khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
6 August 2009 @ 10pm

Tagged
all post, wahyu of the day

Siapa memulakan idea blog?

SafariScreenSnapz007

Agaknya ada berapa juta blog dalam dunia, siapa yang pernah kira? (1) Dan kalau ada pun yang kira, apakah manfaat yang kita dapat dari culture ini?

Jika saya mempunyai mesin kira-kira yang digunakan oleh sesetengah dari kita untuk mengira zikir dan pahala, (biasa dilihat pada tangan jemaah di masjid) saya pasti meminjam dan  menggunakannya untuk mengira jumlah blog yang ada didunia. Namun, masa mencemburui saya.

“ Today a new blog is created every second of every day, according to Technorati, a search engine for blogs, and the “blogosphere” is doubling in size every five months (see chart 1). “ (2)

CSU463

Asal – asal

Bukan bilangan, tetapi bila idea blog mula-mula wujud di dunia? Saya bertemu dengan Mr. Wiki dan kami mengadakan sedikit muzakarah. Didapati idea terawal tentang blog wujud seawal tahun 1990 secara serius dimana ada kumpulan kecil atau orang perseorangan telah memulakan online thread. (3). Ini semua berlaku pada zaman pra-Http. Walaubagaimanapun, secara kesimpulannya, blog hari ini terlahir dari idea online diaries. Anda boleh membacanya dengan penuh minat di sini. (4)

Sebagai seorang hardcore blogger, anda harus pernah melihat wajah blogger terawal di dunia. Orang ini ( yang dapat dikesan ) adalah Justin Hall (5) , seorang pelajar. Gambar dibawah adalah gambar pada tahun 2008.

180px-JustinHallJoiIto

Bagaimana pula dengan orang yang mencipta terma “blog”? Jorn Barger (6), memulakan zaman pencerahan blog dengan mencipta terma “weblog” dan kemudian telah memberi inspirasi kepada Peter Merholz, mencipta terma “blog” apabila menulis “weblog” sebagai “we blog”. Melihat wajah Jorn Barger, saya merasakan manusia genius ini mungkin mewarisi kebijaksanaan Leonardo Da Vinci.

225px-Jornbarger

Saya berterima kasih kepada Mr. Wiki kerana sekurang-kurangnya sebagai blogger part-time, saya dapat menatap wajah orang terawal menulis blog dan wajah orang yang mencipta term terawal kepada blog. Namun bukan itu tujuan utama saya meluangkan masa untuk menulis artikel ini.

Idea Asal blog

Ada beberapa tv series yang mengingatkan saya zaman kecil yang indah dulu. Selain dari Macguyver, Night rider, Wonder years dan Fall Guys, ada satu cerita tentang Doktor termuda di dunia. Beliau adalah Doogie Howser M.D.

Satu petang ketika saya sedang berehat-rehat dengan isteri saya, saya ditanya tentang siapakah orang yang mencetuskan idea blog? Mungkin pertanyaan isteri saya ini akibat kembalinya aktif saya untuk menulis. Maka terpacar wajah Md. Doogie ini didalam kalbu saya.

Ya, pada saya, Md. Doogie yang memberi cetusan asal kepada dunia tentang idea menulis blog. Jika anda masih ingat lagi, siri Md. Doogie akan diendingkan dengan scene Md. Doogie menulis pengajaran atau cetusan ideanya pada screen biru. Terima kasih kepada youtube, dengan jasa mereka, tidak perlulah anda membayangkan lagi bagaimana scene akhir yang mencetus revolusi blogging yang sudah pun menjadi sebahagian daripada culture hidup kita hari ini.

Sesetengah dari kita memang ditakdirkan untuk menulis. Malah, mengikut storyline asalnya, Md. Doogie kecewa dengan kerjaya pendoktorannya dan telah menjadi penulis. Namun, kerana siri Doogie Howser M.D mempunyai rating yang rendah, kita tidak dapat melihat bagaimana doktor muda ini berubah dari seorang doktor kepada seorang penulis. Dan yang paling penting, kita tak dapat melihat, kenapa dia berubah kerjaya atau yang lebih tepat lagi, berubah passionnya.

Cameo Md. Doogie, pelakon Neil Patrick dalam How I met your mother, agak kelakar juga.


 

Bacaan Lanjut

(1) Pada tahun 2005, dianggarkan ada 70 m blog yang aktif. http://www.blogherald.com/2005/07/19/blog-count-for-july-70-million-blogs/ 
(2) http://www.economist.com/surveys/displaystory.cfm?story_id=6794172 (2)
(3) http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_blogging_timeline 
(4) http://en.wikipedia.org/wiki/Online_diary
(5) http://en.wikipedia.org/wiki/Justin_Hall
(6) http://en.wikipedia.org/wiki/Jorn_Barger
(7) http://en.wikipedia.org/wiki/Doogie_Howser,_M.D.

Bookmark and Share

Popularity: 3% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment