khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
17 November 2008 @ 11am

Tagged
all post, the one and only the source

Segala Manusia adalah Raja

 

 

“Le Vieux Roi ” (1)

Adakah anda tahu yang anda adalah raja kepada diri anda sendiri? Ini bermaksud, sebagai seorang raja kepada diri sendiri, anda bebas melakukan apa saja mengikut kehendak anda sebagai raja. Namun begitu, untuk menjadi raja kepada diri sendiri, anda harus mempunyai beberapa ciri-ciri keraja-an. Berikut adalah ciri-ciri yang dapat dikenal pasti.

1. Memahami apa itu raja.

Untuk menjadi raja, anda harus tahu, apakah yang dimaksudkan dengan raja. Adakah raja yang anda faham itu menjadi raja pemerintah yang mukanya ditampal pada setem? Jika definasi raja anda sebegini, lupakan sahaja segalanya. Ini adalah kerana raja di Malaysia diwarisi turun temurun. Untuk muka anda ada pada setem, anda harus dilahirkan sebagai anak raja dahulu. Itupun kalau nasib anda baik.  Sekiranya anda bertindak ingin menderhaka kepada raja di Malaysia, anda boleh menyertai Al Maunah dan rakan mereka kerana raja yang saya maksudkan disini bukan raja berpelembagaan.

Malah, raja disini bukan juga Raja Mazli kawan saya itu. 

2. Bercita – cita menjadi raja

Setelah anda memahami raja yang mana yang saya maksudkan, anda harus menanam cita-cita untuk mencapai sifat dan asma keraja-an itu. Ini kerana tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya (1).

Lagi, kalau sesuatu kaum itu langsung tidak ada cita-cita untuk mengubah nasibnya sendiri maka adakah anda rasa tuhan akan bertolak ansur dan menunjukkan maha pengasihnya?

3. Berusaha menjadi raja

Setelah anda memahami, dan bercita-cita menjadi seorang raja, maka anda harus berusaha menjadi raja itu. Bagaimana? Minta pertolongan dari tuhan y.m.e agar membuka jalan kepada anda bagaimana cara untuk menjadi raja. Mudah-mudahan anda diberi petunjuk dan diberi kesedaran dengan perihal ini.

4. Berfikiran seperti seorang raja

Jika anda berfikiran seperti rakyat jelata, segala yang datang kepada anda adalah bahagian rakyat jelata. Jika anda berfikiran seperti raja, segala yang datang kepada anda adalah bahagian raja – raja. Ini jelas dalam konseptual filuf oleh Rene Descartes, I think, therefore I am.  (2)

Maka untuk menjadi raja, anda harus mengubah konteks pemikiran agar yang diterjemahkan kepada anda adalah sifat2 keraja-an.

5. Bertanggungjawab seperti seorang raja

Spiderman telah memberi tahu saya, dengan kuasa yang hebat maka datang tanggungjawab yang berat (3). Maka jika anda mengambil keputusan untuk menjadi raja, anda harus faham consequent atau akibat dari menjadi raja. Tidak ada manusia yang akan terlepas dari hukum alam selagi ia hidup dan bernafas. Oleh itu, dengan kuasa raja yang anda ada, anda tidak boleh bertindak sesuka hati kerana semua yang ada didalam dunia mempunyai sebab dan akibat.

6. Bersyukur sebagai seorang raja

Yang terakhir, apabila anda sudah mencapai level raja kepada diri sendiri, anda tidak boleh lupa daratan seperti Raja Tanggang. Seharusnya, manifestasi diri anda sebagai seorang raja patut menjadi satu sumbangan berfaedah kepada sistem sosial dan kehidupan duniawi ini mahupun zahir dan batin.

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda yang ingin cuba menjadi raja kepada diri sendiri. Satu tahap pengorbanan mistikal dan spiritual lebih dituntut dari pengorbanan zahir adalah antara ujian yang mencabar jika memilih untuk menjadi raja kepada diri sendiri.

Benar, segala manusia adalah raja, namun tidak segala manusia boleh mencapai hakikat raja.

 

Bacaan Lanjut

(1) ”Le Vieux Roi ” (The Old King) :  http://outpost-of-progress.com/Picasso.html

(2) . [13 : 11]

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

(3) http://en.wikipedia.org/wiki/Cogito_ergo_sum

(4)  ”With great power comes great responsibility.”  http://www.imdb.com/title/tt0145487/quotes

Bookmark and Share

Popularity: 2% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment