Lihat dunia dari mata burung, Atau dari dalam tempurung, Yang mana satu engkau pilih
Tengah hari ini, saya terngiangkan lagu M.Nasir, penanyi pojaan saya sepanjang zaman dan kehidupan yang lain. Kata M.Nasir kepada saya, (yang saya mengerti dan telah diskopkan pada tema “masalah hidup” ) :
Sila hayati ya.
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Maksudnya :
Ada banyak jalan kepada penyelesaian dalam masalah kita. Hanya satu dari yang banyak itu yang benar, iaitu penyelesaian yang kita minta tuhan tunjukkan. Namun adakah didalam dunia ini yang penyelesaiannya datang dari orang lain kerana bukankah semua penyelesaian itu datang dari tuhan?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Maksudnya :
Ada banyak manusia cuba untuk memahami masalah hidupnya, kenapa? kenapa begini? kenapa tidak begitu? namun hanya orang yang terpilih akan mendapat jawapan. Orang yang tidak mendapat jawapan adalah orang yang tidak mahu meminta pada tuhannya apakah penyelesaian yang sepatutnya. Ini mungkin orang sebegini tidak mempunyai tuhan, atau tidak percaya kepada tuhan, atau yang lebih malang, tidak mengenali tuhannya siapa. Dalam kata lain, orang yang terpilih adalah orang yang mengenali siapa tuhannya.
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Maksudnya :
Kepada orang – orang yang bermasalah, “bro… lek lu…. rilek2… take a deep breath and chill…. bertenang… jangan gelojoh…”
Orang yang bermasalah berada di dalam ketidakstabilan hati dan ketidak tenang jiwanya. Maka mereka cepat naik angin / cepat bersedih / cepat melatah. So… rilek.
Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Maksudnya:
Dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah, harus dilihat dari pelbagai aspek dan ruang yang jelas dan luas. Menyempitkan fikiran sangat merugikan. Melimitkan option juga merugikan. Jua, dapatkan bantuan orang lain yang dipercayai (tidak semestinya keluarga atau kawan) kerana mungkin orang lain itu burung yang boleh melihat dari sudut perburungan walaupun zahirnya tidak berkepak. :p
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Maksudnya :
Undang-undang atau hukum dunia diperlukan manusia supaya ada garis panduan dalam menyelesaikan masalah. Maksudnya, masalah harus diselesaikan mengikut peraturan semasa dan kaedah-kaedah yang dibenarkan. Namun, ada undang-undang atau hukum dunia yang tidak menyupport kepada penyelesaian masalah hingga menyebabkan huru hara yang lebih diasaster. Ini kemungkinan masalah yang dihadapi mempunyai tahap detailing yang sangat rumit dan sangat sukar.
So, apakah pegangan seseorang manusia itu?
Mengikut arus, atau melawan arus? By the book or by your experience?
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Maksudnya :
Sekali lagi, bawak bertenang dan sabar menghadapi dugaan. Jangan kecoh.
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai
Maksudnya :
Sekiranya anda gelojoh dan rakus, anda lupa untuk meminta petunjuk dari tempat yang sepatutnya. Kegelojohan anda dan kerakusan itu “melalaikan” anda dari ingatan yang hak.
“Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari”
Maksudnya:
Petunjuk itu memang ada bagi setiap permasalahan. Hanya manusia tidak mahu mencari jawapan dan tidak mahu bertanya kepada tuhannya apakah penyelesaian yang paling baik bagi dirinya. Tuhan tidak akan datang ke rumah lantas memberi jawapan bagaimana harus menyelesaikan masalah manusia.
Tuhan akan memberi petunjuk melalui makhluk2 – makhluknya juga. Mereka ini dinamakan utusan. Jangan salah faham kerana utusan ini bukan nabi atau rasul.

Utusan ini bukan problem solver. Dia hanya membantu menunjuk jalan.
Tammat
Popularity: 9% [?]



2 Comments