khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
4 December 2008 @ 2pm

Tagged
all post, the manifested life

3 bab tentang cinta dan kesimpulannya

 



Kemanisan cinta Adam

CINTA BAB 1 

1. Cinta adalah subjek yang paling tinggi dalam kehidupan.

2. Pelbagai pembuktian berlaku untuk itu.

3. Misal, majoriti lagu yang dicipta adalah bertemakan cinta. Variasi level cinta bermula dari kasih anak-anak dan keibu bapaan, kekasih, isteri, negara dan seterusnya tuhan. 

4. Misal lagi, matlamat kehidupan juga adalah bertemakan cinta. Variasi level cinta bermula dari kasih anak-anak dan keibu bapaan, kekasih, isteri, negara dan seterusnya tuhan.

5. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan, manusia tidak boleh hidup tanpa cinta.

Atau, dalam erti kata lain, manusia mati tanpa cinta.

6. Manusia mati, kerana tanpa cinta, manusia tiada matlamat kehidupan.

7. Kehidupan “hidup” kerana cinta.

 

Ibrahim tak makan api, bertemu kekasih (kekasih) di malam kudus

CINTA BAB 2 

1. Masalah dengan cinta kerana cinta menimbulkan masalah.

2. Hakikatnya, masalah itu adalah ujian.

3. Hakikat ujian, adalah untuk meningkatkan martabat seseorang.

4. Sebagai contoh, di sekolah rendah dan menengah, malah di universiti, kita terpaksa melalui episod ujian seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya untuk meningkatkan lagi ilmu kita.

5. Peningkatan ilmu adalah peningkatan kematangan. Peningkatan kematangan adalah untuk memahami kehidupan.

6. Memahami kehidupan bermaksud memahami cinta.

7. Memahami cinta, membuatkan manusia semakin “hidup” kerana kehidupan “hidup” kerana cinta.

 

Tak sia-sia azam Zulaikha, Bisa jadi cermin mengintai jiwa

CINTA BAB 3 

1. Oleh kerana cinta adalah subjek yang paling tinggi dalam kehidupan, cinta adalah sesuatu yang merumitkan dan kerumitan itu yang kadang kala menimbulkan masalah.

2. Kerumitan berlaku akibat kecuaian manusia memahami cinta itu. Tidak memahami cinta menyebabkan banyak masalah.

3. Lantas ada manusia menolak cinta kerana dia tidak mahu masalah. Malang lagi dia tidak faham mengapa manusia harus ada masalah.

4. Namun, ada orang mengharungi juga cinta kerana hidup itu pun sudah satu permasalahan.

5. Hakikatnya masalah dan cinta tidak dapat dipisahkan.

6. Sekiranya ada manusia di dunia yang boleh memisahkan dua perkara ini, dia telah membunuh dirinya. Ini kerana hanya orang yang mati tidak mempunyai masalah. Juga, orang yang mati tidak mempunyai cinta.

7. Membunuh diri atau membunuh cinta, membuatkan manusia “mati” kerana kehidupan “mati” tanpa cinta.

 

KESIMPULAN 3 BAB CINTA 

1. Kesimpulan 3 Bab Cinta adalah bukan satu kesimpulan tentang cinta, masalah, kehidupan, dan kematian.

2. Kesimpulan 3 Bab Cinta adalah pengenalan kepada konsep cinta.

3. Oleh kerana cinta adalah satu subjek yang paling tinggi dalam kehidupan, dan kerumitannya boleh menimbulkan masalah, ada kemungkinan cinta boleh menyebabkan kehidupan atau kematian.

4. Ini bergantung kepada orang yang terkena cinta itu.

5. Sekiranya cinta yang paling agung dalam hidupnya adalah bermatlamat  ketuhanan, dia mungkin selamat dan sampai menemui kekasihNya.

6. Sekiranya cinta yang paling agung dalam hidupnya adalah bermatlamat manusiawi, dia mungkin “berpeluang” untuk selamat dan berpeluang sampai menemui kekasihNya. 

7. Ini adalah kerana tuhan itu adil. Semua orang diberi peluang untuk mencintaiNya, dan untuk mencintaiNya, manusia harus mencintai sesama manusia dahulu kerana hanya melalui ini, manusia akan menemui cinta dengan penciptanya. Melalui ujian cinta, martabat manusia akan meningkat.

Itulah yang terjadi kepada Adam, Ibrahim, Yusuf dan Muhammad.

“The celebration of cleansing”

Bookmark and Share

Popularity: 4% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment