphy : Rozaidi & Aznor 

Misc : Tq to Haron Rashid (geraktempor79@yahoo.com) for the super-fast printing delivery

Bookmark and Share

Popularity: 9% [?]


4 Comments

Posted by
rudy
20 August 2009 @ 12am

artwork kau tak pernah lari dr konsep yang pernah kau cernakan untuk hari bahagia aku dahulu. Jawi dan kasih!Benar, ia2 telah memugar kembali tanggal 4 jun 2004 ;musim tengkujuh yang manis. aku ingat itu. masih.


Posted by
khairulazizi
20 August 2009 @ 2am

masihkah kau ingat… waktu hujan turun… kita basah bersama… – kopral tasa.


Posted by
fajar
21 August 2009 @ 8pm

cantik sangat!
terima kasih zizi atas kad yang pernah diciptakan dulu.
agak2nya la kan, kalau saya nak print kad tu, boleh ke?
nak buat surprise rasanya. hehehe


Posted by
khairulazizi
22 August 2009 @ 3pm

salam mr.fajar,

sama2. boleh diarrangekan… saya cuba cari original artwork kalau dapat yang high res psd. almaklumlah.. dah berapa tahun simpan… ditambah dgn hardisk kong… allah sahaja yang mengetahui


Leave a Comment