Manusia boleh menipu orang lain tetapi mereka tidak boleh menipu diri sendiri. Itu adalah hakikat kejadian manusia
1. Manusia boleh menipu orang lain tetapi mereka tidak boleh menipu diri sendiri. Itu adalah hakikat kejadian manusia.
2. Hatinya jujur pada dirinya sendiri walaupun tidak jujur pada orang lain.
3. Namun ini bukan bermaksud orang itu bersifat negatif kerana kadang kala manusia menghadapi dilema yang tidak dilalui manusia lain.
4. Oleh itu, masakan sesetengah manusia boleh menuduh sesetengah yang lain itu tidak jujur sedangkan mereka tidak mengalami dilema yang sama.
5. Kejujuran bagi seseorang manusia adalah apabila dia berlaku tidak zalim terhadap dirinya.
6. Namun sekiranya dia berlaku zalim terhadap orang lain adakah dia tidak jujur? Tidak semestinya kerana kejujurannya menzalimi orang lain dilakukan terang-terangan. Bermaksud, dia tidak berpura-pura.
7. Walaupun dia zalim, namun sekurang-kurangnya dia seorang yang jujur.
8. Menjadi manusia, adakah kejujuran yang dituntut melebihi kezaliman atau kadangkala boleh berlaku zalim demi kejujuran?
9. Namun yang paling ditakuti adalah tidak jujur dan zalim, berlaku pada dua masa yang serentak bagi seorang manusia.
10. Ia adalah apabila manusia itu tertipu dengan dirinya sendiri, tanpa dia sedari, lantas dia telah menzalimi dirinya sendiri.
11. Zalim adalah meletakkan sesuatu tidak pada haknya.
12. Hak yang sebenar adalah, manusia boleh ditipu orang lain namun jangan tertipu dengan diri sendiri.
13. Itu adalah hakikat kejadian manusia.
Popularity: 3% [?]



No Comments Yet