12:34:56 pm on 7.8.9
Sesuatu berlaku pada akaun maybank2u saya hari ini dimana, dalam keadaan mamai-mamai ayam, saya tersilap masukkan login dan password hingga membuatkan akaun saya kena blok! Ketika hendak menelefon 1300886688 maybank service itu, handphone saya mati dan tertulis sim card error.
Saya membayangkan sesuatu yang busuk akan berlaku. Namun, oleh kerana hari ini (menurut En. Fazrai Fahmi) adalah hari nombor berturutan sekali seumur hidup, saya rasa sesuatu yang baik akan berlaku kepada semua manusia yang mempercayai kebaikan.
Mmmm, ahh… anyway, mana ada yang buruk dalam dunia ini. Tak percaya?
Tuhan tidak akan menzalimi kita kecuali kita sendiri yang menzalimi diri kita.
Oh tidak. Kita pun tidak menzalimi diri kita sebenarnya kerana semuanya tuhan telah takdirkan.
Kalau tuhan telah takdirkan, maka takkan takdir tuhan zalim?
Benar, selepas simcard saya error, tiba-tiba saya diserang sakit perut dan terpaksa ke bank (dalam rumah saya) dengan pantas bagaikan gaban menukar baju 0.05 saat.
Benar, sesuatu yang busuk berlaku sejurus itu…..
Popularity: 2% [?]


2 Comments