You are a Brand
Isteri saya merupakan budak MI dulu. Maksudnya “Media Innovation”. Jika di MMU, ini adalah fakulti advertising. Maka, isteri saya banyak berkongsi tentang advertising dengan saya malah saya mendalami cabang ini melalui firasat dia.
Kadangkala, ada iklan di tv yang saya kurang tangkap maksudnya dijelaskannya kepada saya. Maka hujung minggu ini boleh dikatakan minggu penuh kesedaran advertising. Ada beberapa benda yang kami temui dan kami buat.
Pertama, saya telah melanggan sebuah majalah baru yang sangat bagus saya kira bagi mereka yang berminat dalam hal – hal advertising and marketing. Majalah yang bernama “Marketing” ini boleh didapati di kedai – kedai buku yang berhampiran dengan anda. Ada banyak statistik dan fakta yang kita harus baca sekiranya ingin menjadi peniaga jaya. Sebagai contoh, keluaran kali ini menceritakan teknik advertising yang paling kuno tapi paling power sejak beberapa tahun ini iaitu WOM – Word of Mouth.Anda boleh buat research di sini dulu sebelum mengambil keputusan untuk membeli majalah yang berharga rm 12 ini.

CEO majalah ini seorang yang merayakan hari Vaisaki – hari raya kaum singh. Dia, En. Harmandar Singh juga mempunyai kolum dalam The Star yang dinamakan “Sledgehammer Advertisingh”. Untuk maklumat lanjut tentang majalah ini sila google : http://www.marketingmagazine.com.my/
Kedua, usaha Maxis mempromosi iPhone, adalah sangat ganas. Maxis membeli muka surat depan utusan malaysia hari Jumaat 31 Julai baru ini dan telah meng-iPhonekan muka depan itu. Saya sedar ini pada malam harinya melalui utusan.com.my dan bergegas mendapatkan suratkhabar pada esok harinya. Jelas, offline atau online kedua – duanya telah di-iPhonekan.

Saya kira kedua-dua mereka mendapat manfaat. Maxis jual iPhone manakala utusan jual idea yang utusan boleh dibaca online, selain daripada menjual iklan secara online oleh utusan (faham tak?). Jarang saya dikejutan dengan iklan sebegini rupa di Malaysia, dan saya juga boleh agak kenapa iPhone saiznya kecil dan tidak sebesar suratkhabar.

Dan yang terkakhir sekali, seperti yang sedia maklum : isteri saya sedang bercuti di rumah selama beberapa bulan. Selain dari memasak untuk saya dan melakukan rundingan suami isteri, kami telah mewujudkan satu blog design bertemakan design & advertising. Jika ada yang menarik, kami akan paparkan disana.
Harapnya, ia menjadi sumber inspirasi untuk sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu design & advertising. Bak kata tagline majalah Marketing, “You are a brand”
Bila anda menjadi brand, bukan bermakna anda menjual diri anda. Apa yang anda jual – orang akan beli.
Popularity: 2% [?]


1 Comment