khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
25 July 2009 @ 1pm

Tagged
all post, the manifested life

Berkabung untuk Yasmin

SafariScreenSnapz001

Melalui rangkaian maklumat terkini Facebook, melalui custom msg Cecima, saya melihat perginya seorang yang sangat berbakat dan sangat bersih hatinya kembali ke rahmat tuhan.

Untuk kepastian kerana Yasmin pernah dimatikan sebelum ini melalui satu blog hiburan, saya menjengah ke Utusan Online untuk kepastian.

Dia, Yasmin Ahmad, dikagumi saya kerana “radikal” dalam memperjuangkan kebenaran, walaupun zahirnya seperti batil.

Saya teringat masa menonton filem “gubra” bersama isteri di one utama beberapa tahun dahulu. Selepas kami selesai menikmati dan masih dalam keadaan berfikir – fikir, rupanya Yasmin duduk di depan kami bersama Cikgu AF yang bernama Fatimah Abu Bakar dan deretan anak perempuannya yang bermuka sama itu.

Hala keluar, kami sejalan dan saya hari ini menyesal tidak bersalaman dan mengucap tahniah kepada Yasmin.  Paling tidak kalau saya bergambar bersama waktu itu tentu gambar diatas adalah gambar kami sedang senyum.

Semoga ruhnya kembali lagi ke syurga.

Blogged with the Flock Browser
Bookmark and Share

Popularity: 1% [?]


2 Comments

Posted by
cecima
28 July 2009 @ 2pm

erk, i was shivering out of a sudden when u said ur in a same cinema with Yasmin Ahmad.

at least ur lucky enough to be able meeting her personally..

she’s a beautiful person, in and out..indeed
really gonna miss her =(


Posted by
azreen
29 July 2009 @ 11pm

I admire her works, her bravery, her thoughts. I used to follow her blog. Knowing she’s not here in this world anymore is heart-breaking. :(

It’s hard to find such individual nowadays, and it’s a lost to our country. Rest in peace. Al-Fatihah.


Leave a Comment