rm25.9b, ananda krishnan dan anda
1. Saudara Ananda Krishnan
Saudara Ananda Krishnan (1) sungguh bertuah. Dan jika dia seorang india yang beriman, pasti dia banyak bersyukur dan berterima kasih kepada tuhannya Lord Krishna kerana memberi kekayaan melimpah ruah. Dan jika melihat kekayaannya ini, boleh jadi dia memang seorang india yang beriman. Keimanannya ini membawa kepada kejayaan hidupnya. Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai kepercayaan. Untuk mempunyai satu “kepercayaan”, seseorang itu diuji tuhannya dengan imannya.
Tok imam, Tok Kadi dan tok-tok yang lain, yang menggunakan talian Maxis harus berterima kasih kepada saudara Ananda kerana tanpa Saudara Ananda, Tok Imam mungkin tak boleh call bini nombor dua tok imam yang muda bergetah duduk di Danok. Malah, khutbah jumaat yang ada di masjid tidak dapat dilihat secara live streaming bagi kawan saya yang menggunakan modem usb maxis yang berada di kapal laut, itupun kalau berada dalam kawasan liputan 3G.
Tidak cukup dengan itu, adik ipar saya yang ber-mother-tongue-nya english juga pasti terkulat-kulat belajar matematik secara PPSMI jika tidak pernah didedahkan dengan cartoon network dan disney channel sejak lahir.
Dalam ertikata lain, dengan kekakayaan rm25.9b dan apa yang saudara Ananda sudah buat di Malaysia, kira – oklah tu, dengan apa yang rakyat Malaysia dapat. Terbaru kita boleh bergelak ketawa jika kita melanggan Mustika, boleh hilang duka nestapa seharian di tempat kerja then apalah sangat tambah beberapa rm supaya saudara Ananda lebih kaya?
Saya bukan ingin mengangkat saudara Ananda menjadi Imam kita semua, malah jika saudara Ananda membuka parti politik, belum tentu saya mengundinya. Saya cuma ingin membuat sedikit kiraan matematik buat pedoman kita se-1 malaysia semua, supaya kita hari ini mempunyai sedikit kesedaran untuk bekerja kuat agar kita boleh menambah baik pulih status kehidupan kita berbanding apa yang kita ada sekarang.
2. Matematik dan saudara Ananda
Dilaporkan kekayaan saudara Ananda adalah rm 25.9 b pada umur 71 oleh utusan malaysia 5 julai 2009.
a. Jika dibahagikan ikut umur, purata kekayaan Saudara Ananda adalah rm0.3647 b atau rm364.7j = rm 365j ( 1 b = 1000 j )
b. Jika satu tahun = rm365j, maka satu hari = rm1j sebab setahun ada 365.
Maka, boleh disimpulkan sekarang, selama hidup 71 tahun ini, nilai harian saudara Ananda adalah rm1j sehari. Kalau nak cakap Saudara Ananda simpan duit satu hari satu juta, agak kelakar juga kerana takkannnnnnnnnlah setahun lepas lahir Ananda sudah ada rm 1j. Maka mungkin ada hari-hari tertentu saudara Ananda mendapat lebih dari rm1 juta.
Berbalik pada kita.
3. Moral of the day
Kalau kita simpan rm 1 sehari, dan katakanlah kita simpan rm 1 sehari sejak kita lahir. Maka, pada umur kita 71 tahun, nilai kekayaan kita adalah rm 25.9 K, atau lebih kurang rm 26 ribu. Dengan rm 26 ribu, agak2 kaya kah kita?
Kalau kita simpan rm 10 sehari, nilainya akan menjadi rm 259 K. ( ini kira tade interest tade apa la ). Kalau ini ok, bolehla dikatakan kaya sikit.
Persoalannya sekarang, adakah kita mampu menyimpan rm10 sehari ataupun pada umur 71 tahun kelak, apakah nilai rm 259 k benar2 bernilai bagi seorang lelaki yang berlutut longgar?
Lebih baik kita simpan rm 20 sehari supaya pada umur kita 35 tahun kita sudah ada rm 259 k. Saya rasa ini lebih bernilai.
Namun, adakah kita mampu menyimpan rm 20 sehari didalam krisis ekonomi dan krisis spiritual kita ini?
4. Bersara Selesa
Mengikut satu kajian yang dijalankan oleh Mastercard, “Kira-kira 41 peratus daripada rakyat Malaysia percaya mereka boleh bersara dengan selesa dengan mempunyai RM380,000 hingga RM1.14 juta, kata kajian itu.” (2)
Katakan benar wahai orang-orang yang beriman, jika untuk bersara, kamu memerlukan rm1.14 juta.
a. Berapa saya perlu simpan sehari jika pada umur 71 tahun, saya mahu ada rm 1.14 j?
rm 1.14j / 71 / 365 = rm 43 sehari.
Maka, kalau nak ada rm 1.14 j pada umur 35 tahun, ( kena la simpan rm 86 sehari )
b. Bolehkah saya simpan rm 43 sehari supaya umur 71 tahun, saya ada rm 1.14 j?
Soalan ini boleh dijawab dengan soalan. Adakah anda ingin bersara pada umur 71 tahun bersama rm 1.14 j sedangkan purata rakyat malaysia bersara pada umur 55 tahun?
c. Saya tidak mahulah kaya raya sangat macam Ananda, tapi cukuplah untuk bersara selesa. Bagaimana caranya untuk bersara pada umur 35 tahun dengan duit rm 1.14 j, selain dari menyimpan rm 86 sehari sejak lahir?
5. Prophet juga berniaga pada awal hidupnya
Ada banyak cara untuk kaya, namun ada banyak sebab juga untuk kaya. Seseorang itu telah terwahyu dihatinya sama ada dia harus kaya atau harus papa kedana. Dalam ertikata lain, anda harus tahu kenapa anda harus kaya sebelum anda kaya kerana boleh jadi anda tidak kaya-kaya kerana anda tidak tahu kenapa anda perlu kaya.
Muhammad s.a.w, seorang nabi dalam agama islam telah memberi mesej, untuk berdakwah, manusia harus menjadi kaya dulu. Realitinya, siapa yang mahu percaya orang miskin mempunyai hubungan akrab dengan tuhan pada awal pengenalan agama islam dulu? Boleh jadi Arab jahil diwaktu itu mungkin pernah “sound” Muhammad, “lu sendiri miskin, lu minta dulu la lu punya tuhan Alla kasi lu kaya dulu, baru jumpa gua”
Semoga dengan sedikit tulisan ini dapat memberi kita semua se-1 malaysia sedikit visi dan misi baru agar kita boleh hidup selesa lebih dari apa yang kita ada hari ini. Kata pepatah, rumahku, syurgaku… jika rumahku reban… maka syurgaku boleh jadi reban jua.
Jika anda seorang yang redha hidup didalam reban, maka artikel ini sangat tidak bermanfaat dan tidak berguna untuk anda.
Sekian.
Bacaan Lanjut
1. http://en.wikipedia.org/wiki/Ananda_Krishnan
2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0409&pub=utusan_malaysia&sec=Ekonomi&pg=bs_05.htm&arc=hive

Popularity: 5% [?]


No Comments Yet