khairulazizi.com journey from existence to nothingness

Posted
2 November 2008 @ 10am

Tagged
all post

Penyiasatan Mat Jason

 

Mat Jason  telah datang dalam hidup saya pada zaman awal pengembaraan saya ke dunia neraka. Waktu itu, saya baru turun dari syurga MMU dan mengenali neraka pekerjaan. Walaupun jarang bersemuka dengannya, saya hanya ingat-ingat alam tentang siapa Mat Jason ini.  Lagu Mat Jason yang berputar dalam dunia kami waktu itu adalah The Remedy. 

Tahun ini Mat Jason datang lagi. Kali ini Mat Jason berupaya menyebabkan saya membeli CD lagunya di Kedai Lingkar yang dinamakan The Curve itu. Itu pun setelah saya mengalami kecanduan lagu I’m Yours sejak ia diputarkan berkali-kali di sekeliling alam saya.

Dalam kecanduan itu, saya menemui sesuatu yang aneh. 

Versi

Saya tidak tahu ada berapa versi I’m yours ini. Jika versi yang disedekah kepada saya melalui email beberapa minggu lepas, saya dapati ada satu rangkap perbezaan dengan CD yang saya beli.

Sila rujuk baris akhir lagu ini pada rangkap 3.

“All – ah peaceful melody, And it’s our God-forsaken right to be loved love loved love loved”

ruj: http://www.metrolyrics.com/im-yours-lyrics-jason-mraz.html

 

Ini pula versi CD yang saya beli.

“We are just one big family, And it’s our God-forsaken right to be loved love loved love loved”

ruj : http://www.sing365.com/music/lyric.nsf/I’m-Yours-lyrics-Jason-Mraz/4B6A8F588F7AE1334825703000077A5B

 

Untuk itu saya telah pergi menemui En.Youtube untuk mendapatkan kepastian yang lebih melalui videoclip lagu Mat Jason.

Sila rujuk disini untuk menikmati visual yang sama dengan saya.

Didapati, video clip Mat Jason menyanyikan versi We are just one big family. Lagi, ia diikuti dengan sorakan yeh-yeh secara berjemaah di tabir belakang.

Oleh kerana semangat inkuiri saya tinggi, tuhan telah memanjangkan asa ini dengan mempertemukan saya dengan En.Wiki. Kami berbincang beberapa minit dan nyata saya telah menemui apa yang saya cari.

Rupa-rupanya Mat Jason telah mengeluarkan 3 EP dengan tajuk yang berbeza iaitu We Sing (1), We Dance (2) dan We Steal Things (3), sebelum mengeluarkan album ke 3 nya iaitu We Sing. We Dance. We Steal Things.

  

Oleh kerana itu saya rasa lagu I’m Yours mempunyai versi yang berbeza. Akhirnya saya puas hati dengan hasil penyiasatan ini dan berterima kasih kepada semua pembantu penyiasatan yang telah menolong saya disepanjang penyiasatan ini dijalankan.

Tambahan :

Melalui CD Mat Jason, saya dapati ada 2 lagi lagu yang seronok didengar. Pertama lagu “Lucky”, duet bersama CIk Colbie Caillat. Lagu ini sangat mengkhayalkan.

Satu lagi lagu adalah “Details in Fabric”. Lagu ini ditujukan kepada saya oleh tuhan yang maha esa, didalam kereta, ketika tengahari tadi semasa saya dalam perjalanan ke Masjid Kinrara. 

 

Bacaan Lanjut

(1) http://en.wikipedia.org/wiki/We_Sing

(2) http://en.wikipedia.org/wiki/We_Dance

(3) http://en.wikipedia.org/wiki/We_Steal_Things

Mengenali Mat Jason dengan lebih mendalam:

http://en.wikipedia.org/wiki/Jason_Mraz

Bookmark and Share

Popularity: 1% [?]


1 Comment

Posted by
cima
13 April 2009 @ 9am

en.azizi
am so in love with ‘details in fabric’
such a soothing song that can cool me down

sbb saya baru kena tggl ngan boyfie!

demm

gmbr sok saya g tgkp wokeyy
=)


Leave a Comment