Pengurusan Kewangan pt 1
Saya pernah terjebak dengan kira-kira tarikh lahir dan juga kira-kira kehidupan. Namun, akhir-akhir ini, kira-kira kewangan adalah diantara subjek yang giat saya belajar dan aneh tapi benar, kesimpulan yang boleh saya buat adalah kira-kira di sekolah dahulu belum dan sangat tidak mencukupi untuk membuatkan kita bersara dengan tenang dan selesa di hari tua kelak.
Sama ada subjek kira-kira di sekolah direka supaya kita menjadi hamba hutang, atau subjek kira-kira disekolah perlu diperbaik pulih dengan menjadikan pengurusan kewangan, satu subjek wajib “faham” buat semua pelajar.
Jika saya berpeluang berjumpa dengan Menteri Pelajaran, saya akan cadangkan begini:
Cipta satu subjek pengurusan kewangan dimana setiap pelajar wajib mempunyai satu buku kewangan sejak masuk darjah 1 hingga darjah 6, dan ketingkatan 1 hingga habis tingkatan 5. Subjek yang sama diteruskan dengan tahap yang lebih tinggi di universiti selama 3 atau 4 tahun bergantung kepada diploma atau degree.
Sekurang-kurangnya, selepas 15 tahun menggunakan buku pengurusan kewangan, seseorang itu boleh menjadi pegurus kewangan untuk dirinya, malah keluarganya kelak dengan sangat baik.
15 tahun menggunakan buku, belajar memperbaiki dari masa kemasa, jika tidak mahir mengurus kewangan juga maka pelajar demikian boleh dianugerahkan tahap IQ kucing.
Saya, di ambang 30 tahun kehidupan, baru menjumpai, secara tidak sengaja beberapa teknik pengurusan kewangan yang selama ini menjadi rahsia orang-orang tertentu ataupun hijab kepada diri saya sendiri.
Kalau saya mengerti dan sedar betapa pentingnya pengurusan kewangan, sudah pasti hari ini saya tidak demam kepialu setiap hujung bulan. Dan orang melayu biasa dengan keadaan ini : Kalau….
Bagaimana tahap kewangan anda? Ada baik atau tidak baik?
* Awal tahun lepas saya ada berjumpa dengan salah seorang client (takjadi) secretlab. Mereka mahu melancarkan buku panduan pengurusan. Mereka ini adalah AKPK – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. Di Popular Book Store, ada dijual buku panduan ini dengan harga apalah sangat RM10 dengan nilai pengetahuan yang anda dapat. Mereka menolak proposal montage pelancaran secretlab namun saya menerima buku itu dengan hati yang terbuka. Kalau saya jadi anda, saya akan ponteng kerja dan bergegas ke Popular Book Store sebaik sahaja membaca posting ini.
http://akpk.org.my/Home/FinancialCalculators/NetWorthStatement/tabid/69/Default.aspx
Popularity: 7% [?]



4 Comments