khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
3 November 2008 @ 10am

Tagged
all post, the manifested life

Bertemu pen di hari kudus

Ini ada berita gembira dan sangat baik untuk diri saya. Melalui isteri saya, saya telah dipertemukan dengan pen Lamy no 9 yang hilang itu! (rujuk posting Mutiara, Pen dan Kunci Kereta) Sesungguhnya seluruh penghuni alam nasut (nas = manusia ) patut bergembira dengan penemuan ini.

Dan bukan itu juga, malah saya telah mendapat sebatang pen Sheaffer sebagai hadiah perpisahan dari seorang ahli keluarga secretlab yang meninggalkan kami hari ini. Sekiranya anda menonton film Tiga Abdul arahan Tan Sri P Ramlee, saya akan kelihatan seperti salah seorang saudagar menjerit WOW!

Namun dengan kehadiran pen-pen ini pada waktu yang serentak telah menimbulkan beberapa persoalan.

Pertama, apakah nama yang sesuai untuk pen Sheaffer ini. Adakah namanya pen Sheaffer no 1, atau pen Sheaffer no 10, sedangkan 9 pen sebelum ini kesemuanya Lamy?

Kedua, mempunyai 3 pen dalam satu masa (1) tidak menjadikan saya segembira Jamil dari filem Madu Tiga, juga filem arahan Tan Sri P Ramlee. Saya bertanya kepada hati, apakah takdir tahun hadapan yang telah direncanakan untuk saya sangat complicated hingga dikurniakan 3 pen???

Apapun saya serahkan takdir hidup ini kepada gusti Allah yang telah memerintahkan kalam menulis segala takdir saya sebelum kewujudan saya dimanifest ke alam nasut ini.

Lembaran baru telah bermula. Lamy dan Sheaffer, kedua-duanya makhluk gusti Allah jua. Saya melihat ia sebagai satu anugerah yang telah diamanahkanNya.

Tambahan:

Kalam adalah diantara 3 makhluk awal yang Allah ciptakan sebelum bumi, saya dan pen-pen tadi.

Bacaan Lanjut :

(1) Saya mempunyai pen Lamy no 9 yang baru ditemui, Lamy no 8 yang ditemui pada hari kehilangan Pen Lamy no 9 dan terbaru pen Sheaffer.

Bookmark and Share

Popularity: 1% [?]


No Comments Yet


There are no comments yet. You could be the first!

Leave a Comment