khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
8 August 2009 @ 12pm

Tagged
all post, the one and only the source

Kata ganti diri bagi tuhan

88541538

Tulisan ini terhasil apabila seorang sahabat saya Mr. Rudy meminta pandangan tentang email seorang pembaca yang menegurnya. 

Sekali imbas, sama ada pembaca ini tidak tahu siapa “DIA” yang dimaksudkan Mr. Rudy, atau, pembaca ini mempunyai preference panggilan tuhan yang mahu orang lain ikut sama preferencenya (mungkin kerana tuhan itu satu, maka hanya satu nama untuk tuhan ) atau pun pembaca ini seorang sasterawan negara.

Untuk membaca lebih lanjut tentang posting ini, anda boleh melawat blog Mr. Rudy.

SafariScreenSnapz023

Dia, ia, tuhan itu, tuhan segala makhluk dan lain2

Jika anda suka berkaraoke, ada satu lagu yang kadang-kadang menjadi pilihan. Korus lagu itu berbunyi begini,

“Aku bukanlah sasterawan negara, aku hanya manusia biasa….” (1)

Saya pasti hanya sasterawan negara yang boleh membantu Mr. Rudy menjawab kekeliruan penggunaan “Dia” atau “Ia” bagi kata ganti diri tuhan. Ini adalah kerana umum mengetahui sasterawan negara adalah diantara pakar bahasa yang menjadi sumber rujukan rakyat yang keliru tentang bahasa. Namun begitu, masalah yang timbul adalah apabila jumlah sasterawan negara terlalu kecil seperti hanya lahir setahun sekali atau beberapa tahun sekali. Maka sukar bagi rakyat untuk membuat rujukan.

Ini mungkin akibat kurangnya minat rakyat malaysia menjadi sasterawan negara ataupun rakyat malaysia kurang membaca. (2) 

Jua, oleh kerana masalah ini melibatkan kefahaman tentang tuhan, boleh jadi merujuk kepada sasterawan negara yang sukar dihubungi, boleh menimbulkan sedikit kesangsian. Ini adalah kerana, mentaliti kebanyakan kita memang atau hanya akan merujuk kepada orang yang pakar. Kita bersikap selektif tapi ini bagus kerana kita hanya mahukan yang terbaik daripada yang terbaik ( dengan harga yang murah).

Sasterawan negara memang pakar bahasa namun adakah sasterawan negara pakar ilmu ketuhanan?

Siapa yang arif sebenarnya?

Maka, seterusnya, boleh dikatakan, untuk membantu Mr. Rudy dalam hal ini, kita harus merujuk kepada pakar agama iaitu Agamawan Negara. Ini adalah kerana, seperti yang telah saya katakan tadi, kita hanya mahukan yang terbaik daripada yang terbaik ( dengan harga yang murah )

Namun, adakah kita di Malaysia mempunyai Agamawan Negara? 

Saya sendiri tidak pernah mendengar yang Malaysia mempunyai Agamawan Negara. Malah, terma Agamawan Negara tercipta di minda saya ketika saya sedang menulis ini. 

Dan jika, kita mempunyai Agamawan Negara sekalipun, ia mungkin pakar Agama sahaja namun belum tentu pakar ketuhanan.  Saya berkata begini atas dasar 1Malaysia. Kerana kita masyarakat majmuk, seharusnya Agamawan Negara adalah pakar agama islam, hindu, buddha, kristian dan lain2 agama minoriti yang ada di Malaysia.

Jika wujud sekalipun Agamawan negara yang pakar agama islam, ia harus dinamakan Agama-islam-wan Negara. 

Begitu juga dengan sasterawan negara – ia harus ditukar kepada Sastera-bahasa-melayu-wan Negara. Adalah tidak adil bagi kawan baik saya iaitu En. Suresh Letchumanan yang pakar dalam bahasa tamil dan suka menulis blog, facebook untuk menjadi sasterawan negara. 

Maka, no wonder, kita mempunyai bilangan sasterawan negara yang sikit. Bila sikit orang boleh menjadinya, maka sudah tentu sikitlah jumlah hasilnya.

Anda boleh katakan saya merepek, namun saya penyokong kuat 1Malaysia. 

84555453

Pakar Agama Islam

Sekali lagi saya ulang, oleh kerana kita hanya mahukan yang terbaik daripada yang terbaik ( dengan harga yang murah ), maka, pilihan seterusnya untuk menyelesaikan masalah kita adalah dengan merujuk kepada pakar agama islam.

Jika ditanya kepada saya, siapa pakar agama islam – ini jawapan saya.

Muhammad S.A.W.

Muhammad S.A.W atau the prophet, adalah pakar agama islam. Melalui sejarah, hanya the prophet yang naik kelangit, melakukan isra’ mikraj dan berjumpa dengan tuhan. 

Tidak pernah saya dengar ada orang berjumpa dengan tuhan selain dari Muhammad S.A.W. Jika anda pernah dengar, tolong beritahu saya kerana saya sangat hendak berjumpa dengan orang ini.

Maka, hanya the prophet yang tahu kata ganti nama tuhan yang paling tepat. Sudah pasti, sekembalinya dari “perjumpaan” tuhan semasa peristiwa Isra’ Mikraj, the prophet akan bercerita kepada pengikutnya…. mungkin, (mungkin) begini…

“Malam tadi Ana jumpa tuhan. Dia…. ( atau Ia… atau..? ? )”

Namun, pakar agama islam kita sudah lama wafat dan meninggalkan kita.  Agama islam bukan seperti agama kristian dimana mereka mempunyai ketua agama semasa iaitu Pope. Ketua agama kita sudah lama wafat. Oleh kerana itu, ketua agama kita wujud melalui reputasi dan hidup didalam minda dan hati kita. 

Maka siapa sebenarnya yang harus kita tanya bila timbul persoalan seperti ini?

Anda mungkin menjawab Ustadz, atau Ulama. Oleh kerana ustadz dan ulama tidak melakukan isra’ mikraj, maka saya yang mahukan yang terbaik daripada yang terbaik (dengan harga yang murah) akan menghadapi persoalan ini seumur hidup dan tidak mempunyai jawapan.

Namun, sebagai orang islam, sekurang-kurangnya, saya masih ada Alquran dan hadis. Maka boleh jadi, itulah rujukan terbaik saya.

Ustadz dan Ulama adalah pembimbing. Ia bagaikan seorang guru mengajar anak muridnya. Namun ada juga guru yang korup dalam sesi bimbingan anak muridnya. Ini berlaku di Indonesia dan saya tidak berdusta. Anda boleh rujuk disini untuk mendapatkan kepastian. Jangan salah faham, saya bukan mahu mengatakan ustadz tidak boleh dipercayai tetapi saya mahu mengatakan ustadz juga kadang kala tidak boleh dipercayai.

Untuk mendapatkan jawapan bagi Mr. Rudy anda boleh berjumpa Ustadz dan Ulama yang anda percaya. Namun saya yang bersikap agak awas dan selective dalam hal sebegini, saya memilih al-quran. Sesuai dengan satu hadis :

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq”.

87067194

Al-Quran, Al Furqan

Kebetulan, Al-quran di atas meja saya ini tidak ada bahasa arab. Yang ada hanya bahasa melayu. Itupun Melayu Indonesia. Oleh kerana Malaysia dan Indonesia satu rumpun nusantara, tidak ada salahnya saya merujuk Al-Quran Indonesia. Menurut ustadz saya masa saya kecil dahulu, asalkan islam, confirm masuk syurga walaupun jahat lebih dari syaitan. 

Saya kira walaupun Indonesia berbeza mazhab dari kita, mereka masih masuk syurga kalau mati (menurut kata ustadz saya dulu masa sekolah rendahlah)

Maka setelah merujuk-rujuk, didapati kata ganti nama bagi tuhan adalah (setakat ini) :

Dia :

Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya : “Jadilah.” Maka Jadilah ia. (19 : 35 )
SHAKIR: It beseems not Allah that He should take to Himself a ! son, glory to be Him; when He has decreed a matter He only says to it “Be,” and it is.

Aku :

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.(15:29)
SHAKIR: So when I have made him complete and breathed into him of My spirit, fall down making obeisance to him.

Ku :

…Akan tetapi, telah tetaplah ketetapan dari-Ku ( 32:13 )
SHAKIR: …but the word (which had gone forth) from Me was just

Kami :

Kami hanya mengatakan kepadanya: “Kun (jadilah),” maka jadilah ia. (16:40 )
SHAKIR: Our word for a thing when We intend it, is only that We say to it, Be, and it is.

Ia :

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (67:1)
SHAKIR: Blessed is He in Whose hand is the kingdom, and He has power over all things,

Nya :

(Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan. (23:92)
SHAKIR: The Knower of the unseen and the seen, so may He be exalted above what they associate (with Him)

Berdasarkan pencarian saya yang pendek ini, telah menyenaraikan bahawa kata ganti diri bagi tuhan adalah DIA, AKU, KU, KAMI, IA, NYA, yang digunakan di dalam Al Quran, yang dirujuk dari 3 sumber :

- http://www.alquran-melayu.com/
- http://www.alquran-english.com/
- Terjemah Al Quran Indonesia

Jika ada kesempatan lagi, saya akan cuba mencari lagi kalau-kalau ada yang lain. 

 

Pesoalan yang lebih besar adalah bukan DIA atau IA, tetapi KAMI

Saya pernah ditanya oleh seorang kawan. Mengapa didalam Al Quran, tuhan menggunakan kata ganti diri KAMI. Perbincangan kami agak panjang hari itu dan memakan masa hampir satu malam. Namun saya masih belum layak menjawabnya lagi. Jika persoalan ini bermain di minda anda, anda bolehlah bertanya kepada ustadz idola anda.

88559169

Saya pasti ustadz idola kita di Malaysia bijak menjawab dan mudah-mudahan jawapan yang diberikan menenangkan kita. 

Bacaan Lanjut

(1) Warkah Buat Kekasih 

Mencorak bintang menjadi kerongsang ku tak berdaya
Kerna nyata ku tak sehebat dia bermain kata
Memintal buih menjadi ranjang ku tak berdaya
Kerna aku tahu imaginasiku ada batasnya
Kekasih jangan pula engkau
Menolak warkah cintaku yang tak bermaya

Kekasih harap kau terima 
Bahasaku yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih

Kekasih jangan pula engkau
Menolak warkah cintaku yang tak bermaya

Kekasih harap kau terima 
Bahasaku yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana

Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih

(2) http://thebookaholic.blogspot.com/2006/08/reading-habits-of-malaysians-some.html

Bookmark and Share

Popularity: 7% [?]


1 Comment

Posted by
rudy
14 August 2009 @ 12pm

terima kasih adinda jiji.


Leave a Comment