Dashalytics
Saya memperkenalkan kategori baru (sebenarnya saya mahu beralih pada tag tapi tak jumpa widget lagi untuk theme ini). Kategori itu adalah “prophet steve job and internet religion”.
Jangan salah faham yang Steve Job adalah rasul ke 26 dan internet adalah agama selepas islam. Jika anda terpedaya dengan muslihat ini maka saya anggap anda seorang yang serious. Jika anda seorang yang serious, saya pohon maaf dan saya cadangkan anda berjumpa dengan sebuah band indonesia : serius band. Ini lagu yang membuat saya jatuh cinta dengan mereka (walaupun saya hanya tahu satu lagu ini )
Ok, untuk posting pertama kategori ini, saya baru sahaja download satu widget baru yang dinamakan Dashaltytics.

Dashalytics adalah widget yang menyenangkan hidup anda untuk melihat summary analytic web anda tanpa anda berkunjung dan login ke google analytic. Saya baru pakai 1 hari maka saya tidak tahu sejauh mana keberkesanannya.
Untuk download dashalytics, sila ke web tuannya.
Popularity: 1% [?]


No Comments Yet